Aku nampak benda itu

Tolonglah jangan ganggu aku!
Aku nak hidup normal macam orang lain. Tolonglah jgn ganggu aku! Aku pun nak hidup sempurna macam org lain!

Setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat aku nampak benda tu. Kadang2 dia tinggi. Kadang2 dia rendah. Kadang2 dia berada dekat dgn aku. Kadang2 dia langsung x da. Hum.
Anyone? Please help me! Aku dah x tahan lah!
Siapa yg boleh tahan kalau hari2 kna kacau?

Dia datang x kira masa. Orang cakap benda2 gni selalu ada waktu malam. Tu semua dongeng. Kenapa waktu siang jea dia muncul depan aku. Waktu malam dia x da lak? Adakah benda ni mmg takot gelap jgak? Haha. Kadang2 lucu jgak. Waktu gelap kau x datang,waktu cerah kau datang. Aku tahu kau hitam. Mungkin sb tu kau x datang waktu gelap sb kau takut aku x nampak kau kan? Tp why me!!

Huh. Aku benci lah nampak benda ni. Semua pgerakkan aku kau ikut! Aku nak makan. Aku nak mandi pn kau ada! Kau ni benda apa sbnarnya??

Kadang2 aku mmbaca kau ikut tunjuk. Bila aku termenung kau tmenung. Pergerakkan tgn aku,kaki aku,kau buat jgak. Kau sgja nak sakitkan hati aku kan??

Siapa2 yg rasa macam aku tolong lah aku. Aku dh rimas dh ni.. Hem. 

Kalau korang nak tahu, aku xpnh nampak bentuk mata,mulut,hidung Dan lain2. Yang aku nampk dia hitam! Hitam legam! Kadang2 ada masa mcm kelabu jea.Hari2 aku nampak benda ni. Dah puas aku lari tp makin cepat aku lari makin dia ikut. Seakan2 dia melekat kat badan aku.

Aku tak tahu lah benda ni datang dr mana. Dlu mungkin masa kecik2 mmg dia dh ada. Mungkin masa aku baby lagi. Mak aku cakap mmg bnda ni selalu jea ikut aku. Aku nak pergi sekolah ke apa mmg dia sllu ada. Sampaikan aku rasa dh lali. 

Bila aku selfie pn dia ada. Tp kalau aku selfie dlm gelap dia xda lak. Ada satu masa kawan aku ambik gambar aku tgah panas. Aku tgok dlm gambar tu dia tinggiiiiiii.. Mencondong. Benci lak!

Apa kebenda ni??? 

Tolong lah. Aku nak hidup normal. Hemp.

Bila aku tnya Adik,adik kata aku bgurau.
Heh,ni Benda betul,bukan cubaan!! Ingat ni cerita p.ramlee?? 
Tengok muka la serius ke tak!

Lpas tu aku tunjuk kat dorang sb dorg x pcaya. Ok takpe. Takpe.
Aku pn pergi satu tmpat yg bcahaya. Aku tahu msa ni dia muncul. 

" woooooooo!!!" Dorang tekejut! Mata terbeliak!

" penipu laaa.. Tu BAYANG-BAYANG la weh!" Kata dorang lg

Hahahahhahaha!!! Aku nak tegelak. Haha Hahaha Haha!!

Coretan original ; miss fatyn


7 random facts about me - The Versatile Blogger Award

Assalamualaikum,


The Versatile Blogger Award rules :
-Thanks to the person who gave you this award-Include a link to their blog-Select 15 blogs / bloggers you've recently discovered / followed regularly-Nominate these 15 to the Versatile Blogger Award-Tell the person who nominated you with 7 things about yourself

first of all, thanks to u Ying sebab tag sy. 
Maka bermula lah episod menceritakan 7 perihal diriku di post ini. Teringin bebenor nak jadi puteri gunung ledang. So, fatyn juz cakap,dalam hidup fatyn nak 7 perkara. Nak jambatan emas jea! bersambung dari tempat kerjaku ke rumah. Nak hati ayam fatyn nak makan. Nak air mata fatyn 7 tempayan nak buek mandi supaya bau ori. Hahahaha! Ni dah mengarut. 

Fakta tentang saya :

1- Tidak suka bergambar :
- Really? yes, betullah. fatyn paling tak suka orang ambik gambar fatyn. Rasa macam senyum tu senget jea. Rasa macam pelik jea muka fatyn. erk. Kalau org nak amik gambar ramai2, fatyn rela duk hujung sekali. Biar terasa kecik2 sampai orang tak nampak. Haha. Tapi bukan fobia sngat lah dengan kamera. Klau hamik gambor sendiri lain cerita. erk! -_-' sb kita duk sorang kan. Boleh tengok diri sendiri. Zaman dah canggih. Haha. Tu pun ambik, padam, ambik, padam. last2 padam3, yilek. Lebih kurang dalam 20 keping gambar ramai2, ada sekeping jea gambar fatyn. hahaha. Kalau jumpa gambr fatyn so bernasib baik lah tu. sekeping dalam sejuta. Haha

2- Suka menyendiri :
- Kadang2 fatyn suka spend time pada diri fatyn sendiri. Suka termenung. Suka berfikir tentang diri. Saya tak suka diganggu!

3- Peramah pada sesiapa yang mengenali :
- Contoh kalau fatyn pergi krusus. hari first fatyn akan diam jea. konon2 budak yang pemalu. Orang tanya tunduk sambil jawab. kalau nak bertentang mata tu memang jauh sekali. Hari kedua, perghhh, mesra alam lah fatyn ni. Orang cakap tak kenal maka tak cinta. So, kalau nak kenal ngan fatyn, lebih baik stay selama 2 hari keatas. haha

4- Psiko :
-Eh, fatyn bukan gila. Fatyn bukan mereng. hik3. Ayat ni lah.

5- Dah terang2 kat ayat atas, Suka menulis dan menconteng daripada bercakap :
- Why? entah. Sb tu fatyn buat blog. Fatyn suka menulis. Walaupun ayat merapu meraban, tp fatyn memang suka menulis. Kadang2 kalau fatyn duk saje, fatyn akan cipta satu ayat. Nak panggil apa ntah. Sajak? syair? seloka? entahh.. Lebih kurang macam luahan. Kita bercerita. Kita meluah. Ayat yang berkias gitu. hik3. Tapi tak suka tunjuk kat orang. Hanya fatyn okeyyy! Fatyn suka pendam masalh. Walau apa yang menyakitkan sngat, fatyn suka pendam. dan salah satu cara melepaskan adalah menangis n luah atas kertas ni lah. Tapi masa menangis tu kadang2 ada insan yg perlu dengar I luah okay.
ni contoh ek. contoh. dua rangkap sudeyyy.. tak boleh bg banyak. hehe.

Amarah menguasai diri,
Sakit yang dirasai seperti mati.
Ya Allah kau lindungi lah diri ini,
Dari segala kekusutan yang tersimpul rapi.

Api erat dlm gengaman,
Mengapa dendam begitu keterlaluan,
Kawallah hatimu dari kesakitan,
Dari godaan yg menyesakkan.

6- Tidak serius. 
- Suka ketawa dan bg orang ketawa. walaupun ntah apa yang kelakar sangat. Tapi takpe. ketawa banyak2 awet muda. yer dok? Walaupn benda yang serius sekalipun. fatyn ketawa? kenapa? ada penyakit putus urat kah? walaupun kita sedih, tp kita buat orang lain ketawa, tu pun dah hilangkan kesedihan kita.

7- Bila bnyak ketawa, ada masa masam juga.
-Bila start pagi masam, sampai ke petang n cukup 24 jam barulah emosi stabil. hehe. start pagi masam.. maka masam lah.. Eh, bukan bau I masam okay. Muka I masam. haha. So, namapak tak disini emosi I tak stabil? hehe.

Haish, kenapa bg 7 jea? ada satu lagi ni. Sy friendly. Yeah! hehe.

Si radio buruk. Penekanan pada perkataan "Si".

Assalamualaikum,

Penekanan pada perkataan "Si". knapa? kalau dah radio tu benda kenapa nak letak "si". Si tu manusia kan. Ya, ya , ya. Sengaja nak rosakkan ayat BM fatyn. 



Korang baca tentang miss fatyn? ayat ni :


Tu ayat yang fatyn penah tulis tentang fatyn. Awas pada si radio buruk A.KA Pemberita tanpa gaji. 

Sudah wujud permulaan , bakal dekat dengan pengakhiran. Jika fitnah dilemparkan, kau tahu pengakhiranya apa? Oh yea. tak perlu nak cakap menggunakn logik akal. Nah dengan dalilnya! mau lawan?



Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir.

Secara jelas agama kita mengajarkan bahwa fitnah lebih kejam daripada pembunuhan (ayat 2:191), 

sehingga tidak hairan sekiranya dosa perbuatan fitnah lebih besar daripada pembunuhan (ayat 2:217). 

kalau dah tahu membunuh tu antara salah satu dosa besar so, tahu lah balasnnya kan?

Dunia, manusia, tertipu oleh kata2 mereka si "radio buruk". Kadang2 sakit hati juga dengan pemberita tanpa gaji ini. Tapi apa kan daya. setiap orang ada mulut. ada yang muncung, ada yang lebar, ada yang senget(errr).  Yang senget tu mesti dah kena lempang kat orang. Jaga cikit mulut tu. Kalau nak sampaikan berita, pastikan ia memang pasti! Kalau tak tahu, cakap tak tahu. Tapi kita boleh luahkan apa yang bermain dalam fikiran, tanpa melibatkan kontroversi dan menyakitkan hati orang. bila luah, kita harapkan teguran. Dan komen yang membantu. Hope korang2 pun akan tegur fatyn ya? :))) 


- Firman Allah swt: [49:6] Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (al-Hujurat 6). 


- Sabda Nabi saw: "Apabila sampai kepada kamu kabar tentang sesuatu, maka periksalah dulu karena boleh jadi kamu menimpakan bencana kepada satu kaum". 


Apa yang perlu dilakukan jika difitnah ?

1. Tidak perlu panik, jangan terlalu banyak melihat respon atau reaksi orang untuk melakukan pembelaan, kerana semakin anda memberi respon, maka orang lain makin tidak mempercayai anda. Hal ini krna pada umumnya si tukang fitnah hanya mampu mempengaruhi psikologi manusia, dengan memanfaatkan kelemahan manusia, yakni menyukai berita buruk daripada berita baik dari seseorang. 

2.Berkomunikasi 
dengan orang2 terdekat dan boleh dipercayai mengenai masalah ini dan biarkan sahabat atau orang dekat kita itu menilai.

3. Terus tunjukkan sikap baik sebagai insan beragama secara konsisten, maka mereka akhirnya akan mengerti, bahawa berita yg disebarkan itu adalah fitnah. 

4. Tidak perlu mencari sumber fitnah, kerana akan memakan tenaga dan cenderung membalas dendam (atau bahkan fitnah balik), pada saatnya Allah akan menunjukkan kepada anda siapa sesungguhnya si tukang fitnah itu. 

5- biar masa yang menetukan. Bila orang dah penat, mereka akan diam.


6- Biasanya suatu hari nanti pembohongan dan fitnah itu akan kembali kepada tuan yang buat fitnah tu. Allah maha adil kan?

p/s- kalau fatyn, suka tengokkkk jea kat penabur fitnah tu. biar bertentangan mata. Kita tgok lama mana dia boleh tahan. Kalu orang yang berslah dia akan larikan mata dia. mulalah nak gelabah. Mulalah nak pusing pun buat U turn. punyalah jauh. Pasu bunga cap turki, italy habis dia akan langgar. hahaha. jangan main-main ha. fatyn tak mampu nak lawan dengan kudrat dan mulut jahat. tapi i like psikologi.
hehe3. Mata, bertentang mata, jatuh kehati, jatuh ke kaki, uish, rasa nak tendang ni. penah rasa tak mangkuk berayun sendiri?

Semoga bermanfaat. :)




Ayam dulu ke telur dulu?

Assalamualaikum,

Bismillahirrahmanirrahim..Ya allah, jika benar ilmu ini kau berkatilah aku. Jika terpesongnya ilmu ini, kau jauhilah aku dari ilmu dunia yang boleh memesongkan akal dan hatiku.
Ya allah, dengan seikhlasnya aku mencari ilmu ini dan ku harapkan perkongsian ini membuka mata mereka dan menunjukkan kebesaranMu ya Allah. Berkatilah perkongsian ini :') Aku hanya berkongsi ilmu yang ku tahu. Tiada penambahan bg yang aku tidak tahu dan tiada pengurangan bg yang aku tahu. Insyaallah.

Harini fatyn nak kongsi tentang ayam dulu ke telur dulu? 

Sekarang, kita fikir guna logik akal. Kita bukan saintis, kita bukan Doktor phd tapi kita ni sekadar insan biasa. yang hidup pun biasa2 sahaja.

Tapi janganlah sampai nak fikir dengan lebih mendalam sngat. Tu bukan kerja kita okay. Nanti tak pasal2 jatuh sakit sb fikirkan benda yang bukan kerja kita. Nanti tak pasal2 tempat korang nun jauh di tanjung rambutan.  Okelah. Jom kita jawab dengan logik akal.

Slow2 baca.. faham baik-baik ,
Ayam dulu ke telur dulu? Kalau ayam, kenapa ada telur? habis dalam telur ada ayam kan? habis kalau takda ayam macamna boleh keluar telur? kalau telur keluar dulu, telur tu keluar dari mana? ting-tong-ting-tong, strok serta merta sb tekanan darah yang tinggi. Fikiran tu jangan nak jauh sngat ya. Cukup sekadar mengetahui adanya ayam dan telur tu semuanya kerja tuhan. Allah yang cipta benda hidup nih. Tak payah nak kaji sngatlah. -_-'

Senang jawapanya. Kita fikir guna logik akal. Dari mana asalnya kita? Baby yang baru lahir tu datang dari mana? Dari si ibu kan? si ibu datang dari mana? Dari ibu pada ibu pada ibu kan... ibu tu adalah apa? Manusia.. Kalau dikaji2, wujudnya manusia pertama ialah nabi adam. Dan siapa yg menjadikan adam? Allah. dari mana datangnya adam? Allah ciptakannya dari proses2 tanah dan sebagainya(cari untuk maklumat lanjut) dan dari mana adanya hawa? hawa diciptakan dari tulang rusuk nabi adam. Siapa yang menciptakan mereka? Allah. Siapa yang lahirkan anak-anak hawa? Hawa lah. Dan hawa tu manusia. kita dari keturunan manusia. Jadi dari mana datangnya baby dan ibu tadi? Allah.

Jadi..semua jawapan bagi benda yang hidup kita imbas kembali dan kembalilah kepada allah. Jadi sama jea jawapan pada telur dan ayam tadi. Ayam ke telur dulu? Kita takkan tahu jawapan kalau kita tak kaji. Tapi mampu ke kita kaji? Kalau guna logik akal, SEMUA BENDA HIDUP ALLAH YANG BUAT. Macamana terjadinya telur? telur di telurkan oleh si ibu ayam. Ibu ayam dari mana? Jawapannya, allah yang ciptakan. Dari apa? di mana asal usulnya? kita tak tahu. Apa keturunannya?Kita tak tahu. Cukup mengetahui, BENDA HIDUP DICIPTAKAN OLEH ALLAH!
A;ah, tak payah nak ambil tabung uji masukkan telur putih satu, telur kuning satu. pastu tunggu masukkan ubat tu ubat nih. tgok2 jadi ayam tak? ke keluar telur jgak?

 Ni lagi senang ujikaji nih..practice dirumah. masukkan bawang ke garam ke. masukkan ajinamoto semua. goreng, sedap! kenyang tak? hahaha

Oke, itu jawapan logik akal. Bg jawapan saintis yang kerjanya mengkaji jea? ini..

Banyak yang fatyn jumpa jawapan yang saintis kaji. tapi kebanyakkan blogger post jawapan yg sama. macam copy-paste. Oke, ni salah satu.

http://gilerkentang.com/ayam-ke-telur-dulu-yang-keluar/

rasanya kan. korang baca yang saintis kaji lagi merapu n pelik kan? apa nama protein nya? protein ovocledidin-17. Hape kebenda tu? ntah. paham tak bahasa saintis? tak kan? fatyn mmg mngaku tak faham.. hehe

wallahualam :)


soo.. anak kucing ke kucing dulu? kalau anak kucing, ibu kucing tu? HAHAHAHA! pening.. warghhhhh! Ting-tong-ting-tong. Help me.. pape pun jom join contest miss fatyn. >click<

teman2 dan sahabatku, mohon pendapat anda. terima kasih :)

SESI DEBAT BERSAMA RAKAN BLOGGER :
fatyn tgur kawan ucu d cbox dia. dan dia beri pendapatnya. Bagus betul dia sb layan kerenah fatyn. hehe. Ni lebih kurang antara kata2nya. ada ayat yang ditukar sb takot korang x faham. tak pun boleh tengok d cbox kitaorg.
miss fatyn : Ayam dulu ke telur dulu?
kawan ucu : Ayam dulu..bru telur..hehehe
miss fatyn : Apa hujahnya yang awk katakan ayam dulu baru telur? hihi
kawan ucu : Allah SWT menciptakan Adam kemudian Hawa...baru beranak-pinak....sama seperti ayam .Allah SWT menciptakan ayam jantan kemudian betina...baru la mengeluarkan telur kemudian menetas.
miss fatyn : Dan jika jawapn awk ayam tu kejadiannya sama macam adam dan hawa boleh sy tahu lebih lanjut ?kerana org bukan islam mesti akan tnya hujah dan dalilnya. biasa org bukan islam akan tnya seperti budak yang baru nak belajar. soalan yang berulang-ulang.
kawan ucu : Betul tu..sbb itu kita yg beragama Islam diwajibkan percaya pd perkara2 yg ghaib
miss fatyn : Jika orang bukan islam tnya tentang perkara ni, awk memilih jawapan yg mana? logik akal, kata saintis atau perkara ghaib(seperti terciptanya adam dan hawa)?
kawan ucu : Perkara ghaib yg manusia tidak ketahui dan tidak boleh dikaji dgn akal fikiran
Untuk kawan ucu. terima kasih. Hanya calang2 orang yang boleh bg jawapan berdasarkan perkara ghaib. Rasanya insyaallah kawan ucu boleh. tapi sy memilih logik akal kerana sy mengaku sy serba kekurangan. berani betul kawan ucu ya. hehe. thanks again!

Cara Kawal Psikologi(Fikiran) Manusia

Assalamualaikum,

Psikologi..
Maksud psikologi ni mudah. Tak perlu kita nak hurai dengan lebih panjang. Tak perlu nak berikan nama saintifik. Permainanya amat mudah. Apa yg fatyn faham pasal psikologi ni? Semuanya berkaitan dengan otak, hati, perbuatan,perasaan dan percakapan.

Kadang2 benda yang tak pasti wujud tapi kita yakin ia ada, kita pun set dalam fikiran ia wujud so,automatik diri sendiri akan fikir yang ia mmg wujud. Semuanya bermain dengan fikiran dan hati. Jika kita tak kawal otak kita, hati kita, kita ni sebenarnya gila. Maaf. Cuba anda fikir, macamna ahli silap mata boleh perdayakan kita? Masa dia pusing2 tangan n jari, masa dia ke hulu ke hilir, srappp! Keluar bunga. Keluar arnab, anak harimau, anak cicak, anak labi air, err.. yeake? Hah, apa yang fatin nak cakap, ahli silap mata tu tipu kita. Dia bermain dengan psikologi kita. Dia sebenarnya melakukan sesuatu pergerakkan yang amat pantas. Pusing2 ntah keberapa kali, kita dah pening2 lalat n terlalu fokus, maka bila kita lalai, keluarlah segala anak gajah, harimau bagai tuh. Hihi.. Kita pun akan bertepuk tangan. Hati kita pun girang n otak kita pun fikir, hebat! Sebenarnya dia guna pergerakkan yang pantas jea sampai bleh keluar semua tu. Bukan guna jin or syaitonnn nirrajim tu. “SILAP MATA”. Dah nama silap mata. Memang silap la mata kita. Kena tipu jugak. Hik3

Lagi? Korang percaya hantu tuh wujud ke? Dalam al-quran memang pernah cakap ada jin n syaitan. Tapi nama hantu tuh kita yang bagi. Hantu. Apa benda hantu tuh? Yang gigi tajam, mata bulat merah(bulat? Macam kiut jea), rambut panjang mengurai. Heh, kita sendiri yang reka2 cerita  untuk menakut-nakutkan n fikir benda tu wujud.

Contoh, anak kita nak makan gula2 kat dapur. Kita tak bagi sb takut gigi rosak. Dia pun degil nak g dapur jugak ambik gula2. Dalam perjalanan dia nak ke dapur, kita pun sergah.

“Pergi laa.. ada hantu tuuu…hiiiii..” Dengan nada suara yang kuat, dengan suara kita yang macam takot2 tuh, budak pun akan takotlah!

 Dia bukan tahu pun hantu tuh apa. Bagi dia ntah barang permainan apa yang nama hantu tu. Tapi dia tengok muka kita yang menakutkan tu, n suara pun kuat, budak tu pun akan terkejut n takot lah! Sape yang tak takot kena sergah? Pastu kita tunjuk plak momok dalam CD. Kita cakap tuh hantu. Dia pun set dalam fikiran. Oh, ni hantu. Kita yangs sengaja menakut-nakutkan. Kita kawal otak dia supaya fikirkan hantu. Kita kawal hati dia supaya rasa takot. So, dia takkan pergi dapur ambik gula2 tu. Kita pun selamat. Hahaha.

Tapi cuba korang tunjuk cerita hantu kak limah balik kampung beraya(erk!). Haha. Kalau dia gelak mengekek tu, di otak dia pun takkan cakap hantu ni menakutkan. So, dia akan kawal otak dia yang hantu ni kelakar, hantu tu perempuan. Suka nyanyi lagu cik2 semut.. tapi last2 gila. Hahahaha. Nampak tak permainan psikologi nih?Hihi. Alah, tak pyah cakap budak. Kita sendiri pun kalau lepas baca n tengok cerita hantu, mesti rasa dup-dap-dup-dap jugak. Mula lah terbayang tu ini. Padahal perasaan jea pun. Tetiba jea, eh, tadi aku nampak baldi bergoyang. Padahal ntah tikus kea apa duk dalam tu. Pastu masuk bilik tingkap plak terbukak. Pintu kat luar bunyi berdetum. Mula lah nak cari selimut. Sembunyi dalam selimut. Rupa2nya tadi tu ribut. Hah. Penakot.

Lpas tu esokkan cerita satu kampung yang rumah kena kancau dek hantu.

Mula lah cakap "Semalam, rumah aku kena kacau. hantu tu goyang baldi aku. Boleh plak hantu tu baling baldi kat aku. Aku pun bukak silat baldi tahan baldi tu dr kena aku. Aku nampak hantu tu melayang2 dalam rumah aku. Di bleh main police n thief. haha. Masa dia melayang tuh, Gila panjang rambut dia(gila lagi, panjang lagi. rambt pun bleh gila? Rosak ayat BM). Macam boleh buat sanggul.  Ko tengok lah rumah aku penuh dengan darah. Ntah darah dari mana dia bawak. Tapi aku cuci dah pg tadi.Kau tgok kat tangan aku nih ada lagi merah2 kesan darah(padahal pg tadi buat air sirap n tertumpah kat tangan).”

Huh, Bercakap n mereka-reka cerita bukan main lagi! Tersebar satu dunia hantu ni giginya panjang, rambut bleh sangul, bla-bla-bla. Kan3. satu dunia kenal tu hantu. padahal? loyar buruk sungguh. bleh masuk misteri nusantara episod 114 nih. Eh,yeake?*hehe

Lagi? Seorang doktor. Dia dah tahu seorang pesakit dia ni dah parah. Kanser tahap 4 dah.

Takkan lah seorang doktor nak cakap “Makcik ni esok akan mati ni. Jgan sedih eh.” Meraung pesakit tu n kejutan serta merta n kiok.

Tapi doktor ni dah dilatih untuk kawal otak, fikiran n hati dia.Walaupun doktor ni tahu yang pesakit dia ni dah tenat n menunggu masa tp Doktor akan cakap “wahhh, harini makcik dah tak nampak pucat dah. Dah bleh panjat  KLCC harini. Darah pun ok. Kesihatan pun dah ok. Bagusnya makcik. Tengok, nasik pun sepinggan makcik makan. Knapa tak makan dengan pinggan2 makcik?(sambil ketawa buat2)..Insyaallah esok dah boleh balik..” doktor tipu.

Tapi kalau doktor cakap macam tu, bersemangat tak makcik tadi? Mesti lalu makan kan? And mesti dia takkan fikir sakit dia. Walaupun dr awal dia tahu dia kanser tahap 4 n takda harapan dah. Nampak tak? Nampak tak?

Hihi, dah penat menaip ni.. 
Ni semua pendapat miss fatyn okay. Tu yang fatyn faham dengan psikologi.  Kalau kita tak rasa tenang, orang pujuk kite, kita pun akan rasa tenang n rasa benda tu akan baik2 aje..

ni bukan saje2 buat cerita ni. Fatyn suka main psikologi n menjadi. Haritu sengaja buat susu budak panas sikit. Pastu bagilah dia minum. Then dia cakap panas. Fatyn malas nak peg masukkan air masak. Hahahaha. Dan fatyn pun ambik susu tu n shake kan susu tu depan dia. dan terus bg kat dia. dia pun minum jea tnpa banyak songeh. see? psikologi. hik3. bg dia tak panas lah tu. hihi

Kbye.
 
Template FatinHazwani|Copyright and Edited Miss Fatyn