15. August. 2017 - Abam bomba ILapYou

Assalamualaikum,

Setelah banyak sangat dugaan cabaran dalam hidup sampai lah umur 25 sekarang ni, akhirnya alhamdulillah aku telah menemui pelangi di dalam gerimis yang mengundang.
Dari melaka, turun ke kelantan. 15.8.2017.
Sakit pinggang kan abam bomba? haha. Macamtulah den ghaso eh kalau balik kelantan. Aduyai.
Hajatnya datang nak merisik, tapi disebabkan sakit pinggang, 8 jam perjalanan, bincang punya bincang terus tunang. Hahaha. Sempoi betul le kedua-dua belah keluarga.

Alhamdulillah, merisik dan bertunang selesai diantara kedua-dua belah keluarga sahaja. Islam kan mudah.

Masa ni, aku takda. Berperang dengan exam di kolo pilah. Lagipun ingatkan merisik kan. So aku kek pilah buat relax buat peace jea. Sekaliii, ayoyok. Terkojot girlgirl bila dapat tahu dah jadi tunang orang. Tunang si black sweet lak tu. Adoi.

Tapi aku syukur, tuhan permudahkan segala-segalanya. Doakan till jannah yo.
Ok arigato.


Hadiah Kerana Aku Bertahan

Assalamualaikum

Haaa, korang tahu kan dulu minah ni tak suka nursing kan.
Punya lah dia struggle gila bertahan sampai dah jadi senior kechik pun sekarang. Lagi 6 bulan dia dah nak jadi Staff nurse. Dulu gedik menangis semua kena masuk nursing, sekarang, dia lah hakak misi paling sado kat kolej tu. Senior paling degil, paling malas buat kerja sekolah,paling suka buli orang and tak serius study. Sampai kawan-kawan cakap "Sedor lah tin, nak exam dah ni". Aku, ha ha ha. aku ketawaaaa.
Alhamdulillah.
Impian dia satu ja, nak family dia happy. Nak jaga family dia macamna family dia jaga dia sampai sekarang. Dia bertahan pun sebab doa family dia. Baru sekarang dia tahu sebenarnya kalau ikut kehendak family, redha,mesti boleh tempuhi. Semua benda jadi smooth ja. Serius. Sebab redha family. Dah berjaya pun buktikan. huhu

Sem satu minah ni tak minat nursing. Pointer dia ala kadar jea. Masuk sem dua dah redha sikit. Makin naik sem makin bagus. Ni pun minah tu kena cabar dekat puan sebab buat hal kat wad. Puan cabar untuk naik pentas jadi dekan, amik sijil cemerlang. Haha. Korang tau apa minah tu buat? Dia ajar budak sem 1, sem 1 kot main cocok-cocok patient dalam wad. Mana dorang boleh buat lagi. Hahahaha.

Last-last kena. Masa tu jugak lah puan datang sport check. Aku punyalah cari port baik punya nak ajar. Haaha. Bukan darah pun. Cek gula ja. Guna jarum kecik tu. Adoyai.

Kena buat surat, saya minta maaf janji tak buat lagi. Bla bla bla. hahaha
Alhamdulillah sekarang minah ni dah redha. Paling suka kerjaya ni. Banyak cabaran, banyak pengalaman. Terlalu banyak. Pergi dengan kematian, pergi dengan kesembuhan. Macam-macam terjadi. Ini lah saham aku di akhirat. Aku bersyukur.

Sikit lagi nak habis. yeay!



World Books Of Record - Longest Chain Of People Clasping Wrist & Ekspidisi Menuju Puncak

Assalamualaikum guys.

Pada 19 Ogos 2017, Malaysia kita telah mencipta rekod dunia dalam "Longest Chain Of People Clasping Wrist" dengan gabungan tangan seramai 8000 orang yang bertempat di stadium sukan paroi,dan gunung angsi, nogori sembilan. Bukan mudah oi nak pegang tangan atas gunung sana. Huhu

Malaysia telah mengalahkan pakistan yang sebelum ni mencipta rekod tersebut dengan gabungan pegangan tangan seramai 2000+ orang. Taniah-taniah!
Aku dengan rasa bangga nya dan bersyukur sangat dapat join aktiviti ini and nama aku turut tersenarai dalam 8000 orang tersebut. Alhamdulillah.
Kami jururawat pelatih kuala pilah ni tersenarai untuk join aktiviti ni. Berebut-rebut nak ambik borang tau. Yealah siapa tak nak join kan? Word books of record kot. Teruja betul. Kena panjat gunung angsi lagi. perghh. Mencabar.

Tapi.
Kes borang pun boleh bawak gaduh oi. hmm. Aku dah dapat borang tu. Last-last aku serah lah borang pada mereka yang nak sangat cari pasal tu. Dalam hati cakap, allah, takda rezeki aku. betul-betul aku redha masatu. Memang sedih, serius-serius.

Nak dijadikan cerita, seminggu sebelum tarikh penyertaan, aku dapat gantian dari puan. Allah, betul lah rezeki tu rahsia allah. Allah dah tetapkan kalau dah rezeki aku, lambat atau cepat mesti aku dapat. Cuma ujian yang allah bagi tu dia nak tengok hati aku macamana. Orang sabar, allah sayang, allah bagi apa yang betul kita nak. Allah.
Akhirnyaaaa! Aku disana. Hihi

Sesudah subuh, semua dah berkumpul kat stadium sukan paroi. Cara nak masuk dalam stadium, memang kemas teratur. Aku tabik spring betul.

Kitaorang bergerak satu kumpulan, nanti akan masuk satu lorong, beratur ramai-ramai, berjalan mengikut lorong yang ditetapkan. Kami dapat satu topi, satu tag number dan satu keychain. heh heh. Yang menyertai aktiviti ni, seluruh negeri tau. seluruh malaysia. Haaa. Masa ni macam-macam orang kau boleh berkenalan.
Masa ni tengah susun and buat latihan Longest Chain Of People Clasping Wrist. Sambil cari kedudukan pegang tangan dalam dewan.


Ramainya manusiaaa. Huuuu


Okay dah boleh santai-santai sebelum tunggu masanya. 

Bila dah tiba masanya, punyalah berdebar tak hengat dunia. Book of record kot. Semua kena bangun, pegang tangan. Masa pegang tangan tu, tuhan ja yang tahu rasa lenguh, rasa mengeletar, tapi kena pegang genggaman 1.30 saat. Hahaha.
 Masa kami cipta rekod pegang tangan ni tak boleh ambil gambar. Tak dapat nak tunjuk. Tapi alhamdulillah kami berjaya cipta rekod Longest Chain Of People Clasping Wrist. Tanpa lepaskan tangan tau! yeay!
Dah habis dah. Muka happy. Ada seri lagi. Makeup still mantain lagi. Tapi tak sedor kejap lagi ada yang menanti. Hahaha

Group aku. Baju pink tu marshall. Ketua group yang akan handle kami. bukan hendal belak ya. haha.

Dah happy-happy, kena naik bas pergi daki gunung angsi pulak. haha

Kami yang tak berapa pro mendaki ni pergi lewat-lewat sikit. Lepas dah settle pecah rekod longest Chain Of People Clasping Wrist di dewan, kami mula naik bas ke gunung angsi untuk buat rangkaian tangan dari puncak sampai ke kaki gunung. Mereka yang amatur, dah daki dari subuh lagi.

Masa ni baru start mendaki. Tengok le. Kaki gunung pun dah condong. Haha. Tapi takpe, kami semangat. Siapa kata perempuan tak boleh daki ha. aku pernah kot daki dengan seluar jeans. Amik kau. Haha

Selfie itu wajib. Kenangan.


Baru kaki gunung. Masa ni ramai lagi berkumpul. Ketawa bersama, mendaki bersama. Haha
Last-last semua berpecah. Ha ha ha, aku ketawaaa.
Masa ni aku berdua ja dengan kawan aku. Dah sampai separuh gunung. Lepas 2 jam mendaki. Allah. tak boleh nak cakap vibratenya kaki masa ni. tapi bila dah naik, tengok pemandangan belakang tu, rasa macam ya allahhhhh, indah ciptaanmu. Tenang. 

Aku tak sempat sampai ke puncak. Lagi beberapa meter jea lagi nak sampai. Jalan nak naik puncak makin sempit. Dah terlaku crowded, dah pack. Jalan pun dah licin. Bomba, jpam semua pun dah tak bagi naik. Diorang jaga setiap check point. Kami kena stop sebab dari puncak tu diorang dah start buat rangkaian tangan dah. So kami sambung ja rangkaian tu. Rasa terkilan jugak lah tak boleh menyelit. Dah berjam-jam aku panjat, penat tak payah cakapppppp. Last-last tak sampai. Allah. Tapi aku bersyukur ni pencapaian aku paling-paling bermakna dalam hidup. 

Dah settel kami buat rangkaian tangan dari puncak. Mula lah untuk turun semula. Haha
Tengoklah. Beribu ribu orang nak turun. Pack sangat masa ni. Dengan kecemasan lagi dari atas bomba bawak turun. Jalan sempit.

Bila aku turun, baru aku tahu sebenarnya jauh jugak aku daki. 2 jam jugak turun dari puncak. Haha. Allah. nikmat tu tak tahu nak cakap. Semangat berpasukan. Jalan memang licin sangat sebab baru lepas hujan. Tapi semangat tu!

Dah nak sampai kaki gunung dah. Ada kecemasan so lambat sikit nak turun. Kecemasan bukan main-main ya. Ada sawan, patah kaki, pengsan. Haaaa. Nasib hakak sado walau kaki pun vibrate tahap 10 dah. Hahaha
 
Apa-apa pun alhamdulillah. Syukur sangat ya allah. diberi peluang merasai semua ni. 

Anok nogori! yeay!!

Hand Hygiene (Penguin Song)

Assalamualaikum,

our task! @ILLKM KEJURURAWATAN KKKP


Okay guys, dalam video ni part last sekali, kami ambil tisu dalam poket kan? Ini hanya roleplay task kami. Masa menari takkan le nak berlari berkejaran amik tisu. hihi. 
.
Tisu tidak boleh letak dalam poket ya kawan-kawan. Selepas cuci tangan macam dalam video ni, tisu perlu di ambil ditempat kotak tisu sebab tangan kita dah bersih tau. Kalau dalam poket, tisu tu dah tercemar. Okay enjoy guys! :-)


Pak Cik Rosli

Assalamualaikum,

Harini adalah hari kedua pakcik rosli pergi menghadap ilahi. Allah. Innalillahiwainnailaihirajiun.
Sungguh, aku tak tahu nak cakap apa. Ya, ni bukan kes pertama bagi aku. Walaupun sebelum ni ada yang aku jaga hari-hari dan aku datang jea dapat khabar menyedihkan tapi kalini aku betul rasa lain. Rasa macam ya allah, bersalah.

Pakcik ni admit ward medical, aku jaga dia ada dalam 3-4 hari. Walaupun tak lama tapi terasa jugak. Sebab aku lap dia, aku cakap-cakap dengan dia, aku ada masa dia nazak, aku cuba bantu mana yang mampu. Aku kerja pagi, habis shift aku, petang tu dia takda. Tak sempat nak tengok pakcik. Hemm.

Allah.
Allah.

Biarlah aku bercerita kenapa aku sedih. Sebelum tu aku akan cerita serba sedikit tentang pakcik rosli.

Pakcik rosli berumur 70tahun. Admit ward di diagnose Delirium 2° sepsis ppt by AGE, CVA with Right corona radiata lacubar infarct with cerebral athropy, U/L Dementia.

Panjang kan diagnose dia? Haa, takpe, aku pun still student aku pun tak faham semuanya. Tapi aku tahu, pakcik ni mengalami gangguan /meracau disebabkan AGE(Acutegastroentritis) atau dia cirit birit muntah yang berterusan. Dia juga mengalami strok dan nyanyuk. Dekat setahun lepas.

Bila dia muntah berterusan, dengan keadaan dia yang dah tua, dah tak larat, sisa-sisa vomit tu akan masuk ke ruang paru-paru atau dipanggil aspirated pneumonia menyebabkan berlakunya keradangan paru-paru. Ada kuman terkumpul dalam paru-paru. Kuman yang dari perut dan muntah. Sebab tu lah masa aku last jaga pakcik ni, daripada dia tak pakai oksigen, sampai dia kena pakai high flow mask. Oksigen dalam badan masa aku jaga dia last day tu, drop sangat-sangat. Oksigen dalam badan kita ni kena melebihi 95% tapi pakcik ni pakai oksigen pun kadang 71% kadang 88%. Bayangkanlah macamna dia nak bernafas. Dengan bernafas laju, tercungap-cungap, sukarrrrr sangat. Nadi dia laju sangat. Suhu badan tinggi walaupun telah diberi ubatan. Bayangkanlah hari terakhirnya. Bagaimana hari terakhir kita? Allah.

Pakcik rosli mengalami kesukaran bernafas. Setiap kali oksigen dia drop, dia akan meronta. Aku selalu gosok dia. tenangkan dia. tapi aku tahu alam dia masa tu dengan alam kita dah berbeza. Masa tu aku kerap kali rasa nadi dia. Allah aku takut, takut kalau dia pergi masa tu.

Pagi tu aku datang, staff nurse dah pesan awal-awal minta aku lebih alert pada pakcik tu. Mula-mula aku monitor Blood pressure sahaja. Kemudian anak lelaki dia cakap,

"Dik tolong bukak lah cuff kat tangan dia. Nak monitor apa? kesian lah dia tak selesa."

Aku jawab. "Encik, keadaan pakcik tak stabil. Saya kena monitor, kena pasang cuff. "

"Bukan ayah awak, awak tak rasa."

Allah, aku buat untuk kebaikan dia. supaya tindakan awal dapat diambil

Takpe. Aku buka.

Bila anak dia dah balik.

Aku tengok pakcik sangat restless, bernafas lagi laju. Lagi kuat pakcik meronta. Aku monitor oksigen. Memang drop sangat. Aku mampu angkat kepala bagi tinggi jea(bila semput kita kena duduk lebih tinggi untuk mudah bernafas). Aku tak berani angkat lagi tinggi, nanti pakcik meronta, pakcik jatuh. Lepas tu aku terus pasang cardiac monitor. Memang. Jantung pakcik terlalu laju berdetak. Oksigen semakin drop. hem

Aku diam, pandang. Gosok pakcik.

Masa tu dah pukul 10, sepatutnya bagi susu. Susu yang diberikan melalui hidung ke perut tu(ryles tube). Tapi sebab pakcik restless sangat, kami hold dulu. Bimbang pakcik muntah balik dan keadaan akan lebih teruk. Ya, saudara dia marah aku sebab tak bagi susu. Tapi aku jawab cara elok. Untuk kebaikan pakcik. Aku tahu pakcik dahaga, pakcik sakit. Saudaranya hanya mampu pandang aku, sayu. Aku faham.

Aku rasa bersalah juga, sebab ikat tangan pakcik. Sebab pakcik merancau. Takut melukai diri pakcik. Allah. untuk kebaikan pakcik.

Pakcik ni DNR. Means, apa-apa terjadi, pakcik pengsan ke apa, kami tak akan buat apa-apa. Ini kerana persetujuan family mereka. bukan kami. MEREKA.

Menangislah. Kami sudah mencuba yang terbaik. Aku juga sedih. Aku lap pakcik. Pakcik bebel aku sebab pusing-pusing dia atas katil.

"Pakcik, kita exercise ya. Mandi cikit bagi wangi. "

"Haaa.. akit(sakit)..."

"Cepat sihat pakcik."

Al-fatihah.
Allah, semoga pakcik ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Semoga allah ampunkan dosa-dosa pakcik.

AMIN


Kalau dah PENAKUT tu...

Ada lah sebuah kisah taiyobbb mengadap cacing. Dung dang dung dang. Ketuk gendang.
Tadi taiyob ni dengan semangat nya sambut dhia balik dari sekolah lalu taiyob pun ajak le dhia masuk toilet nak mandi. Dah tu bau busuk kepam hasil daripada membaja ABC di sekolah bersama kengkawan yang tersayang. 

Lalu taiyob pun menunggu lah giliran. eh jap, taiyob mana pulak ni? ni kisah aku. aku. Nampak tak trauma tak habis lagi?
hmm.

Seusai mama tercinta siap mandikan si kecil yang lain, aku pun masuk lah dengan dhia. Tongah sodap angkat paip air tetiba dhia cakap.

"eh ibu. cacing!" sambil ditunjuknya tempat cacing itu bersenang lenang. oh bahagianya.

Aku yang memang spesis allergic dengan cacing ni pun bila dengar perkataan cacing tu mula lah rasa soram sojuk eh, meromang segalo bulu kaki bulu kening, bergema-gema bunyinya suara dhia.

Mama aku yang dah tahu aku ni peminat setia spesis tersebut, maka seronok lah dia mengacau anak nya ini. Dengan gelak ketawa bergema aku punnnnn..............

tutup penutup jamban, PANJAT jamban duduk. Haaa, pes time hakak panjat jamban duduk dik non. Pes timeeee. Sebab dah tak boleh nak fikir apa dah. Rasa macam tetiba gelap gelita dunia ni. Macam nak pengsan. Histeria.

Mama pulak makin kuat menyakat. Di balingnya spesis tersebut ke arah aku. Lagi kuat aku menjerit. Dah tak hirau dhia dah. 

Aku nak lari keluar memang tak boleh lah, sebab spesis tu betul-betul dekat tongah pintu ha. Mama aku pun duk situ. Nak taknak aku terpaksa lah panjat itu apa itu apa itu, haha mangkuk tingkat(konon).

Last sekali mama aku buang. Dhia pun cakap,
"Ibu. Haha, tadi tali laaaa. hahaha"

ada 'haha' ok. ayat haha. Amboi amboi amboi. Dah tahu ibu kau ni rabun. Sabo jealah dua kesayangan aku ni.

Sekarang ni semua aku pijak, aku rasa macammmm spesis hantu tu. 

Menci.

Hari Sukan VS Hari Bollywood

Hello Ebelyone. Namaste. Hehe
Okeh, harini 11/2/2017 Kolej aku ada buat event HARI SUKAN & HARI KEBUDAYAAN bertemakan bollywood.

7.30 pagi dah start sukan dah. Senamrobik, ada perlawanan Final bola jaring antara rumah sukan, final bola tampar rumah sukan and friendly antara,Kolej Kejururawatan Kuala Pilah(kolej aku), Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson dan Kolej Pembantu perubatan seremban. Kolej aku tuan rumah.
Aku rumah kuning bola jaring. Rumah kuning tak dapat lawan final pun. Dapat number 3 ja. hehe. Untuk perlawanan final harini antara rumah biru and hijau bagi kedua-dua pertandingan. Jadi keputusannya, Bola tampar hijau menang, bola jaring biru menang.
Panas bak hang. Tunggu la lepas ni jadi kek lapis laa muka tu.

Untuk perlawanan friendly bola jaring, kolej aku lawan KJMPD. Manakala friendly bola tampar, kolej aku lawan KPPS. Akhirnyaaa, bola jaring KKKP(Kolej aku) dapat 26-3, bola tampar pulak KKKP dapat 25-8. Alhamdulillah KKKP menang. Yeayyyyy!! Bagi KKKP bagi!! Haha

Dan aku.
Hanya meraih gangsa sahaja bola jaring untuk rumah kuning. Alhamdulillah dapat jugak 7-3. Hihi. Kawan aku tu dapat perak bola jaring rumah hijau. Hihi. Takpa masing-masing dapat. tak berebut. 
Kecewa cikittt ja sebab masa semifinal tu aku kalah tipis dengan biru. 5-4. Diorang dapat up satu mata masa minit tambahan. uhuk uhuk(menatap sayu). Takpaa, memang aku akui biru memang hebat.
 Alhamdulillah :-)

Part kebudayaan pulak, start pukul 2 pada hari yang sama. Kitaorang ada pertandingan nyanyian & tarian bollywood intersem. Semester aku buat tarian partner kena ada lelaki. Ala ala ala salman khan, shahrukhan segala khan lah. Disebabkan kolej aku ada perempuan ja, jadi, kena la ada acah-acah lelaki cikit walaupun tak de lah sado sangat macam mr pilot ke pluto tu. Huhu. Maka jadilah dibawah ni. Hehee
Aucakkk! Abam mannyakk sayam sama kamoo. Hoho. Poorah.
Antara geng aku.
Ni satu hal minah ni ntah sesat dari mana. Katanya shahrukhandoli dia tak jumpa jalan masuk kolej aku. Tu yang minah ni drama jap. Cerita Minah he tangga tumpasnya kecundang jatuh tergolek. 
Haaaa, dah jumpa. Ni laaa shahrukhandoli yang dinanti selama berabad yang lalu.
Isteri kedua shahrukhandoli, prettyzantac. eh?
Bersama isteri ketiga shahrukhandoli, Aiswariangria hari raya.
Happy bersama madu. Hoho
Siap kauuu aiswariangria hari raya, prettyzantac. Kau blum kenal Kajoldiwalejanamjanam. Huh.
Namaste. Mere nam aiswariangria hari raya. Mere bahen, kajoldiwalejanamjanam.
Auchakk!
kya kar te hai?(buat apa tuu?)
Aiswariangriahari raya vs kajoldiwalejanamjanam.
Kecewa shahrukhandoli pergi.
chalo hum ishq karengge!(Jom kita bercinta!) Awww so suwit.
Jomlahhhhhh >_<
Maaf, kamu bukan jodohku. Jodoh yang anda dail tidak dapat dihubungi. tet tet tettt.
Buntu.
Kajoldiwalejanamjanam memutuskan single is better. Fly free. huhu

Sekian sudah cerita hari ini. Hehe.
Wonderful picture by Kikin

Jom layan video tarian daripada group kami. hihi.

Bye

 
Template FatinHazwani|Copyright and Edited Miss Fatyn