Pak Cik Rosli

Assalamualaikum,

Harini adalah hari kedua pakcik rosli pergi menghadap ilahi. Allah. Innalillahiwainnailaihirajiun.
Sungguh, aku tak tahu nak cakap apa. Ya, ni bukan kes pertama bagi aku. Walaupun sebelum ni ada yang aku jaga hari-hari dan aku datang jea dapat khabar menyedihkan tapi kalini aku betul rasa lain. Rasa macam ya allah, bersalah.

Pakcik ni admit ward medical, aku jaga dia ada dalam 3-4 hari. Walaupun tak lama tapi terasa jugak. Sebab aku lap dia, aku cakap-cakap dengan dia, aku ada masa dia nazak, aku cuba bantu mana yang mampu. Aku kerja pagi, habis shift aku, petang tu dia takda. Tak sempat nak tengok pakcik. Hemm.

Allah.
Allah.

Biarlah aku bercerita kenapa aku sedih. Sebelum tu aku akan cerita serba sedikit tentang pakcik rosli.

Pakcik rosli berumur 70tahun. Admit ward di diagnose Delirium 2° sepsis ppt by AGE, CVA with Right corona radiata lacubar infarct with cerebral athropy, U/L Dementia.

Panjang kan diagnose dia? Haa, takpe, aku pun still student aku pun tak faham semuanya. Tapi aku tahu, pakcik ni mengalami gangguan /meracau disebabkan AGE(Acutegastroentritis) atau dia cirit birit muntah yang berterusan. Dia juga mengalami strok dan nyanyuk. Dekat setahun lepas.

Bila dia muntah berterusan, dengan keadaan dia yang dah tua, dah tak larat, sisa-sisa vomit tu akan masuk ke ruang paru-paru atau dipanggil aspirated pneumonia menyebabkan berlakunya keradangan paru-paru. Ada kuman terkumpul dalam paru-paru. Kuman yang dari perut dan muntah. Sebab tu lah masa aku last jaga pakcik ni, daripada dia tak pakai oksigen, sampai dia kena pakai high flow mask. Oksigen dalam badan masa aku jaga dia last day tu, drop sangat-sangat. Oksigen dalam badan kita ni kena melebihi 95% tapi pakcik ni pakai oksigen pun kadang 71% kadang 88%. Bayangkanlah macamna dia nak bernafas. Dengan bernafas laju, tercungap-cungap, sukarrrrr sangat. Nadi dia laju sangat. Suhu badan tinggi walaupun telah diberi ubatan. Bayangkanlah hari terakhirnya. Bagaimana hari terakhir kita? Allah.

Pakcik rosli mengalami kesukaran bernafas. Setiap kali oksigen dia drop, dia akan meronta. Aku selalu gosok dia. tenangkan dia. tapi aku tahu alam dia masa tu dengan alam kita dah berbeza. Masa tu aku kerap kali rasa nadi dia. Allah aku takut, takut kalau dia pergi masa tu.

Pagi tu aku datang, staff nurse dah pesan awal-awal minta aku lebih alert pada pakcik tu. Mula-mula aku monitor Blood pressure sahaja. Kemudian anak lelaki dia cakap,

"Dik tolong bukak lah cuff kat tangan dia. Nak monitor apa? kesian lah dia tak selesa."

Aku jawab. "Encik, keadaan pakcik tak stabil. Saya kena monitor, kena pasang cuff. "

"Bukan ayah awak, awak tak rasa."

Allah, aku buat untuk kebaikan dia. supaya tindakan awal dapat diambil

Takpe. Aku buka.

Bila anak dia dah balik.

Aku tengok pakcik sangat restless, bernafas lagi laju. Lagi kuat pakcik meronta. Aku monitor oksigen. Memang drop sangat. Aku mampu angkat kepala bagi tinggi jea(bila semput kita kena duduk lebih tinggi untuk mudah bernafas). Aku tak berani angkat lagi tinggi, nanti pakcik meronta, pakcik jatuh. Lepas tu aku terus pasang cardiac monitor. Memang. Jantung pakcik terlalu laju berdetak. Oksigen semakin drop. hem

Aku diam, pandang. Gosok pakcik.

Masa tu dah pukul 10, sepatutnya bagi susu. Susu yang diberikan melalui hidung ke perut tu(ryles tube). Tapi sebab pakcik restless sangat, kami hold dulu. Bimbang pakcik muntah balik dan keadaan akan lebih teruk. Ya, saudara dia marah aku sebab tak bagi susu. Tapi aku jawab cara elok. Untuk kebaikan pakcik. Aku tahu pakcik dahaga, pakcik sakit. Saudaranya hanya mampu pandang aku, sayu. Aku faham.

Aku rasa bersalah juga, sebab ikat tangan pakcik. Sebab pakcik merancau. Takut melukai diri pakcik. Allah. untuk kebaikan pakcik.

Pakcik ni DNR. Means, apa-apa terjadi, pakcik pengsan ke apa, kami tak akan buat apa-apa. Ini kerana persetujuan family mereka. bukan kami. MEREKA.

Menangislah. Kami sudah mencuba yang terbaik. Aku juga sedih. Aku lap pakcik. Pakcik bebel aku sebab pusing-pusing dia atas katil.

"Pakcik, kita exercise ya. Mandi cikit bagi wangi. "

"Haaa.. akit(sakit)..."

"Cepat sihat pakcik."

Al-fatihah.
Allah, semoga pakcik ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Semoga allah ampunkan dosa-dosa pakcik.

AMIN


No comments:

Post a Comment

Penat2 membaca, komen and publish aje :) Komen anda dihargai :3


 
Template FatinHazwani|Copyright and Edited Miss Fatyn