Masqurada Del Paraiso. Culture's Day

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hai korang semua.
Nampak tak, nampak tak miss fatyn makaronah pakai mask. Haha.
Harini hari kebudayaan so tema yang kebudayaan tetapkan adalah Masqurade. Colour gold, black and red. Memang harini majlis yang agak devavom. Yang paling kacau bilau bila aku dipilih jadi MC last minute. Dah lah aku first time jadi MC. macamna nak baca? Setakat baca ABCDEFGST boleh lah.
So semalam aku tak dapat nak tido nyenak. Bila nak tido ja, skrip dalam kepala lah. Bila nak tido ja dengar intonasi suara lah. Siap mimpi takdak suara lah, kena telan air asam jawa lah, majlis kena langgar garuda lah. Hahaha. Amboi imaginasi tinggi benau.
 Tapi, alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Setakat tersasul sekali dua tu dimaafkan kot. Kalau patpuloh kali tersasul mahunya selipar dengan topeng masqurade melayang atas kepala. Wah! Haha
Moh le ambo cerita cikit pasal masqurade. Masqurade ni adalah sejenis topeng yang di pakai pada abad ke 13 dahulu. Pada zaman dulu dorang hanya pakai topeng bewarna emas dan perak.
Tujuannya adalah bila dorang pakai topeng ni, diorang dapat bergaul dengan orang atasan. Korang faham lah zaman dulu kan mereka mementingkan status. Jadi, begini lah cara mereka untuk dapat bergaul. 
Harini kitaorang ada sertakan beberapa pertandingan untuk theater, nyanyian dan tarian. Kitaorang lawan sem by sem. Tapi semua dikira menang lah. Cuma yang membezakan number satu dua tiga camtu ja. Misi utama taknak bagi dorang gaduh berebut hadiah. Haha. Tipu ja.
Part yang paling aku suka dan tak berkelip mata ialah part theater. Ada cerita ali baba dan penyamun, cerita bima sakti dan paling aku suka scene bawang putih bawang merah. Boleh buat aku sebak-sebak lap lap hingus tau. Haha. Yealah, korang tahulah jalan ceritanya. Mak Kundur mak pada bawang merah kena tolak dalam air masa cuci kain oleh mak Labu mak si bawang putih. Yang si merah ni menangis tercari-cari mak dia. Sebak jugak lah kan. Kalau kita hilang mak kita secara tiba-tiba macamne? Hem. Lepastu mak bawang merah jadilah si ikan kaloi. Pulak mak tiri dan si bawang putih boleh lah diorang pergi tangkap ikan tu. Siap suruh bawang merah masak lagi. Ape ke kejam sangat le diorang ni. Aku pulak yang terasa nak naik atas pentas nak buat scene tambahan tarik rambut. Haha. nampak tak keseronokkan scene tambahan tu. Hahaha. Tapi ending of course lah kan yang jahat takkan menang untuk ending. Kalau tak sia2 cerita takda happy ending. Haha. Semestinya,Bawang merah dapat lah kawin dengan putera raja. Huhu. 
Sweet bangat deh.
Part tarian memang feeling habis lah. Yang penonton pun siap lambai tangan lagi..Siap pasang lampu phone lagi buat ala ala ala konsert gituh. Huhu
Part tarian pun best. Tarian nogori ada. perak ada. Jawa ada. Kitaorang memang kena ikut tema kebudayaan. Takda maknanya kebudayaan tapi lagu kpop. 
Alhamdulillah semua bagi kerjasama dengan baik.
Yang paling penting, MC kena selfie. Haha

Ok bye

Misi-Misi Menjalankan Misi Mencuci Pantai Port Dickson

Assalamualaikum,

Huhu, Berapa banyak misi da. Failed BM cenggini.
Sampai jea kat sana, wajib selfie sedas dua sebelum gotong royong. Kang nanti dah gotong royong, semua makeup dah meleleh2. Nak buek camno. Tak de makna nak touch up balik. Haaha. Tanpa makeup, tiada erti. Haha
Aktiviti ni under kelab komuniti kolej kejururawatan. So aku dengan rela hati join le dengan kawan2. Memandangkan kawan baik aku pun turut serta, so rasa nk bergotong royong tu lebih semangat le. Almaklumlah, kalau takda depa ni, takda lah selfie berjemaah. Sunyi selfie sorang diri ni. Hahaha
Kitaorang sampai kat sana lebih kurang pukul 8 lebih cenggitu. Takda lah jauh sangat dari kolej aku. Tapi sempat jugak lah aku tido berdengkur atas bas tu. Haha
Sampai jea kat sana kena warm up dulu. Senamrobik then setat le kitaorang bersihkan kawasan pantai. 
Pantai yang kami pergi ni kawasan memancing. So takdalah banyak sangat sampahnya. Cuma ada lah sikit-sikit. Tapi kan orang kata, cikit2 lama-lama jadi bukit. So, sebelum membukit baik lah kita setat kutip daripada sekarang. yea dok?
Huh, selesai sudah misi-misi menjalankan misi mencuci pantai. Hasil kerjasama, dapat lah dedaun kayu yang kitaorang akan guna untuk bakar dan buat bbq lepas ni. Hahaha. nampak tak ngelat? Amboi, posing bukan main. Lap peluh bagai. Haish
Tapi ni dalam gambar jea. Dunia realiti korang tak tahu haa kitaorang bersihkan pantai sampaikan wajah pun dah jadi tiga layer. Hehe
Habis jea kat kawasan memancing kitaorang gerak tempat yang ramai cikit. Kali ni dah takda dah misi mencuci. Tapi misi berselfie dan bercanda di pasiran pantai pulek. 
Tapi.. Hanya mampu main air di pesisiran aje. Tak dapat nak mandi nak naik kayak. Huhu. Sedih bangat. Enggak apa apa lah buk, lain kali kita pergi lagi.
Alhamdulillah, daripada duk terperuk dalam kolej fikir study ja, fikir assigment ja, syukur jugak dapat datang sini. Boleh lah tenang-tenang kan fikiran melihat panorama alam tropika. Nasib baik lah tak dapat tengok panorama sotong berjemur di pesisiran pantai. Oish, tak sanggup mak nak tengok. Banyak spesis tuh. Haha. Dan..yang paling best.
Kembali ke zaman kanak-kanak ribena. Hahahah. Kalau zaman ni, siap tenggelam dalam timbunan pasir lagi. Rinduuu..Zaman dah tua ni? Ibu jari ja dapat aku tanam. Hehe

Ok bye. Adios amigos.

Thank You Madam For This Gift

Assalamualaikum,
Medical Surgical Nursing please be nice to me for this semester :)

First day masuk kolej nursing, puan dah cakap dah "Anatomy dan phisiology subjek paling susah untuk sem 1. Dah lama kolej ni tak dapat 100% lulus untuk subjek anatomy" Siap beritahu depan family lagi. Maklumlah masa tu hari daftar. So, mula2 dah set mind, anantomy paling susah. Susah nak lulus, apatah lagi A+. Camno ni?

Dalam masa orientasi, puan siap bagi assigment lagi untuk subjek anatomy. Belum masuk kelas lagi tu. Haih. Susah sangat ke?
First day masuk kelas anatomy, kami blur. Memang susah. Dah setat kena present dah pasal tubuh badan kita. Nama-nama yang kitaorg tak pernah dengar pun. Nose di panggil nasal. Pusat dipanggil umbilical. Ketiak dipanggil axila. Hahaha. Kelakar. Aduhai. Takpe. Move lagi. Tak ckup dengan semua tu, puan suruh pulakkk lukis orang. Label lagi. Aku dah lah tangan kayu. Kompem lah orang yang dilukis akan menjadi lidi. Sebab lidi kan spesis kayu. Adik beradik lettew. Huhu. Takkkk cukup dengan lukis, suruh pulek colour. Mak aih, apa nak jadi. Apa nak jadi.

Setiap hari fikir beban jea anatomy ni. Tak sempat nak fokus subjek lain kot. Asyik kena colour kena lukis. Subjek lain terabai. Stress mak! Dah lah nak on time. NO EXCUSE. 
tapi aku still ingat someone ni, kalau keluar dengan dia, dia dengan rela hati tolong aku. Tolong colour. Legaaa hati. Assigment siap :) Dapat A+. Tapi dia dah takde dah sekarang. Terima kasih awak. Kenangan ni saya akan ingat. Ok dah. Rupanya, dengan cara melukis mewarna and label, kita akan mudah ingat tau. 

Bila dah lama belajar. Aish macam best pulak. Belajar pasal tubuh badan, sistem jantung(part paling aku suka),pasal sistem penghadaman dan macam2 lagi. Kebesaran tuhan. Cipta setiap satu yang ada dalam tubuh kita dengan fungsi yang sangat amazing. Kita tak sangka dalam tubuh kita, macam2 ada. Tak pernah rehat. Hem. Nanti aku cerita semula. hihi

Masa exam mid sem, anantomy ja kami tumpu. Memang struggle gila kentang. Haha. Memang ramai yang failed. Ehm, down. Puan pun down. Kami plus plus down. Memang betul apa dijangka. Kami kena teruk. Puan cakap kami jawab sambil lewa and ntah pape. Hum. Maka setat lah kelas malam bersama anatomy, yang sebelum ni kelas malam kami dapat tido selenanya. Maka setat juga assigment anantomy, makin bertimbun bak gunung everest. Hem, nangis sendu dihatiku sendu dijiwamu.

Masuk exam akhir tahun, sebulan takdapat outing. Down kuasa 8! haih menyampah.
Aku yang spesis suka tido bak kuola ni kena kejut dengan kawan suruh study anatomy. Okay, tumpu pada soalan ja. Dah malas nak baca buku teks. Puan kasi 30+ soalan esei. Kitaorg memang tumpu pada soalan esei. Bila masa exam, krik krik krik krik. Hanya dua soalan ja yang masuk daripada soalan yang target. 

Nangis bawah tangga. Huwaaa.
Terpaksalah jawab guna logik akal.

Maka episod redha pun berlaku.

Bila dalam cuti,dah habis exam.

"Taniah, semester 1 lulus 100% bagi semua subjek"

Aku macam. Aku macam. Ada blink2 bintang kat mata. Aku macam nak terloncat patpuloh lapan kali tanpa henti. Ya allah. Terima kasih ya allah. Semua lulus subjek anatomy dan semua subjek? Alhamdulillah

Puan kami pun terkejut sangat. Tak sangka sebab sebelum ni tiada yang lulus anatomy 100%. Alhamdulillah.

Dan sebagai tanda penghargaan puan untuk first gift. Dia masuk kelas and suruh tutup mata.

And puan letak satu2 atas meja.
Pemadam chumil and kata2.
She love us. Amomomo. Sweetnya puan. Kecil tapi sweet dan beharga. Nangis lap lap hinyus kat langsir. Hahaha
LOVE MADAM SHANTI RAMANADTHAN.
 
Template FatinHazwani|Copyright and Edited Miss Fatyn