Misi-Misi Menjalankan Misi Mencuci Pantai Port Dickson

Assalamualaikum,

Huhu, Berapa banyak misi da. Failed BM cenggini.
Sampai jea kat sana, wajib selfie sedas dua sebelum gotong royong. Kang nanti dah gotong royong, semua makeup dah meleleh2. Nak buek camno. Tak de makna nak touch up balik. Haaha. Tanpa makeup, tiada erti. Haha
Aktiviti ni under kelab komuniti kolej kejururawatan. So aku dengan rela hati join le dengan kawan2. Memandangkan kawan baik aku pun turut serta, so rasa nk bergotong royong tu lebih semangat le. Almaklumlah, kalau takda depa ni, takda lah selfie berjemaah. Sunyi selfie sorang diri ni. Hahaha
Kitaorang sampai kat sana lebih kurang pukul 8 lebih cenggitu. Takda lah jauh sangat dari kolej aku. Tapi sempat jugak lah aku tido berdengkur atas bas tu. Haha
Sampai jea kat sana kena warm up dulu. Senamrobik then setat le kitaorang bersihkan kawasan pantai. 
Pantai yang kami pergi ni kawasan memancing. So takdalah banyak sangat sampahnya. Cuma ada lah sikit-sikit. Tapi kan orang kata, cikit2 lama-lama jadi bukit. So, sebelum membukit baik lah kita setat kutip daripada sekarang. yea dok?
Huh, selesai sudah misi-misi menjalankan misi mencuci pantai. Hasil kerjasama, dapat lah dedaun kayu yang kitaorang akan guna untuk bakar dan buat bbq lepas ni. Hahaha. nampak tak ngelat? Amboi, posing bukan main. Lap peluh bagai. Haish
Tapi ni dalam gambar jea. Dunia realiti korang tak tahu haa kitaorang bersihkan pantai sampaikan wajah pun dah jadi tiga layer. Hehe
Habis jea kat kawasan memancing kitaorang gerak tempat yang ramai cikit. Kali ni dah takda dah misi mencuci. Tapi misi berselfie dan bercanda di pasiran pantai pulek. 
Tapi.. Hanya mampu main air di pesisiran aje. Tak dapat nak mandi nak naik kayak. Huhu. Sedih bangat. Enggak apa apa lah buk, lain kali kita pergi lagi.
Alhamdulillah, daripada duk terperuk dalam kolej fikir study ja, fikir assigment ja, syukur jugak dapat datang sini. Boleh lah tenang-tenang kan fikiran melihat panorama alam tropika. Nasib baik lah tak dapat tengok panorama sotong berjemur di pesisiran pantai. Oish, tak sanggup mak nak tengok. Banyak spesis tuh. Haha. Dan..yang paling best.
Kembali ke zaman kanak-kanak ribena. Hahahah. Kalau zaman ni, siap tenggelam dalam timbunan pasir lagi. Rinduuu..Zaman dah tua ni? Ibu jari ja dapat aku tanam. Hehe

Ok bye. Adios amigos.

No comments:

Post a Comment

Penat2 membaca, komen and publish aje :) Komen anda dihargai :3


 
Template FatinHazwani|Copyright and Edited Miss Fatyn