Resepi Puding Trifle

Assalamualaikum,
Puding trifle potongan tanpa seni. Haha. Mokcik harini terlebih rajin nak buat puding pulek. Alkisahnya mengidam sampai terbawa2 dalam mimpi. Bila dah sampai mimpi tu, maka wajib lah aku beli bahan sedas dua untuk mereka cipta puding trifle mimpi aku tu.

Tanpa banyak songeh, moh le kita kenal bahan2 untuk mereka cipta puding trifle tersebutttt.


Bahan2 cinta trifle (3 lapis) :

Bahagian bawah (kek) :

1) Kek gulung. ( Aku beli perisa blueberry. boleh jea beli kek biasa atau kek london choco roll, atau apollo atau yang takda jenama :3)

Bahagian tengah (kastard) :

2) 3,4 sudu Tepung kastard
3) 1 tin Susu cair + 1 tin air(sukat guna tin tu jea)
4) gula 3 sudu besar

Bahagian atas (koktail & jeli) :

5) Buah koktail. (Boleh digantikan dengan buah kewi, buah strawberry atau buah2 lain. Yang penting bukan buah durian. Hikhik)
6) Jeli / puding( aku beli kristal jeli cap nona sebab warnanya menarik. ada banyak perisa and rasa masam2)

Cara-caranya :
1) Potong kek gulung. Susun padat2 dalam tupperware. Kalau boleh jangan bagi ruang ya.

2) Renjiskn sedikit air buah koktail. Bagi kek moist.

3) Untuk lapisan tengah pula. Letak Kastard. Cara nak buat kastard. Kena masak. Masukkan 3,4 sudu besar tepung kastard, masukkan susu cair satu tin, air satu tin dan gula 2,3 sudu besar. Terpulang nak manis atau tidak. Bagi aku 2,3 sudu dah sedang2 sebab kek dah manis. Ok kacau. Bukak api perlahan2. Sentiasa kacau nanti berketul. Kemudian bila dah pekat, dah nampak meletup2 cikit dah boleh angkat. Bila dah agak suam2 nanti tuang atas lapisan kek. Settel.

4) Bila kastard sejuk sedikit, taburkan buah koktail. Jangan bagi kastard sejuk sangat sebab nanti buah tak melekat. So, taburkan rata.

5) Jeli kena masak jugak. Cara nak masak ada di kotak. Hehehe. Senang kan zaman sekarang?
Sejukkan sedikit jeli kemudian tuang atas koktail tadi. Dah siap. Simpan dalam peti kasi sejuk sikit nanti boleh dimakan bersama sepupu sepapat, waris waros, adik bradik, mak ayah dan jiran2 sebelah yang dah kenal atau belum kenal. Insyaallah mengeratkan silaturahim. Hehe. 

Semoga berjaya ya :)


DIY Bunga Kembang Menggunakan Kertas Crepe

Assalamualaikum,
Harini topik bunga2. So agak seswai untuk wanita2 jea. Jadi yang si atuk, bapa, abang, pakwe, budak2 lelaki yang techik2 ni boleh lah pi rehat sat minum kopi ka apa. Bagi can pada nenek, ibu, hakak, makwe and budak2 perempuan yang techik ni masuk kelas membentuk bunga jadian jap. Bagi peluang ek. Yang ada anak kecik tu bagi suami pegang jap. Cakap ni kes urgent. Hahaha
So, DIY yang aku nak ajar ni amatlah seswai untuk nak hias rumah ke, hias bilik ke, buat untuk wedding(untuk bunga telur,hantaran,hias bilik pengantin pun boleh) atau birthday. Yang penting tak payah tempah, boleh buat sendiri. Menjimatkan kos dan of course sedap mata memandang dengan bunga warna warni adilfitri. Untuk hantaran pengantin boleh search bunga crepe hantaran. Banyak contoh :)
Untuk buat bunga ni, hanya gunakan kertas crepe,dawai dan reben jika perlu. Yang lain2 tak payah. Boleh jea dapat dekat kedai wedding ataupun kat kedai DIY. Rasanya kedai buku pun ada.
Lagi banyak kertas crepe yang di gunakan lagi gebu bunga tu. Korang nk buat atas warna lain,bwah warna lain pun boleh. Ataupun nak selang seli. Nak letak manik ke. Punn boleh. Terpulang. Yang penting, Cantikkkkkk :)
Aku belajar daripada youtube, kejap ja boleh buat. Srap srup srap taici silat baldi gayung semua, dah siap dah 6,7 bunga. Masa tengah dukung anak pun boleh buat. Tak de masalah punya. Yang bermasalah, bila siap buat, anak koyak. Yang tu terbaikk. Haha. Okay jom sesama kita tengok cara buat bunga ni. 



Semoga berjaya uolls :) Selamat hias menghias.
*Yang dah siap gulung pun ada jual sekarang :)

Panduan Soalan Lazim Temuduga Perubatan SPA

Assalamualaikum,


Aku nak kongsi sedikit soalan lazim temuduga bahagian perubatan. Memandangkan dulu aku temuduga bahagian ni, jadi ada beberapa soalan yang aku cari dan still simpan masa temuduga dulu. Alhamdulillah, antara beberapa soalan yang aku baca ni, masuk juga. Bila kita dah prepare soalan, tak payah pening kepala nak belek semua nota perubatan yang bertimbun. Just baca sikit2 ja. Rujuk pada soalan. Dengan cara tu, automatik kita dah baca pun :3

Pasni bila dah tahu soalan, tak da lah nak terketar lutut sampai terkencing dalam bilik temuduga. Yea dak? Paling kurang pun takda aksi nak senyap sedu tengok muka penemuduga. Kau tengok aku, aku tengok kau. Haha.


Soalan :

1. Perkenalkan diri anda.

2. Mengapa anda minat dalam bidang ini?

3. Latar belakang pendidikan anda?

4. Adakah anda bekerja?

5. Slogan KKM?

6. Nama menteri kesihatan, timb. menteri kesihatan.

7. Jenis penyakit berjangkit ( contoh penyakit, penyebab penyakit, cara mengatasi, ubatan dan perawatan)

8. 10 penyakit utama di malaysia (contoh : sakit jantung, obesiti, influenza A, Thalasemia, kencing manis, batuk kering, HIV/AIDS, Kanser, Demam denggi, Hypertension)-penyebab penyakit, faktor bawaan dan cara mengatasi.

9. Organ dalaman dan luaran manusia(fungsi, nama)

10. Pakaian seragam(jururawat, MA, Makmal perubatan, Farmasi, X-Ray dlain2.)-Kebiasaannya ditanya tentang bidang yang dipilih.

11. Siapakah(jururawat, MA, Makmal perubatan, Farmasi, X-Ray dlain2.)-Kebiasaannya ditanya tentang bidang yang dipilih.

12. Tugas-tugas(jururawat, MA, Makmal perubatan, Farmasi, X-Ray dlain2.)-Kebiasaannya ditanya tentang bidang yang dipilih.

13. bidang kuasa/tempat bertugas(jururawat, MA, Makmal perubatan, Farmasi, X-Ray dlain2.)-Kebiasaannya ditanya tentang bidang yang dipilih.

14. Alatan dan kelengkapan perubatan dalam ambulan.

15. Jenis darah.

16.Deskripsi ubat.

17. MA boleh ke beri deskripsi ubat?

18. Sakit apa MA boleh beri ubat?

20. MA boleh buat pembedahan?

21. Kempen kesihatan(terkini, dan dulu)

22. Situasi- pesakit mengadu sakit pada kamu. Apa yang harus dilakukan terlebih dahulu?

23. Step CPR,Bantuan pernafasan.

24. Apa yang perlu dilakukan jika melihat orang yang kemalangan jalan raya.

25. Penyakit terkini(berapa kes di malaysia, berapa kematian)

26. Risiko kerja dibawah perubatan?

27. Cara cuci tangan yang betul.

28. Pola pemakanan

29. Kadar normal tekanan darah, nadi.

30. GST(mungkin)

31. Cara kira BMI.

32. Mengapa minat bidang ini?

33. Beza hospital kerajaan dan swasta, hospital terdekat yang anda tahu, dan Info klinik 1 Malaysia.

34. Sanggup dihantar jauh?

35. Level gula yang normal dalam badan.

35. Tag nama disebelah mana?

36. Fungsi darah merah dan putih?

37. Apakah tugas khusus bagi MA yang berkhidmat dalam ambulan?

38. Sistem perkumuhan, pencernaan dan pernafasan.


Okay, selesai. Ni jea yang aku pernah kumpul. Maaf jika tidak ikut susunan. Moga bermanfaat.


Leave your comment and good luck :)

Basic Makeup Staff For Beginner

Assalamualaikum,

Hye guys,
Aku ni bukan terror sangat bab mekap ni. Tapi, boleh lah kalau aku nak share beberapa barang makeup yang seswai untuk beginner yang baru nak try tempek2 bedak and gincu sedas dua kat muka. So, moh le kita berkenalan dengan hakak2 dan fuan2 yang terkenal di atas. Ahaks ^^

Bila kita cakap tentang makeup, mesti la kita taknak makeup yang boleh ubah kita dari wanita yang ayu kepada the rock yang berketul2 kan. So, barang makeup untuk beginner haruslah ringan teksturnya, dan berbaloiiiii harganya. Ye dok? Bagi aku makeup yang simple haruslah tak tebal dan mudah nak tanggal dan pakai selepas solat. Ya, ya aku tahu, dulu masa kecik2 boleh jea ganti bedak dengan tepung jagung, sponge ganti kek spongbob,eyeliner ganti pensil tapi sekarang bila dah besau gedabak ni haruslah ada alat makeup tersendiri sebab taknak kalah dengan pondan2 sedunia yang of course ada patpuloh juta barang makeup mereka. Haha

Okay, moh le kita kenal barangan di atas.

1- Maybelline Clear Smoth BB Cream Stick
2- Biore UV Perfect Face Milk
3- Lip Balm Lip Ice Sheer Strawbery
4- Eyeliner DHerbs Coklat

First dah bersihkan muka dari segala kehitaman dan segala ketidak comelan habuk yang melekat. Pakai toner and mosturizer okay. Then, tuang sedikit Biore UV Perfect Face Milk. Sapu rata. Biore UV Face Milk ni pakai sikit jea dah cover semua muka. Bertindak sebagai makeup base. dapat set makeup dengan jayanya. Boleh cari dekat giant atau watsons. Settle. Harga RM 20++

Kemudian, pakai Maybelline Clear Smooth BB Cream Stick. Haruslah warna yang bersesuaian ya. Bb cream stick ni dah jimat dah. All in one. tak payah nak cari conceler ke, bedak ke, semua dah ada dalam ni. Jimat kan. Tapi memang lah tak cover semua scar yang ada. Cuma untuk beginner memang aku suggest benda ni. Tahan 8 jam and tak bercampuk kalau peluh. Mudah nak blended dengan jari. Harga dalam RM20++

Untuk mata pulak, untuk permulaan memang korang tak tahu nak eyeshadow kan mata korang kan. So just pakai eyeliner coklat. Makeup lebih natural. Terpulang nak jenama apa tapi yang dherbs ni memg agak tahan lama and murah. Okay settel. Harga RM10++

Bibir pulak, tak payah nak pakai yang cat air ke, cat dinding ke hape, just pakai lip balm jea. Lip balm Lip Ice ni yang strawberry teksturnya ringan sangat and jadi kaler pink gituh. Memang nampak natural. Boleh cari di guardian dan watson jugak. RM10++
Okay, dah settel. Gambar atas ni hasilnya. Shine bright light a diamond pulek gambarnya. ehek.

Okay korang. Semua boleh cari di watsons atau guardian. Mudah nak cari. Hehe. Kalau makeup, biar nipis tapi bermaya. Cukup sekadar tak tertukar antara hantu kak limah atau kau. Tu jea. Okay kekangkawan.

Till then. Bye

 
Template FatinHazwani|Copyright and Edited Miss Fatyn