Basic Makeup Staff For Beginner

Assalamualaikum,

Hye guys,
Aku ni bukan terror sangat bab mekap ni. Tapi, boleh lah kalau aku nak share beberapa barang makeup yang seswai untuk beginner yang baru nak try tempek2 bedak and gincu sedas dua kat muka. So, moh le kita berkenalan dengan hakak2 dan fuan2 yang terkenal di atas. Ahaks ^^

Bila kita cakap tentang makeup, mesti la kita taknak makeup yang boleh ubah kita dari wanita yang ayu kepada the rock yang berketul2 kan. So, barang makeup untuk beginner haruslah ringan teksturnya, dan berbaloiiiii harganya. Ye dok? Bagi aku makeup yang simple haruslah tak tebal dan mudah nak tanggal dan pakai selepas solat. Ya, ya aku tahu, dulu masa kecik2 boleh jea ganti bedak dengan tepung jagung, sponge ganti kek spongbob,eyeliner ganti pensil tapi sekarang bila dah besau gedabak ni haruslah ada alat makeup tersendiri sebab taknak kalah dengan pondan2 sedunia yang of course ada patpuloh juta barang makeup mereka. Haha

Okay, moh le kita kenal barangan di atas.

1- Maybelline Clear Smoth BB Cream Stick
2- Biore UV Perfect Face Milk
3- Lip Balm Lip Ice Sheer Strawbery
4- Eyeliner DHerbs Coklat

First dah bersihkan muka dari segala kehitaman dan segala ketidak comelan habuk yang melekat. Pakai toner and mosturizer okay. Then, tuang sedikit Biore UV Perfect Face Milk. Sapu rata. Biore UV Face Milk ni pakai sikit jea dah cover semua muka. Bertindak sebagai makeup base. dapat set makeup dengan jayanya. Boleh cari dekat giant atau watsons. Settle. Harga RM 20++

Kemudian, pakai Maybelline Clear Smooth BB Cream Stick. Haruslah warna yang bersesuaian ya. Bb cream stick ni dah jimat dah. All in one. tak payah nak cari conceler ke, bedak ke, semua dah ada dalam ni. Jimat kan. Tapi memang lah tak cover semua scar yang ada. Cuma untuk beginner memang aku suggest benda ni. Tahan 8 jam and tak bercampuk kalau peluh. Mudah nak blended dengan jari. Harga dalam RM20++

Untuk mata pulak, untuk permulaan memang korang tak tahu nak eyeshadow kan mata korang kan. So just pakai eyeliner coklat. Makeup lebih natural. Terpulang nak jenama apa tapi yang dherbs ni memg agak tahan lama and murah. Okay settel. Harga RM10++

Bibir pulak, tak payah nak pakai yang cat air ke, cat dinding ke hape, just pakai lip balm jea. Lip balm Lip Ice ni yang strawberry teksturnya ringan sangat and jadi kaler pink gituh. Memang nampak natural. Boleh cari di guardian dan watson jugak. RM10++
Okay, dah settel. Gambar atas ni hasilnya. Shine bright light a diamond pulek gambarnya. ehek.

Okay korang. Semua boleh cari di watsons atau guardian. Mudah nak cari. Hehe. Kalau makeup, biar nipis tapi bermaya. Cukup sekadar tak tertukar antara hantu kak limah atau kau. Tu jea. Okay kekangkawan.

Till then. Bye

6 comments:

  1. Saya suka bab ni, Nanti sis update lagi yea. :)

    ReplyDelete
  2. cantik wlupun simple.sis pn minat mekap2 ni.hehe

    ReplyDelete
  3. apa function Uv perfect face milk tu :'( mohon penerangan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear, untuk lebih tahu awk try search blog ni. Fyna. Dia juru makeup. Moga bermanfaat. www.fynahere.com/2011/06/review-biore-uv-perfect-face-milk-its.html?m=1

      Delete

Penat2 membaca, komen and publish aje :) Komen anda dihargai :3


 
Template FatinHazwani|Copyright and Edited Miss Fatyn