Resepi Puding Trifle

Assalamualaikum,
Puding trifle potongan tanpa seni. Haha. Mokcik harini terlebih rajin nak buat puding pulek. Alkisahnya mengidam sampai terbawa2 dalam mimpi. Bila dah sampai mimpi tu, maka wajib lah aku beli bahan sedas dua untuk mereka cipta puding trifle mimpi aku tu.

Tanpa banyak songeh, moh le kita kenal bahan2 untuk mereka cipta puding trifle tersebutttt.


Bahan2 cinta trifle (3 lapis) :

Bahagian bawah (kek) :

1) Kek gulung. ( Aku beli perisa blueberry. boleh jea beli kek biasa atau kek london choco roll, atau apollo atau yang takda jenama :3)

Bahagian tengah (kastard) :

2) 3,4 sudu Tepung kastard
3) 1 tin Susu cair + 1 tin air(sukat guna tin tu jea)
4) gula 3 sudu besar

Bahagian atas (koktail & jeli) :

5) Buah koktail. (Boleh digantikan dengan buah kewi, buah strawberry atau buah2 lain. Yang penting bukan buah durian. Hikhik)
6) Jeli / puding( aku beli kristal jeli cap nona sebab warnanya menarik. ada banyak perisa and rasa masam2)

Cara-caranya :
1) Potong kek gulung. Susun padat2 dalam tupperware. Kalau boleh jangan bagi ruang ya.

2) Renjiskn sedikit air buah koktail. Bagi kek moist.

3) Untuk lapisan tengah pula. Letak Kastard. Cara nak buat kastard. Kena masak. Masukkan 3,4 sudu besar tepung kastard, masukkan susu cair satu tin, air satu tin dan gula 2,3 sudu besar. Terpulang nak manis atau tidak. Bagi aku 2,3 sudu dah sedang2 sebab kek dah manis. Ok kacau. Bukak api perlahan2. Sentiasa kacau nanti berketul. Kemudian bila dah pekat, dah nampak meletup2 cikit dah boleh angkat. Bila dah agak suam2 nanti tuang atas lapisan kek. Settel.

4) Bila kastard sejuk sedikit, taburkan buah koktail. Jangan bagi kastard sejuk sangat sebab nanti buah tak melekat. So, taburkan rata.

5) Jeli kena masak jugak. Cara nak masak ada di kotak. Hehehe. Senang kan zaman sekarang?
Sejukkan sedikit jeli kemudian tuang atas koktail tadi. Dah siap. Simpan dalam peti kasi sejuk sikit nanti boleh dimakan bersama sepupu sepapat, waris waros, adik bradik, mak ayah dan jiran2 sebelah yang dah kenal atau belum kenal. Insyaallah mengeratkan silaturahim. Hehe. 

Semoga berjaya ya :)


DIY Bunga Kembang Menggunakan Kertas Crepe

Assalamualaikum,
Harini topik bunga2. So agak seswai untuk wanita2 jea. Jadi yang si atuk, bapa, abang, pakwe, budak2 lelaki yang techik2 ni boleh lah pi rehat sat minum kopi ka apa. Bagi can pada nenek, ibu, hakak, makwe and budak2 perempuan yang techik ni masuk kelas membentuk bunga jadian jap. Bagi peluang ek. Yang ada anak kecik tu bagi suami pegang jap. Cakap ni kes urgent. Hahaha
So, DIY yang aku nak ajar ni amatlah seswai untuk nak hias rumah ke, hias bilik ke, buat untuk wedding(untuk bunga telur,hantaran,hias bilik pengantin pun boleh) atau birthday. Yang penting tak payah tempah, boleh buat sendiri. Menjimatkan kos dan of course sedap mata memandang dengan bunga warna warni adilfitri. Untuk hantaran pengantin boleh search bunga crepe hantaran. Banyak contoh :)
Untuk buat bunga ni, hanya gunakan kertas crepe,dawai dan reben jika perlu. Yang lain2 tak payah. Boleh jea dapat dekat kedai wedding ataupun kat kedai DIY. Rasanya kedai buku pun ada.
Lagi banyak kertas crepe yang di gunakan lagi gebu bunga tu. Korang nk buat atas warna lain,bwah warna lain pun boleh. Ataupun nak selang seli. Nak letak manik ke. Punn boleh. Terpulang. Yang penting, Cantikkkkkk :)
Aku belajar daripada youtube, kejap ja boleh buat. Srap srup srap taici silat baldi gayung semua, dah siap dah 6,7 bunga. Masa tengah dukung anak pun boleh buat. Tak de masalah punya. Yang bermasalah, bila siap buat, anak koyak. Yang tu terbaikk. Haha. Okay jom sesama kita tengok cara buat bunga ni. 



Semoga berjaya uolls :) Selamat hias menghias.
*Yang dah siap gulung pun ada jual sekarang :)

Panduan Soalan Lazim Temuduga Perubatan SPA

Assalamualaikum,


Aku nak kongsi sedikit soalan lazim temuduga bahagian perubatan. Memandangkan dulu aku temuduga bahagian ni, jadi ada beberapa soalan yang aku cari dan still simpan masa temuduga dulu. Alhamdulillah, antara beberapa soalan yang aku baca ni, masuk juga. Bila kita dah prepare soalan, tak payah pening kepala nak belek semua nota perubatan yang bertimbun. Just baca sikit2 ja. Rujuk pada soalan. Dengan cara tu, automatik kita dah baca pun :3

Pasni bila dah tahu soalan, tak da lah nak terketar lutut sampai terkencing dalam bilik temuduga. Yea dak? Paling kurang pun takda aksi nak senyap sedu tengok muka penemuduga. Kau tengok aku, aku tengok kau. Haha.


Soalan :

1. Perkenalkan diri anda.

2. Mengapa anda minat dalam bidang ini?

3. Latar belakang pendidikan anda?

4. Adakah anda bekerja?

5. Slogan KKM?

6. Nama menteri kesihatan, timb. menteri kesihatan.

7. Jenis penyakit berjangkit ( contoh penyakit, penyebab penyakit, cara mengatasi, ubatan dan perawatan)

8. 10 penyakit utama di malaysia (contoh : sakit jantung, obesiti, influenza A, Thalasemia, kencing manis, batuk kering, HIV/AIDS, Kanser, Demam denggi, Hypertension)-penyebab penyakit, faktor bawaan dan cara mengatasi.

9. Organ dalaman dan luaran manusia(fungsi, nama)

10. Pakaian seragam(jururawat, MA, Makmal perubatan, Farmasi, X-Ray dlain2.)-Kebiasaannya ditanya tentang bidang yang dipilih.

11. Siapakah(jururawat, MA, Makmal perubatan, Farmasi, X-Ray dlain2.)-Kebiasaannya ditanya tentang bidang yang dipilih.

12. Tugas-tugas(jururawat, MA, Makmal perubatan, Farmasi, X-Ray dlain2.)-Kebiasaannya ditanya tentang bidang yang dipilih.

13. bidang kuasa/tempat bertugas(jururawat, MA, Makmal perubatan, Farmasi, X-Ray dlain2.)-Kebiasaannya ditanya tentang bidang yang dipilih.

14. Alatan dan kelengkapan perubatan dalam ambulan.

15. Jenis darah.

16.Deskripsi ubat.

17. MA boleh ke beri deskripsi ubat?

18. Sakit apa MA boleh beri ubat?

20. MA boleh buat pembedahan?

21. Kempen kesihatan(terkini, dan dulu)

22. Situasi- pesakit mengadu sakit pada kamu. Apa yang harus dilakukan terlebih dahulu?

23. Step CPR,Bantuan pernafasan.

24. Apa yang perlu dilakukan jika melihat orang yang kemalangan jalan raya.

25. Penyakit terkini(berapa kes di malaysia, berapa kematian)

26. Risiko kerja dibawah perubatan?

27. Cara cuci tangan yang betul.

28. Pola pemakanan

29. Kadar normal tekanan darah, nadi.

30. GST(mungkin)

31. Cara kira BMI.

32. Mengapa minat bidang ini?

33. Beza hospital kerajaan dan swasta, hospital terdekat yang anda tahu, dan Info klinik 1 Malaysia.

34. Sanggup dihantar jauh?

35. Level gula yang normal dalam badan.

35. Tag nama disebelah mana?

36. Fungsi darah merah dan putih?

37. Apakah tugas khusus bagi MA yang berkhidmat dalam ambulan?

38. Sistem perkumuhan, pencernaan dan pernafasan.


Okay, selesai. Ni jea yang aku pernah kumpul. Maaf jika tidak ikut susunan. Moga bermanfaat.


Leave your comment and good luck :)

Basic Makeup Staff For Beginner

Assalamualaikum,

Hye guys,
Aku ni bukan terror sangat bab mekap ni. Tapi, boleh lah kalau aku nak share beberapa barang makeup yang seswai untuk beginner yang baru nak try tempek2 bedak and gincu sedas dua kat muka. So, moh le kita berkenalan dengan hakak2 dan fuan2 yang terkenal di atas. Ahaks ^^

Bila kita cakap tentang makeup, mesti la kita taknak makeup yang boleh ubah kita dari wanita yang ayu kepada the rock yang berketul2 kan. So, barang makeup untuk beginner haruslah ringan teksturnya, dan berbaloiiiii harganya. Ye dok? Bagi aku makeup yang simple haruslah tak tebal dan mudah nak tanggal dan pakai selepas solat. Ya, ya aku tahu, dulu masa kecik2 boleh jea ganti bedak dengan tepung jagung, sponge ganti kek spongbob,eyeliner ganti pensil tapi sekarang bila dah besau gedabak ni haruslah ada alat makeup tersendiri sebab taknak kalah dengan pondan2 sedunia yang of course ada patpuloh juta barang makeup mereka. Haha

Okay, moh le kita kenal barangan di atas.

1- Maybelline Clear Smoth BB Cream Stick
2- Biore UV Perfect Face Milk
3- Lip Balm Lip Ice Sheer Strawbery
4- Eyeliner DHerbs Coklat

First dah bersihkan muka dari segala kehitaman dan segala ketidak comelan habuk yang melekat. Pakai toner and mosturizer okay. Then, tuang sedikit Biore UV Perfect Face Milk. Sapu rata. Biore UV Face Milk ni pakai sikit jea dah cover semua muka. Bertindak sebagai makeup base. dapat set makeup dengan jayanya. Boleh cari dekat giant atau watsons. Settle. Harga RM 20++

Kemudian, pakai Maybelline Clear Smooth BB Cream Stick. Haruslah warna yang bersesuaian ya. Bb cream stick ni dah jimat dah. All in one. tak payah nak cari conceler ke, bedak ke, semua dah ada dalam ni. Jimat kan. Tapi memang lah tak cover semua scar yang ada. Cuma untuk beginner memang aku suggest benda ni. Tahan 8 jam and tak bercampuk kalau peluh. Mudah nak blended dengan jari. Harga dalam RM20++

Untuk mata pulak, untuk permulaan memang korang tak tahu nak eyeshadow kan mata korang kan. So just pakai eyeliner coklat. Makeup lebih natural. Terpulang nak jenama apa tapi yang dherbs ni memg agak tahan lama and murah. Okay settel. Harga RM10++

Bibir pulak, tak payah nak pakai yang cat air ke, cat dinding ke hape, just pakai lip balm jea. Lip balm Lip Ice ni yang strawberry teksturnya ringan sangat and jadi kaler pink gituh. Memang nampak natural. Boleh cari di guardian dan watson jugak. RM10++
Okay, dah settel. Gambar atas ni hasilnya. Shine bright light a diamond pulek gambarnya. ehek.

Okay korang. Semua boleh cari di watsons atau guardian. Mudah nak cari. Hehe. Kalau makeup, biar nipis tapi bermaya. Cukup sekadar tak tertukar antara hantu kak limah atau kau. Tu jea. Okay kekangkawan.

Till then. Bye

Visited Beryl's Chocolate Factory, Serdang

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, selesai sudah lawatan ke kilang coklat beryl's di serdang, selangor. Perjalanan dari kolej aku lebih kurang dua jam jea. Maaf kualiti gambar kurang cikit ya. Almaklumlah kawan2, jurugambar nya nurse, bukan jurugambar yang betul. Haha. Nak alasan jugakkk. Wekk :3


Macam biasa kalau aku yang bergambar mesti keras bak tiang api. Aku rasa kalau orang lalu pun, takkan perasaan gadis cantik(Haruslah perasan) sedang posing disitu kerana aku tahu aku sekeping sama sekeping dengan dinding. Ahaks ^^ Serious lah, aku tak pandai nak posing maut ni. Buat peace no war boley. Gampang.


Ni lah teman baik se gusti se bantal aku. Nampak tak latar belakangnya ada budak? Ni alkisahnya dia jeles mak budak tu nak amik gambar  anaknya tapi dia nak jugak ambik gambar. Inilah pembuli budak kecik sedunia. Hahahaha. Adeh, kena ketuk dengan sudu plak! Almaklumlah updated entry depan dia. Haha. Ampun buk. Ini cerita dongeng aja.


Aumm! Sedapnya lahai. Masa kami pergi di kilang beryls ni, sesampai jea disana kami diberi taklimat sedas dua oleh pemilik kilang tersebut. Isi kandungan taklimat tersebut haruslah berkisarkan tentang coklat yea dak? Kalau datang kilang coklat mana ada orang cerita tentang selipar jepun. Kang tak pasal2 ada yang makan selipar saiz 5. Hihi. Garang pemilik blog ni. Spesis hulk pink. Kahkahkah


Abaikan minah sekeping di atas. Haha. Menurut pakcik coklat tu cakap, coklat ni diperbuat daripada biji koko. Buah biji koko bentuk macam buah peria tapi bukn buah peria k. Hehe. Dalamnya ada biji koko. Lebih kurang 80 biji juga lah. Kemudian biji koko dikeringkan. Bila dah kering ia akan dipanggang dan dipecahkan dan diasingkan kulit luar dan dikisar. Kemudian serbuk tadi akan diperah untuk diambil lemak koko dan hampasnya akan dikisar menjadi serbuk koko. dan ada beberapa adunan untuk menjadikan coklat tersebut. 

Kemudian,
coklat ada tiga jenis. Coklat putih, coklat warna coklat and coklat hitam. Ni macam gambar di bawah. Ada tiga warna kan. Yang duk berdiri pegang plastik tu warna warni aidilfitri namanya. Hahaha


Coklat putih tu baik untuk orang yang sekeping macam aku lah. Katanya boleh membina isi2 yang sihat di badan kita. Jadi masa point coklat putih ni lah part yang paling aku tak mengantuk. Haha. Coklat warna coklat tu biasa jea. Membahagiakan kot? Eh, ada kot? haha. Kalau yang warna hitam, sedikit pahit tapi sangat bagussss untuk jantung. Oleh kerana aku belajar medical, ini lagi satu point yang aku fokus. Kiki. 

Kitaorang tak dibenarkan ambil gambar dalam kilang. So ambil di bahagian luar kilang sajalah. Masa dalam kilang tu kitaorang tengok diorang adun coklat and packaging coklat.

So, bila dah habis jalan2 cuci mata and berselfie, tiba masa beli coklat untuk sepupu sepapat, waris, toknenek,mak ayah dik bradik smuaa.

Memandangkan aku peminat tegar. Bukan peminat penyanyi tegar aku yang dulu bukan yang sekarang ya, tapi peminat tegar coklat, so aku memang akan borong coklat lah. haha. Tiramisu ni salah satu coklat yang laku kat sini lah. Sekali sekala beli. Apa salahnya. Kalau dah banyak kali datang, jadi dua kali dua kala. Ihiks.


Coklat beryls perisa durian pun ado. Ekau ado? Haa. Borong jangan tak borong. Shopping makanan takpe. Tak membazir. So, paling banyak aku ambil, COKLAT PUTIH. kikiki. Ada makna.

Okay, sampai disini saja. Enjoy reading. Adios amigos.

Tired

Assalamualaikum,

Harini memang hari yang sangat memenatkan. Cuti sehari sekalipun, macam tak bercuti sebenarnya.Otot aku harini terpaksa bekerja keras,lelemak yang seciput di badan aku semakin mengecut dan tulang temulang di badan aku ni memang semakin kelihatan. But wellzzz, you know me. Sejak azali memang aku jenis tulang temulang pun. Stop salahkan aktiviti. Haha

Pagi-pagi lagi kami ada gotong royong mencantikkan kawasan kolej. Kena tanam sayur-sayuran, tanam buah-buahan, tanam herba dan lain2 lagi. Nasib tak tanam orang jea. Haha. Aku ni memang sejenis manusia yang suka alam sekitar. So, aku tolong lah apa yang patut dan tiba suatu tahap aku menjerit dan berlari bertempiaran sebab nampak cacing tidur lena dalam tanah itew. Jadi, berakhirlah tahap kerajinan aku pada masa itu. Haha. Ada alasan ken?

Ok, habis aktiviti tu kami kena bersiap cantik2 untuk majlis farewell semester enam. Untuk hari perpisahan diorang lah. So, tema tadi colour block. Kena pakai kaler yang berlainan. Aku perkena warna biru and merah. Alalalalalalala snow white tak menjadi gituh.
Ya ya, aku tahu. Aku memang sama kaler dengan kerusi pun. Kalau aku berdiri tepi kerusi, orang pun tak nampak aku sebab aku sama besar jea dengan tiang kerusi tu. Haha. Dan aku memang kalau boleh, suka serius forever after. Tak minat nak ambik gambar reramai. Kalau selfie takpe. Haha. Ni puas kena tarik dengan kawan untuk ambik gambar reramai. Muka redha paksa rela. Btw, nampak tak akak2 warna warni hari raya aidilfitri di belakang? Tu lah kaler blok.

Ehhh, dah pandai pulek buat peace no war minah ni. Haha. Kami tak boleh bersukaria hari raya sangat sebab result belum keluar lagi. Huhu. 
Okay, dah habis cerita minah-minah selfie sekarang cerita yang paling besttt.

Masa tu kami dah habis majlis. Aku pun dah naik asrama lah. tu pun tak settle kerja lagi. Kena pergi photostat dokumen dengan ketua. Masa tu rasa macam dah bersenang lenang lah kan. Habis kerja tu terus nak tido lah. 

Masa tengah photostat tu bunyi SIREN. Aku macamm, eh, nak buat pengumuman kot. Tapi makin lama bunyinya. Nyaring. 

Ketua "Takkan kebakaran kot?"

Aku " krik krik"

bunyi siren lagi.

Ketua "Serious talk weh, kebakaran!"

Pum pam pum pam berlari berkejaran. Kelam kabut gile. Aku keluar pintu bilik dah nampak yang berlari dah. Masa tu aku jerit kat kawan sekelas suruh jangan guna lif. Guna tangga. Pastu diorang kelam kabut gila. Aku yang kelam kabut try tenang. Tapi yang tak boleh blah ada yang lalu cakap sebelah aku dan aku ajak lari tetiba dia cakap "fatin, saya nak ambil laptop!"aku blur.

Yang paling kesian gila, kawan aku berlari pakai tuala mandi dengan bakul mandi lagi nak masuk bilik. Aku dah terbahak2. Dalam kelam kabut kitorang sempat gelak kot. Haha

Dah kelam kabut tu lari turun kat padang, tetiba KAMI KENA TIPU. Alahai, gimik jeapun. Practice katanya. Practice make perfecto de amor yo. Huh! Dalam duk gelak2 tu aku tengok dekat geng aku yang lari lepas mandi tadi. Kot2 bawak baldi ke,gayung ke kan. Tapi takpelah, walaupun tak bawak semua tu, dia still pakai baju terbalik. hahahahaha

Masa kejadian berlari bekejaran tu,
Patotlah, aku nampak bomba kat bawah rilex brother rilex jea. Apo kono eh?

Lepas ni,

"Kebakarannnn.. Kebakaran!"

Aku " Oh, kebakaran ke?(angkat kening) "sambung tido bak hang.

Bye -_-'

Hikmah Dan Ganjaran As A Nurse

Assalamualaikum,


Bila rasa sendu, sebak-sebak, merunggut sebab kerja penat, aku baca ayat ni. Tenang, berlinangan air mata. Bertapa besar ganjarannya. ^^

Bila kita beruniform nurse, semangat yang ada dalam diri memang rasa lain sangat. Masa kerja di hospital, memang penat tak terasa. Kehulur hilir berkawad dalam wad, pantang patient panggil terus berlari berkejaran ke katil nya. 

Bila makcik tanya "kenapa asyik berjalan jea kojenya. Poning wan eh. Duk diam-diam sikit." Sambil senyum-senyum.

Jawapan aku. "Hee, Exercise makcik! Yah! satu,duo, tiga, sepoloh, pat puloh,seratus lapan puloh, pat juto(berlari setempat tak bergerak).

Memang lah orang sakit ni banyak merunggut. Tapi sebenarnya diorang nak bermanja. haha. Sampai sekarang, kalau aku pergi hospital, ada makcik pakcik yang pernah bersama aku, diorang ingat aku. Siap lambai dari jauh lagi. Tu dah buat aku rasa melayang. Rasa macam ada rama2 dalam perut. Haha. Happy :3

Ada jugak yang first datang muntah2 tak bermaya, memang tak nak langsung aku salin baju dia ke, suap makanan dia ke, mandikan dia ke dan kadang kena marah. Tapi bila dia dah sedikit sihat, boleh senyum2 mintak suapkan, siap mintak shampoo rambut dia lagi. Aku apa lagi? Balas dendam lah sebab marah aku dulu. Jadi, aku berkungfu silat taici srap srup srap. Haa kau, jadi Saloma versi 2015. Bukan setakat shampoo jea tau. Yeah!

Masa dia dah boleh balik, siap mintak maaf, nangis-nangis lap-lap hingus, peluk-peluk semua, ucap terima kasih. Herm. Aku pun sebak. Tu jea yang aku harapkan. Diorang sihat dan bahagia. Tu adalah suatu kepuasan dan penghargaan bagi khidmat aku yang seciput ni.  

Tapi bila habis shift, balik ke asrama, memang penat tu terasa sampai pandangan kabur. Gelap jea dunia. Katil jea yang still bercahaya. Hehe. Mak oi, dah start rasa nak demam jugak. Dah start rasa nk jadi patient jugak. Mula merenggek sakit- sakit badan. Minum milo ke, nescafe ke, makan mahjung ke, kacip mokcun kicap tongkat ali dil pagal pyar rehe ke, semuaaaa tak menjadi. Hahaha, aku dah merepek. 

Herm, jadi? Setiap penat lelah mesti ada ganjarannya. Teruskan usaha untuk mendapat ganjaran yang cukup bermakna. Insyaallah. Boleh. Amin


Outing Day. Poie Pokan.

Assalamualaikum,


Alhamdulillah, selepas dikurung dekat sebulan jugak tak dapat keluar sebab exam so,kelmarin apa lagi, keluar lah membuang segala toxic2 yang ada dalam otak ni. Huhu

i love you roomate. Will u be my roomate for next semester? 
Ouch! i will. feeling duk kat air terjun. Gebas gebus hidung terasa. 

Oleh kerana dah lama tak keluar. Dah lama tak hirup udara segar kat lua. Jadi, segala tempat yang boleh kami welfie, kami akn welfie. Huhu. Dari jauh datang, tu je ke tujuan kau milah? haha

After a few minutes. Minutes okay! Ahhh, menyesal aku duk ngan kau. Dah lah suka korek hidung, pastu lempar dalam pinggang orang.
ahhh, kau pun sama kentut dalam selimut lepastu tak mengaku. Pigidah! Hiargggghhh!*aksi tolak menolak. Si sekeping dengan si sado. Mati aku kalau roomate aku baca ni. Hahahaha. Hye roomate.

 Bila dah nama perempuan, nalurinya macam biasa lah. Nak shopping nak shopping nak shopping. So, bila kata nak shopping ni mesti kena ada duit. ye dok? Tapi sekali sekala, beli untuk penghargaan diri. Apa nak di kato. 

Atas rumput ni aku yang cadang sebenarnya. Aku cakp, wey jom skuad lentang atas rumput jom. Apa lagiiii.. Dah semua memang hantu bergambar. Hahaha. 

Yang kiri sekali tu tak habis-habis dengan lamaran dia. Yang sebelah dia pulak tak habis-habis nak angguk i will, i will,i will! Jadi burung belatuk pulak. Hahahaha

So, ni lah hari outing kitaorang. Takda apa pun sebenarnya. Tapi ada misi lain disebalik cerita suka ria hari raya outing ni. Misi sebenar adalahhh.. 
Majlis makan2 bersama bff and release tension lepas exam. Huhu. 

Ada 13 orang yang join. Kami beli kek, kfc, buat koktail, ada jajan cikit and yang paling2 best acara tukar2 hadiah. Kitaorang tetapkan RM 5 keatas. haha. Sorang satu akan beli hadiah. Kemudian kitaorang akan letak number kat hadiah2 tersebut. Lepas tu masing2 cabut satu number. Jadi setiap seorang akan dapat hadiah. and kena beritahu tujuan kenapa beli benda tu. Sweet kan.

Yang paling2 best and tak di sangka2, hadiah yang aku beli tu dapat kat roomate aku. haha. Dah lah aku pergi beli dengan dia. pergi pilih warna. test sound kuat ke tak. semua dia yang pilih tau. jadi segala harga, warna, jenis, memang dia tahu. Tengok2 dapat kat dia. Haha. Memang kuat jodoh kami si sado and si sekeping. Hahahaha. Aku beli i phong. eh, head phone. Huhu. Terkojot milah.

Sehelai selendang bewarna purple yang aku dapat. Cantikk. Daripada bff aku jugak. Haha. Maka bertambah koleksi selendang ku dan insyaallah akan lebih tutup aurat lepas ni. Haha. Ohhh, ni tujuannya ya. Haha

Tudung oren yang kasi. Semuaaa ni bff aku. Huhu

i hope our frienship will kelak selama2nya. Insyaallah. Inilah kawan. Ada masa kita perlukan kawan untuk kenangan masa remaja dan masa belajar kita. Nanti esok2 kita akn tersenyum sorang2 bila ingat balik semua ni.

Till then. Adios amigos.



New Life Begin

Assalamualaikum,

Tik tok tik tok.
Cepat masa berlalu. Dari muka aku sekecil2 tapak tangan ma, sekarang muka dah sebesar besen yang ma beli juga. haha. Alhamdulillah. Cantik aturan yang Allah bagi. Sedikit demi sedikit aku berubah dan aku dapat terima perubahan dalam hidup aku ^^

Dulu masa temuduga latihan jururawat U29. Bukan main eksited lagi. Bila penemuduga tanya,
"Sanggup ke kena hantar sabah sarawak?" masa tu beriya-riya jawab sanggup. Tak cukup jawab. Angguk lagi. Tak cukup angguk, kalau boleh nak bangun, angkat tangan setingginya biar bau hangit semerbak alam ketiaknya menngatakan aku nak! Tapi sekarang. Well. You know. Pendirian manusia boleh berubah. Ihiks.

Ingatkan suntik orang semudah ABC. Ingatkan belajar jadi jururawat ni macam main ting-ting. Lompat-lompat-lompat,kutip batu, sampai destinasi. Rupanya tidak. Lebih dari ting-ting aku rasakan. Macam main lompat atas buaya plak. Silap haribulan aku kena makan ;(
Bila aku dah masuk dalam ni, daripada rasa riang berkepuk2 lubang hidung, tapi sekarang, lubang hidung pun tak nampak sebab jalan asyik menunduk muka. Bertapa menyesalnyaaaa belajar jururawat. Kemurungan. Too hard. Sangat. Automatik dari rasa nak jadi jururawat terus nehi, zero, empty. Katakan tidak!

Dalam seminggu, banyak kali call ma nak cite bertapa menyesalnya jadi jururawat. Nak nangis. Nak balik. Tapi, bila dengar suara ma, serious tak sampai hati. Kerana aku datang sini bawa harapan mereka. Memang tak sampai hati. Last2, nangis belakang langsir dalam bilik. Sob sob.

Datang sini memang zero. Tak tahu pape. Datang nak suka2 jea kerjanya. Bila dah suka2, maksudnya semua kerja yang aku buat akan jadi suki2. Tak serious langsung. hakhak. 


Tapi nasib baik ada kawan yang membantu. Yang selalu ada. Yang selalu bagi dorongan. Yang sama2 nak jatuh bagun. Yang ajak tido sebilik. Kadang makan minum kongsi pinggan. Kadang nak pergi basuh pinggan tapi nak terkincit. Dorang tolong basuhkan. Ha,nampak tak peranan dorang. haha. Kalau bergurau dengan dorang. Memang no hurt feelling. Pakai bedal jea. Lagipun, walaupun aku tua daripada diorang, diorang memang sempoi habis lah. Go fatin. Go fatin. Kata mereka. Kalau dorang baca blog ni, mati aku dikerjakan. erk.

Sekarang dah nak habis semester dah. Sedang berhempas pulas dalam dewan peperiksaan. Dalam kata benci, nak habis semester jugak. Mulut kata benci, tapi dalam hati sayang. Sape tak sayang bini oiii(takda kaitan). Bila difikirkan balik banyak hikmah yang allah bagi pada aku. Banyak kesenangan, kenikmatan yang dia beri pada aku. Cuma aku manusia suka mengeluh, kadang tak pandai nak bersyukur.

Kalau dulu mak selalu jadi jam loceng suruh bangun tido, sekarang samada kau nak bangun sendiri atau bangun lewat akan dikenakan tata tertib?

Dulu tak basuh baju pun takpalah, sekarang kalau tak basuh baju kau nak pakai apa? cawat?

Dulu, bermalas-malasan depan tv tu perkara paling bosan. Paling tak best. Kalau boleh bukak facebook lah, bukak clash of clans lah. Sekarang, tv pun tak nampak. Sekarang nampak buku,nampak kawan,nampak muka pengajar. Hahaha. Baru aku tahu nikmat tengok tv. hem

Dulu,jadi imam solat lain kali pun takpe. Sekarang bila jadi imam, mula tunggang terbalik. Menyesal aku tak praktis dulu ; (

Dulu tak bergaul dengan orang pun takpalah jadi tarzan melalak ngan adik beradik. Sekarang samada pesakit melalak kat kau atau doktor tonyoh kepala kasi cerdik cikit. Nak tak nak kena bergaul. Cakap kena kasi sopan. Sebutan huruf kasi betul ya pak, ya ibuk.

Dulu kalau sakit, tido memanjang dalam bilik. Sekarang kau pesakit atau orang lain pesakit? Sape nak rawat sape ni?

Dulu seminit lagiiiii.. alaaa, lambat lagiii.. Sekarang seminit tu boleh semput nak mati kalau tak buat kerja. Mak aih. Tapi sekarang boleh jea aku main blog. Siap tido lagi pukul 2 tadi. Hahaha.

So, nampak tak perbezaan nya disitu? HAHAHA. Jadi, samada aku berubah atau diam. Aku memilih berubah. Kerana jururawat adalah SEBAHAGIAN dari hidup aku sekarang ni. Aku bawa harapan family. Aku buat amal di dunia. Insyaallah. Aku bersyukur.

Biasakan yang betul, betul kan yang biasa.
Alah bisa, tegal biasa.

Noktah.

Ikhlas

Assalamualaikum,


Aku tak mengharapkan apa-apa pun dari pekerjaan ni. Aku tak mengharapkan hidup mewah. Beli kereta, jet, roket, kereta kebal. Aku tak nak beli baju blink-blink yang menyilaukan mata. Aku taknak kasut aladin, kasut macdonal duck. Aku tak perlukan pun barang kemas yang berbelit2 dari leher sampai ke kaki. Aku hanya nak hidup senang dengan hati yang tenang. Aku cuma nak masa untuk keluarga,untuk diri.  Cukup lah korang tahu, walaupun kami gaji tinggi dengan OT sekalipun, masa untuk diri sendiri takkan sempat kami tebus bila dalam pekerjaan ni.

Yaaa, memang kerja kami penat. Kadang2 aku pun putus asa. Terlalu putus asa. Kena belajar medikal. Dengan kudrat yang sedikit. Kadang demam pun tak sempat nak rehat.

Tapi aku ingat pesan ma.

Mungkin, ni lah salah satu cara amal kita untuk akhirat nanti. Bonus untuk kita. Tuhan dah bagi masa depan yang baik untuk kakngah. Untuk hapus dosa-dosa kakngah yang sebelum ni kita tak sedar banyak sangat kita buat dosa. Buat dengan ikhlas. Bila kita ikhlas, kerja yang berat pun takkan terasa. Ingat, doa orang yang sakit di makbulkan allah. Baik kita beri dia, baik masa depan kita. Jangan minta apa-apa. Bersyukur. Redha.

Maaa -_-.

Bagi aku,
Yang paling aku bahagia bila diorang sebelum ni masuk wad dalam keadaan tenat, dan dapat keluar dari hospital dalam keadaan dapat berjalan dengan SENYUMAN. Aku dah lega. Dah bahagia. 

Dan ucapan yang paling aku suka. TERIMA KASIH NURSE ^^senyum. Tenang rasanya...macam dosa2 terbangggggggg pergi dari hidup aku.

Alhamdulillah ya allah. Jika aku rasa putus asa, ingatkanlah aku dengan harapan ibu bapa. Ehm

Last Minute Struggle

Assalamualaikum,

Meja study yang masih suci dalam debu.

Untuk kali keseratus lima puluh juta, mereka tanyakan aku soalan yang sama. Heh kenapa kau masih tak study lagi, apa kau buat, apa kau pura-pura tak mengerti?

Diseratus empat puluh bilion kali itu, di depan semua engkau tenung wajah aku, yang buat muka kosong tak nak ambil tahu, sambil ketawa aku bilang satu persatu.

Aku memang malas seperti koala, aku juga suka melengah-lengah masa. Muka aku blur tak berbahasa, kerna aku rimas baca tapi tetap lupa. Aku mudah tidur tidak semena, mana boleh tahan katil asyik bersuara. Aku tetap diam tidak berusaha, tapi aku struggle bila last minute sajaaaa.. Aku MALAS nak membaca..

Haaa.. Haaa.. Haaaaaaa...

2 weeks more for final exam,whyyy....


Bila dah membaca, result tetap sama. Tapi betul orang cakap, usaha yang sedikit, result yang seciput macam siput sedut.

So fatyn? What are u waiting for? Someone asking me.

Aku jawab dengan blur.
Err, i waiting for satu kekuatan yang akan masuk dalam diri. Macam satu kuasa yang boleh tukar aku dari 0° to 360° dengan kadar segera. Segera okay?

Dia balas dengan esei 350ptah perkataan.
No, ni bukan zaman anime. Kau ingat kau ultraman? Angkat kaki tangan tunjuk alat mainan yang adik kau beli 20 sen macam pistol tu ke langit kemudian,kau tukar semua kertas soalan atas meja menjadi alat makeup and terus makeup macam mulut angelina jolie? Kau ingat kau superman? Asal kau tak dapat jawab soalan, kau terbang keluar dari dewan peperiksaan sambil pakai suit baju spender kat luar tu? Huh, kemon lah. Kemonnnn. Bangun!

Aku terdiam. Tapi muka blur.

Jangan study last minute. Aku bimbang nanti kau tak terurus. Aku takot rambut kau yang okay skang ni bertukar jadi ally miow mengerbang macam pintu gerbang sebab stress bangat. Janganlah wei. Otak jadi tepu tau. Zombi pun taknak makan otak kau. Kau ingat zombi tak da nilai barang ke? Diorang pun ada krusus pengguna yang bijak. Kemon! Wakeup!

So, aku akan berusaha! Chaiyok!!(only for two days. Bhahahaha!)

K, bye

Ini antara dialog aku dan aku yang satu lagi. Haha

Age


On 11.59 pm @5.10.2015


6. 10. 1992
Lilin telah terbakar, dan pasti ada pengakhiran.
Tiada apa yang di banggakan selama 23 tahun. Cukup aku masih ada keluarga. Itu sahaja HADIAH yang paling berharga.
Noktah.

Kem SMART AADK, Muara Beach Resort

Assalamualaikum,

Kem SMART(Sukses, Matang, Aktif, Rasional, & Tanggungjawab) di bawah anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kawasan Pasir Puteh. Kem berjalan selama 2 hari 1 Malam. Memang tak cukup masa lah. Kalau boleh kitaorang nak 4 hari 3 malam ke, 10 hari 9 malam ke kan. Siap tiket bercuti ke A-Famosa, Sepanyol ke, Rusia ke, Gambang Waterpark ke kan? Lepastu shopping free kewww. Haha. Kang tak pasal2 kena ayun mangkuk dengan fasi-fasi. Hahaha

Mula-mula macam biasa lah kan. Kena ada pendaftaran dulu. Takkan lah masuk2 terus main aktiviti.
Masa pendaftaran kitaorang dapat satu fail. Dalam fail ada satu buku nota kechik yang comel desing nya + pen, ada tag kem smart, ada jadual aktiviti yang panjang berjela sampai aku malas nak baca(memang hakikatnya sejak azali pemalas), hahaha. Dan ada borang penilaian untuk pelatih nilai sepanjang aktiviti. 
Kadang-kadang aku nak tergelak jugak. Dalam ramai-ramai perempuan yang sopan kat situ, aku yang paling unik sekali. Memang bersemangat betul aku haritu. Siap pakai kasut sukan, seluar track. Memang lengkap pakaian sukan lah. Yang kawan pompuan lain pakai baju kurung. Erk! Bersemangat kan? Perghh! 
Pagi2 sebelum pendaftaran pegi felling2 tepi pantai dlu. Melayan perasaan yang jauh nun teringatkan ikan-ikan di laut. Apa khabar korang spesisku? Korang sihatkah? Patin? Argghhh, dah lari tajuk ni.

OKAY! Kalini aku nak cerita aktiviti yang pihak AADK sediakan. Aku akan cerita satu aktiviti jea. Sb banyak sangat aktiviti. Now, nak cerita aktiviti "KEMBARA". Memang aktiviti yang devavoom, mabelous,wow,umph! Ntah nak cakap apa lagi. Kalau aku komen teruk2 kan tak pasal2 kena ketuk dengan senduk dengan fasi2. Apa korang hengat dorang tak baca? Haha. Takot betul. Jangan bimbang eh. Kalau mengumpat pun, mengumpat yang membina. Ceh! Haha

Aktiviti Kembara :






Semuanya ada 6 check point. Sebelum kitaorang peg kembara untuk menjalankan tugas yang ditetapkan,

kitaorang di beri satu amanah untuk menjaga air yang diberikan dalam satu botol. Tak boleh tumpah hokey! Amanah. Kitaorang rilek jea. Tadah peluh, tadah air liur semua kalau nampak sukatan dah kurang. Uwekk! Haha. takda maknanya nak buat cenggitu. ntah peluh dorang masin ke, peluh aku tawar ke. peluh fasi tiga rasa ke. Hahaha

 Contoh gambar,

 Fokus bekas air okay. Tu ketua kumpulan aku. Kalau nak kenal bagitau aku. Aku boleh jea pegi mintak untuk korang,. Simple. Korang nak number IC? Number IC bapak dia? Gampang. Aku boleh pergi pejabat pendaftaran negara. Khas untuk korang. 
Lepas diberi taklimat sedas dua oleh fasi kita. Konon buat2 pahamlah kan. Angguk jea kerja. Kami pun menjalankan tugasan kami. Setiap satu check point diberi masa 10 minit. 



Okay start! Check Point Pertama kami diberi tugasan untuk lalu di bawah setiap tali yang di ikat dengan mata yang tertutup. Walaupun bertutup sebenarnya kan fasi, kami nampak jalan kat bawah. Hahahaha! Kalau ke depan memang lah tak nampak, Tapi kalau ke bawah nampak. Haha.




Masa ni aku tengah kira semut2 yang lalu. Siap mintak laluan lagi. " Hakak habang semut, mintak lalu cikit haa. Adik manis mau lalu.."
Memang lambat lah sikit kan. Kan mak pesan jangan pijak semut! Nanti kat neraka semut pijak kita. Paham? Hahaha. Sape amik gambar aku ni? O-O

Akhirnya selesai juga checkpoint kami yang pertama. Semua dapat balik ke kampung dengan aman dan selamat. Eh?

Pergi checkpoint kedua. Mula2 sampai checkpoint kedua kami lapor diri bla-bla-bla. Tapi?

"Korang tahu apa salah korang?" Fasi 
"Ha?" Blur sebab mula2 datang dah cakap buat salah.
"Kawan korang putus selipar korang tinggal dia?" Fasi ada janggut. Muka ala-ala-ala duta d'herb terlajak laris. Kata kawan lah.. Garang plus lembut cikit.

Oi, kawan kitaorang putus selipar? Haduhai. Tu baju biru number 8 tu. Sedang menangisi seliparnya yang mati mengejut!


Hape tunggu lagi? Pumping le 800 + 400 kali. okay, tipu. HAHAHA. Alah, setakat pumping tu ape le sangat. kumpulaan kami pernah kot angkat kete kebal. Alahai. gampang(memang lah gampang, aku tak payah kena pumping sb aku perempuan. Torbaikkk!) Baju number 8 pun tak terkecuali kena pumping walaupun selipar dia yang mati. Kikiki

Tugasan kami? Cipta satu slogan ANTI DADAH. So, kami bincang "Kami belia benci dadah"
Slogan kami agak kurang sikit lah. Macam2 soalan kena tanya. Mungkin markah kami kurang sikit disini. Sebab kami diammmm jea. Tapi kami baik. Kami tak menjawab. Fasi tanya soalan kami diam. Mak cakap jangan melawan! Cikgu tanya kita diam. Nanti kita pandai. Eh? eh?

Settel! Berjaya!

Check point ketiga.
Tugasan kami ialah. Aku tak tahu apa nama tugasan ni. Lebih kurang macamni lah. Sorang kena hafal satu cerita. Kemudian kena pergi bisik seorang demi seorang. Orang pertama bisik orang kedua. Kedua bisik orang ketiga. Orang ketiga dan keempat dan sekian. Orang yang lastttt sekali kena pergi jumpa fasi and lukis apa yang dorang dengar tadi. 

Aku orang first. Aku pun tak hengat. 
"Di sebuah pulau ada sepasang suami isteri. Ada dua orang anak. lelaki dan perempuan. Di pulau tersebut ada kapal layar. Ada kura-kura dan pokok kelapa. Eh, yeke? Yeakot. kiki. Kemudian d pulau tersebut ada bukit. Dicelah bukit ada matahari yang terbit. Disana tenang dan damai" 

Lebih kureng lah cerita nya. 

"Wei, aku berkenan betul dengan akak tu. Ejas num dia kat aku." Baju merah

"Alah kau ni, aku pulak malu. Tapi yang sebenarnya, Dia isteri aku. " Baju biru

"Macam pernah dengar tajuk tu. Kau baca novel tu ke? " Baju merah.

"Ha'ah, ceritanya bergini. Disebuah pulau ada kapal layar ada laki bini. Aku tak tahu laki bini tu ada anak berapa orang. Suami berapa orang. Errr..." Baju biru

Kesimpulannya, bila sampai orang yang last dengar cerita. Dia pun lukis.

Kapal layar- Air laut- ada orang lidi + ayat DAN SEBAGAINYA. kikiki.

Sempoi.

Check Point keempat, kena mandi tepung. Masa ni lah aku nak buli ketua aku. Haha


Ketua aku kena tutup mata kemudian dengar arahan dan tiup tepung untuk ambil gula-gula, hehe. Akhirnya ketua aku jadi mamak gula-gula celup tepung. HAHAHA. Sori bos!

Kami berjaya!

Check point yang kelima. Susun puzzle. Kami tiada gambar dalam sesi ni. Jadi aku tnjuk gambar orang lain.

Susun jangan tak susun kak minah kak senah,kak tipah. Eh, aku tak ingat nama apa. Tulah, singkat sangat masanya AADK buat aktiviti. Lain kali lama sikit ek. Teruja ni. 

Check point yang terakhir.
Cipta menara paling tinggi.

Macamana nak cipta menara tertinggi mengunakan manusia2 yang hidup? Kitaorang bukan terminator ke, superman ke, ultraman ke, orang lidi dan sebagainya. Kalau cipta menara guna manusia2 hidup komfem mati. Haha. tipu.

Disebabkan kumpulan kami ada lelaki seorang. Perempuan 5 orang. Eh, aku perempuan sorang jea tapi diorang alalalalala perempuan. Kiki. Maka kami di cabar oleh fasi-fasi untuk buat menara paling tinggi dari kumpulan lain.

Aku yang paling atas. Sebelum pijak diorang aku siap mintak maaf lagi. Tako2 mati mengejut ke apa kan. HAHAHA
Maka jdilah...
Sembunyikan muka. hehehe. Hebat tak kami??

Selepas mengharungi dugaan dan cabaran yang melanda di hutan tersebut yang penuh dengan kerengga. Kami berjaya mengharunginya. hehe. Semua kerengga mati di lanyak oleh kami.
Memang aktiviti kembara ni perlu ada semangat berpasukan, perlu kuat, perlu ada sikap tolong menolong dan dengar arahan ketua. Baru korang berjaya. Kalau kita jumpa kawan yang baik, maka jadi baik lah kita. Kalau kita jumpa kawan yang sayang kawannya, dia akan tolong kita. Kita perlu kuat. Perlu yakin pada diri sendiri kita mampu.




TERIMA KASIH AADK! ;)



 
Template FatinHazwani|Copyright and Edited Miss Fatyn