Bila rasa sendu, sebak-sebak, merunggut sebab kerja penat, aku baca ayat ni. Tenang, berlinangan air mata. Bertapa besar ganjarannya. ^^
Bila kita beruniform nurse, semangat yang ada dalam diri memang rasa lain sangat. Masa kerja di hospital, memang penat tak terasa. Kehulur hilir berkawad dalam wad, pantang patient panggil terus berlari berkejaran ke katil nya.
Bila makcik tanya "kenapa asyik berjalan jea kojenya. Poning wan eh. Duk diam-diam sikit." Sambil senyum-senyum.
Jawapan aku. "Hee, Exercise makcik! Yah! satu,duo, tiga, sepoloh, pat puloh,seratus lapan puloh, pat juto(berlari setempat tak bergerak)."
Memang lah orang sakit ni banyak merunggut. Tapi sebenarnya diorang nak bermanja. haha. Sampai sekarang, kalau aku pergi hospital, ada makcik pakcik yang pernah bersama aku, diorang ingat aku. Siap lambai dari jauh lagi. Tu dah buat aku rasa melayang. Rasa macam ada rama2 dalam perut. Haha. Happy :3
Ada jugak yang first datang muntah2 tak bermaya, memang tak nak langsung aku salin baju dia ke, suap makanan dia ke, mandikan dia ke dan kadang kena marah. Tapi bila dia dah sedikit sihat, boleh senyum2 mintak suapkan, siap mintak shampoo rambut dia lagi. Aku apa lagi? Balas dendam lah sebab marah aku dulu. Jadi, aku berkungfu silat taici srap srup srap. Haa kau, jadi Saloma versi 2015. Bukan setakat shampoo jea tau. Yeah!
Masa dia dah boleh balik, siap mintak maaf, nangis-nangis lap-lap hingus, peluk-peluk semua, ucap terima kasih. Herm. Aku pun sebak. Tu jea yang aku harapkan. Diorang sihat dan bahagia. Tu adalah suatu kepuasan dan penghargaan bagi khidmat aku yang seciput ni.
Tapi bila habis shift, balik ke asrama, memang penat tu terasa sampai pandangan kabur. Gelap jea dunia. Katil jea yang still bercahaya. Hehe. Mak oi, dah start rasa nak demam jugak. Dah start rasa nk jadi patient jugak. Mula merenggek sakit- sakit badan. Minum milo ke, nescafe ke, makan mahjung ke, kacip mokcun kicap tongkat ali dil pagal pyar rehe ke, semuaaaa tak menjadi. Hahaha, aku dah merepek.
Herm, jadi? Setiap penat lelah mesti ada ganjarannya. Teruskan usaha untuk mendapat ganjaran yang cukup bermakna. Insyaallah. Boleh. Amin







Alhamdulillah Fatin...kje Awk mulia...in shaa Allah bg menghapus dosa² kecil aamiin teruskn pejuangan y
ReplyDeleteo...
insyaallah :)
Deletemoga terus kuat berbakti, saya ada sorang kawan nurse!
ReplyDeleteinsyaallah. thanks :)
Delete