Alhamdulillah, selesai sudah lawatan ke kilang coklat beryl's di serdang, selangor. Perjalanan dari kolej aku lebih kurang dua jam jea. Maaf kualiti gambar kurang cikit ya. Almaklumlah kawan2, jurugambar nya nurse, bukan jurugambar yang betul. Haha. Nak alasan jugakkk. Wekk :3
Macam biasa kalau aku yang bergambar mesti keras bak tiang api. Aku rasa kalau orang lalu pun, takkan perasaan gadis cantik(Haruslah perasan) sedang posing disitu kerana aku tahu aku sekeping sama sekeping dengan dinding. Ahaks ^^ Serious lah, aku tak pandai nak posing maut ni. Buat peace no war boley. Gampang.
Ni lah teman baik se gusti se bantal aku. Nampak tak latar belakangnya ada budak? Ni alkisahnya dia jeles mak budak tu nak amik gambar anaknya tapi dia nak jugak ambik gambar. Inilah pembuli budak kecik sedunia. Hahahaha. Adeh, kena ketuk dengan sudu plak! Almaklumlah updated entry depan dia. Haha. Ampun buk. Ini cerita dongeng aja.
Aumm! Sedapnya lahai. Masa kami pergi di kilang beryls ni, sesampai jea disana kami diberi taklimat sedas dua oleh pemilik kilang tersebut. Isi kandungan taklimat tersebut haruslah berkisarkan tentang coklat yea dak? Kalau datang kilang coklat mana ada orang cerita tentang selipar jepun. Kang tak pasal2 ada yang makan selipar saiz 5. Hihi. Garang pemilik blog ni. Spesis hulk pink. Kahkahkah
Abaikan minah sekeping di atas. Haha. Menurut pakcik coklat tu cakap, coklat ni diperbuat daripada biji koko. Buah biji koko bentuk macam buah peria tapi bukn buah peria k. Hehe. Dalamnya ada biji koko. Lebih kurang 80 biji juga lah. Kemudian biji koko dikeringkan. Bila dah kering ia akan dipanggang dan dipecahkan dan diasingkan kulit luar dan dikisar. Kemudian serbuk tadi akan diperah untuk diambil lemak koko dan hampasnya akan dikisar menjadi serbuk koko. dan ada beberapa adunan untuk menjadikan coklat tersebut.
Kemudian,
coklat ada tiga jenis. Coklat putih, coklat warna coklat and coklat hitam. Ni macam gambar di bawah. Ada tiga warna kan. Yang duk berdiri pegang plastik tu warna warni aidilfitri namanya. Hahaha
Coklat putih tu baik untuk orang yang sekeping macam aku lah. Katanya boleh membina isi2 yang sihat di badan kita. Jadi masa point coklat putih ni lah part yang paling aku tak mengantuk. Haha. Coklat warna coklat tu biasa jea. Membahagiakan kot? Eh, ada kot? haha. Kalau yang warna hitam, sedikit pahit tapi sangat bagussss untuk jantung. Oleh kerana aku belajar medical, ini lagi satu point yang aku fokus. Kiki.
Kitaorang tak dibenarkan ambil gambar dalam kilang. So ambil di bahagian luar kilang sajalah. Masa dalam kilang tu kitaorang tengok diorang adun coklat and packaging coklat.
So, bila dah habis jalan2 cuci mata and berselfie, tiba masa beli coklat untuk sepupu sepapat, waris, toknenek,mak ayah dik bradik smuaa.
Memandangkan aku peminat tegar. Bukan peminat penyanyi tegar aku yang dulu bukan yang sekarang ya, tapi peminat tegar coklat, so aku memang akan borong coklat lah. haha. Tiramisu ni salah satu coklat yang laku kat sini lah. Sekali sekala beli. Apa salahnya. Kalau dah banyak kali datang, jadi dua kali dua kala. Ihiks.
Coklat beryls perisa durian pun ado. Ekau ado? Haa. Borong jangan tak borong. Shopping makanan takpe. Tak membazir. So, paling banyak aku ambil, COKLAT PUTIH. kikiki. Ada makna.
Okay, sampai disini saja. Enjoy reading. Adios amigos.














salam fatyn, seronoknya gi kelang coklat :)
ReplyDeletewasalam. Ya sis. Seronok juga. Tapi kilangnya kecik aje :)
Deletepernah pergi sini time lawatan dengan Petronas. hee. memang best! nak sangat pergi lagi kalau ada peluang :D
ReplyDeletekalau dia kasi buat coklat n bungkus coklat sendiri lagiii best. hihi
Delete