15. August. 2017 - Abam bomba ILapYou

Assalamualaikum,

Setelah banyak sangat dugaan cabaran dalam hidup sampai lah umur 25 sekarang ni, akhirnya alhamdulillah aku telah menemui pelangi di dalam gerimis yang mengundang.
Dari melaka, turun ke kelantan. 15.8.2017.
Sakit pinggang kan abam bomba? haha. Macamtulah den ghaso eh kalau balik kelantan. Aduyai.
Hajatnya datang nak merisik, tapi disebabkan sakit pinggang, 8 jam perjalanan, bincang punya bincang terus tunang. Hahaha. Sempoi betul le kedua-dua belah keluarga.

Alhamdulillah, merisik dan bertunang selesai diantara kedua-dua belah keluarga sahaja. Islam kan mudah.

Masa ni, aku takda. Berperang dengan exam di kolo pilah. Lagipun ingatkan merisik kan. So aku kek pilah buat relax buat peace jea. Sekaliii, ayoyok. Terkojot girlgirl bila dapat tahu dah jadi tunang orang. Tunang si black sweet lak tu. Adoi.

Tapi aku syukur, tuhan permudahkan segala-segalanya. Doakan till jannah yo.
Ok arigato.


Hadiah Kerana Aku Bertahan

Assalamualaikum

Haaa, korang tahu kan dulu minah ni tak suka nursing kan.
Punya lah dia struggle gila bertahan sampai dah jadi senior kechik pun sekarang. Lagi 6 bulan dia dah nak jadi Staff nurse. Dulu gedik menangis semua kena masuk nursing, sekarang, dia lah hakak misi paling sado kat kolej tu. Senior paling degil, paling malas buat kerja sekolah,paling suka buli orang and tak serius study. Sampai kawan-kawan cakap "Sedor lah tin, nak exam dah ni". Aku, ha ha ha. aku ketawaaaa.
Alhamdulillah.
Impian dia satu ja, nak family dia happy. Nak jaga family dia macamna family dia jaga dia sampai sekarang. Dia bertahan pun sebab doa family dia. Baru sekarang dia tahu sebenarnya kalau ikut kehendak family, redha,mesti boleh tempuhi. Semua benda jadi smooth ja. Serius. Sebab redha family. Dah berjaya pun buktikan. huhu

Sem satu minah ni tak minat nursing. Pointer dia ala kadar jea. Masuk sem dua dah redha sikit. Makin naik sem makin bagus. Ni pun minah tu kena cabar dekat puan sebab buat hal kat wad. Puan cabar untuk naik pentas jadi dekan, amik sijil cemerlang. Haha. Korang tau apa minah tu buat? Dia ajar budak sem 1, sem 1 kot main cocok-cocok patient dalam wad. Mana dorang boleh buat lagi. Hahahaha.

Last-last kena. Masa tu jugak lah puan datang sport check. Aku punyalah cari port baik punya nak ajar. Haaha. Bukan darah pun. Cek gula ja. Guna jarum kecik tu. Adoyai.

Kena buat surat, saya minta maaf janji tak buat lagi. Bla bla bla. hahaha
Alhamdulillah sekarang minah ni dah redha. Paling suka kerjaya ni. Banyak cabaran, banyak pengalaman. Terlalu banyak. Pergi dengan kematian, pergi dengan kesembuhan. Macam-macam terjadi. Ini lah saham aku di akhirat. Aku bersyukur.

Sikit lagi nak habis. yeay!



World Books Of Record - Longest Chain Of People Clasping Wrist & Ekspidisi Menuju Puncak

Assalamualaikum guys.

Pada 19 Ogos 2017, Malaysia kita telah mencipta rekod dunia dalam "Longest Chain Of People Clasping Wrist" dengan gabungan tangan seramai 8000 orang yang bertempat di stadium sukan paroi,dan gunung angsi, nogori sembilan. Bukan mudah oi nak pegang tangan atas gunung sana. Huhu

Malaysia telah mengalahkan pakistan yang sebelum ni mencipta rekod tersebut dengan gabungan pegangan tangan seramai 2000+ orang. Taniah-taniah!
Aku dengan rasa bangga nya dan bersyukur sangat dapat join aktiviti ini and nama aku turut tersenarai dalam 8000 orang tersebut. Alhamdulillah.
Kami jururawat pelatih kuala pilah ni tersenarai untuk join aktiviti ni. Berebut-rebut nak ambik borang tau. Yealah siapa tak nak join kan? Word books of record kot. Teruja betul. Kena panjat gunung angsi lagi. perghh. Mencabar.

Tapi.
Kes borang pun boleh bawak gaduh oi. hmm. Aku dah dapat borang tu. Last-last aku serah lah borang pada mereka yang nak sangat cari pasal tu. Dalam hati cakap, allah, takda rezeki aku. betul-betul aku redha masatu. Memang sedih, serius-serius.

Nak dijadikan cerita, seminggu sebelum tarikh penyertaan, aku dapat gantian dari puan. Allah, betul lah rezeki tu rahsia allah. Allah dah tetapkan kalau dah rezeki aku, lambat atau cepat mesti aku dapat. Cuma ujian yang allah bagi tu dia nak tengok hati aku macamana. Orang sabar, allah sayang, allah bagi apa yang betul kita nak. Allah.
Akhirnyaaaa! Aku disana. Hihi

Sesudah subuh, semua dah berkumpul kat stadium sukan paroi. Cara nak masuk dalam stadium, memang kemas teratur. Aku tabik spring betul.

Kitaorang bergerak satu kumpulan, nanti akan masuk satu lorong, beratur ramai-ramai, berjalan mengikut lorong yang ditetapkan. Kami dapat satu topi, satu tag number dan satu keychain. heh heh. Yang menyertai aktiviti ni, seluruh negeri tau. seluruh malaysia. Haaa. Masa ni macam-macam orang kau boleh berkenalan.
Masa ni tengah susun and buat latihan Longest Chain Of People Clasping Wrist. Sambil cari kedudukan pegang tangan dalam dewan.


Ramainya manusiaaa. Huuuu


Okay dah boleh santai-santai sebelum tunggu masanya. 

Bila dah tiba masanya, punyalah berdebar tak hengat dunia. Book of record kot. Semua kena bangun, pegang tangan. Masa pegang tangan tu, tuhan ja yang tahu rasa lenguh, rasa mengeletar, tapi kena pegang genggaman 1.30 saat. Hahaha.
 Masa kami cipta rekod pegang tangan ni tak boleh ambil gambar. Tak dapat nak tunjuk. Tapi alhamdulillah kami berjaya cipta rekod Longest Chain Of People Clasping Wrist. Tanpa lepaskan tangan tau! yeay!
Dah habis dah. Muka happy. Ada seri lagi. Makeup still mantain lagi. Tapi tak sedor kejap lagi ada yang menanti. Hahaha

Group aku. Baju pink tu marshall. Ketua group yang akan handle kami. bukan hendal belak ya. haha.

Dah happy-happy, kena naik bas pergi daki gunung angsi pulak. haha

Kami yang tak berapa pro mendaki ni pergi lewat-lewat sikit. Lepas dah settle pecah rekod longest Chain Of People Clasping Wrist di dewan, kami mula naik bas ke gunung angsi untuk buat rangkaian tangan dari puncak sampai ke kaki gunung. Mereka yang amatur, dah daki dari subuh lagi.

Masa ni baru start mendaki. Tengok le. Kaki gunung pun dah condong. Haha. Tapi takpe, kami semangat. Siapa kata perempuan tak boleh daki ha. aku pernah kot daki dengan seluar jeans. Amik kau. Haha

Selfie itu wajib. Kenangan.


Baru kaki gunung. Masa ni ramai lagi berkumpul. Ketawa bersama, mendaki bersama. Haha
Last-last semua berpecah. Ha ha ha, aku ketawaaa.
Masa ni aku berdua ja dengan kawan aku. Dah sampai separuh gunung. Lepas 2 jam mendaki. Allah. tak boleh nak cakap vibratenya kaki masa ni. tapi bila dah naik, tengok pemandangan belakang tu, rasa macam ya allahhhhh, indah ciptaanmu. Tenang. 

Aku tak sempat sampai ke puncak. Lagi beberapa meter jea lagi nak sampai. Jalan nak naik puncak makin sempit. Dah terlaku crowded, dah pack. Jalan pun dah licin. Bomba, jpam semua pun dah tak bagi naik. Diorang jaga setiap check point. Kami kena stop sebab dari puncak tu diorang dah start buat rangkaian tangan dah. So kami sambung ja rangkaian tu. Rasa terkilan jugak lah tak boleh menyelit. Dah berjam-jam aku panjat, penat tak payah cakapppppp. Last-last tak sampai. Allah. Tapi aku bersyukur ni pencapaian aku paling-paling bermakna dalam hidup. 

Dah settel kami buat rangkaian tangan dari puncak. Mula lah untuk turun semula. Haha
Tengoklah. Beribu ribu orang nak turun. Pack sangat masa ni. Dengan kecemasan lagi dari atas bomba bawak turun. Jalan sempit.

Bila aku turun, baru aku tahu sebenarnya jauh jugak aku daki. 2 jam jugak turun dari puncak. Haha. Allah. nikmat tu tak tahu nak cakap. Semangat berpasukan. Jalan memang licin sangat sebab baru lepas hujan. Tapi semangat tu!

Dah nak sampai kaki gunung dah. Ada kecemasan so lambat sikit nak turun. Kecemasan bukan main-main ya. Ada sawan, patah kaki, pengsan. Haaaa. Nasib hakak sado walau kaki pun vibrate tahap 10 dah. Hahaha
 
Apa-apa pun alhamdulillah. Syukur sangat ya allah. diberi peluang merasai semua ni. 

Anok nogori! yeay!!

 
Template FatinHazwani|Copyright and Edited Miss Fatyn