Aku Memilih Untuk Bertahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Harini,Saya nak belanja satu gambar BUAH HATI saya yang sangat hensem dan baik hati.
Oh maaf, dia telah disumpah menjadi patung untuk bahan uji kaji saya di skill lab. Hahaha.

Moh le kita kembali ke tajuk sebenar yang lagi real.
Sebelum aku apply untuk masuk kolej nursing,aku tak banyak pun pengalaman kerja dan belajar. Kemudian masa aku umur 21 aku dapat temuduga daripada SPA untuk course nursing. Tapi mungkin masa tak sesuai lagi. Bukan rezeki aku.

Aku tak berputus asa untuk minta lagi. Walaupun aku tahu aku takda harapan and makin tua tapi aku percaya, tuhan maha mengasihani. DIA tahu masa yang sesuai untuk kita dan yang terbaik untuk kita. DIA akan bagi apa yang kita minta cuma cepat atau lambat jea. Dan DIA akan bagi sama dengan tahap kita berusha. Jika sikit kita berusha, sikit lah yang kita dapat. Kan?

Lepas tiga kali temuduga, sampailah aku dah 23, Alhamdulillah aku dapat. Ni lah masa aku. Rezeki aku.

Bila dah masuk kolej, daripada minat nak jadi jururawat terus down sebab rasa beban sangat. Disiplin ketat. Makan kena cepat. No rest. Malam ada perjumpaan ada kelas. Habis kelas petang ada sukan. Dalam kelas mengantuk. Assigment bertimbun. Habis satu assigment ada satu lagi. Yang bakal menunggu apatah lagi. Beban nyaaa!
Mula lah nak nangis belakang langsir sorang-sorang. Mula lah rasa menyesal yang teramat nak jadi nurse ni.
Mula lah call ma sebak2 nangis. Dah tiada sado, macho, ego tu. Dah takda masa nak shopping nak makeup semua. Haha

Tapi, walaupun aku emosi kadang tak stabil. Otak blur. Tido lebih kerap daripada belajar. Aku tetap stay. Sebab fikir, susahnya nak dapat dulu. Kenapa perlu mengalah?
Setiap hari merunggut. Tidur tak cukup. Kalau dalam kelas macam nak telan jea slide. Dengan puan dan kawan sekali aku nak telan. Asal tersengguk jea kena suluh dengan laser. Kalau ada laser tu komfem lah aku yang tido. Ada juga kadang tido di sebalik buku yang disusun atas meja. Tapi memang aku geram. Buku langsung tak support aku. Buku tak kejut aku kalau puan datang dekat. Haha

Bila lama2 dah boleh terima. Tido pun dah setat lewat. Makan pun dah telan cepat. Haha. Tapi, aku ingatkan sampai situ jea. Start lah minggu exam. Huish. Sebulan sebelum exam dah kena kurung. Tak boleh keluar. Semuaa tak boleh. Masa dalam exam, jawab exam punya lah kena cepat. Tiga soalan 30 minit. Kalau soalan jenis mintak satu point takpe boleh terima. Tapi, satu soalan 5-8 point. Camno eden nak fikir. Nak fikir pun ambil masa 1 minit. Tu belum sempat termenung cari idea kat dinding. Adeh. 

Sebak lagi nangis belakang tangga pulak.

Hem.

Bila dah start masuk klinikal, aku rasa ada kuasa veto. Semangat tetiba datang. Boleh pulak angkat patient pi toilet siap mandi shampoo semua. Bleh pulak cuci pampers tanpa rasa geli. Boleh pulak tengok nanah dengan rasa happy happy. Haha. Pelik aku. Puan cakap, bila dah pakai uniform,semangat nya lain.
Hemm. Betul tu puan. Lain macam rasanya.
Masa aku di wad medikal, macam2 aku jumpa. Ada makcik yang pergi toilet tetiba lari ke katil sebab sesak nafas. Tepis tangan aku bila aku nak gosok belakang. Jerit bila aku suruh bersabar. Bukan setakat makcik tu panik tapi aku pun duapuluhkali panik.

Ada juga yang aku tengok family nangis2 sebab ibu mereka nak masuk bilik bedah. Last2 tak sampai lima minit masuk wad semula sebab cancel. Econ bilik bedah tak jadi. Hahaha. 
Ada juga yang taknak berjalan pi toilet walaupun dia berdaya. Bila diberi tazkirah sedas dua baru dia nak pergi. Last2 ajak aku teman masuk sekali. Nak shampoo katanya. Boleh tolong makcik? Beres makcik.

Ada juga tetiba aku sorang pakcik ni dah bleh balik pun. Tapi haritu dia sesak nafas. Family menangis minta tolong. Aku pun ikut doktor. Saje tengok. Cek oksigen dalam darah ok ja. Tekanan darah ok jea. Rupanya tak nak balik. Nak duk hospital. Hahaha.

Walaupun diorang marah, diorang tak sengaja. Sebab diorang sakit kan? Mereka akan ingat kita sampai bila2. Aku pindah wad lain pun,ada makcik lambai tangan kat aku sebab aku pernah jaga dia dlu. Sayangnya kat dia. Hem
Alhamdulillah, dah lepas pun semester satu. Kejap jea. Walaupun aku malas study, walaupun asyik kena marah kat roomate sebab selalu tido, tapi alhamdulillah keputusan agak baik. Syukurr sangat.
Jadi lepas ni kena lagi kuat tido. Hahaha
Hem.

Bila dah naik pangkat hijau, beban yang digalas makin tinggi. Subjek makin banyak. Makin senior makin cekeding lah aku. Dah lah kurus kering. Tambah sekeping macam papan sebab stress. 

Nangis pulak bawah katil.

Aku tak boleh putus asa. 
Ingat lagi kata ma.

Mungkin, ni lah salah satu cara amal kita untuk akhirat nanti. Bonus untuk kita. Tuhan dah bagi masa depan yang baik untuk kakngah. Untuk hapus dosa-dosa kakngah yang sebelum ni kita tak sedar banyak sangat kita buat dosa. Buat dengan ikhlas. Bila kita ikhlas, kerja yang berat pun takkan terasa. Ingat, doa orang yang sakit di makbulkan allah. Baik kita beri dia, baik masa depan kita. Jangan minta apa-apa. Bersyukur. Redha.

Okay lah korang. Banyak bebel kalini. 
terima kasih baca.

Adios amigos.

That Dream Im Dreaming

Assalamualaikum,
I can almost see it, that dream im dreaming but,there's a voice inside my head saying, "You'll never reach it. "

Every step im taking. Every move I make. Feels lost with no direction. My faith is shaking but I gotta keep trying. Gotta keep my head held high.

There always gonna be another mountain
im gonna wanna make it move. Always gonna be an uphill battle. Sometimes i'm gonna have to lose. Ain't about how fast I get there, ain't about what's waiting on the other side. Its the climb.
The struggles I am facing. The chances I am taking. Sometimes might knock me down but no i'm not breaking. I may not know it but these are the moments that im gonna remember most. Just gotta keep going and I gotta be strong. Just keep pushing on.

BECAUSE

There always gonna be another mountain
im gonna wanna make it move. Always gonna be an uphill battle. Sometimes i'm gonna have to lose. Ain't about how fast I get there, ain't about what's waiting on the other side. Its the climb.
*Already semester 2. Alhamdulillah kau beri aku kekuatan, ketabahan, dan sifat bersyukur dalam menerima kesusahan dan berikan aku peluang untuk aku capai impian aku. 

Deko Simple And Nice (Hiasan Bilik Asrama)

Assalamualaikum,

Harini dah start masuk sem baru. So, bila dah sem baru, bilik haruslah bilik baru. Harini memang kena sadokan diri sebab kena mengangkat segala harta pusaka yang tertinggal di bilik lama. Alahai, demam pulek :) So, kerja,pemindahan, pembinaan dan hiasan memakan masa yang agak lama. Hehe

Di subuh hari lagi kitaorang kena pindah. Sampai jea bilik baru ,SENIOR tak pindah lagi. Mak aih. Sabarr, senior kann. Menunggu pulak makcik2 di luar bilik. Dengan tak mandi lagi. Erk!

Menunggu tu satu hal, dapat pulak bilik yang banyak lelemak dan habuks habuks yang shantik berterbangan di angkasa raya. Hemm.

Maka, setat lah aku dan roomate menyising lengan baju and seluar untuk bergotong royong menghalau segala habuks and labah2 yang cumel yang sedang membuat sawangnya. Huh.

Takpe :) Small matter ja. Kami kan wonderpet(dalam hati bersyair, bergurindam marah2). Rasa macam nak menjerit atas bukit jea dapat bilik yang super duper indah bak taj mahal :3

Mak aih, banyaknya harta pusaka diorang. Ni nak tuntut ke tak nak ni? Kalau taknak, nak semadikan dalam tong sampah selamanya. Ahh, takpe, kami TOLONG buang jea ya. Hehe

Setelah sekian lama berhempas pulas. Akhirnyaaa...


Alhamdulillah, selesai sudah. Simple. Bila otak dah tepu study dalam kelas, balik jea bilik, mesti akan rasa tenang. Nak tido pun lena. Yea dak? Bagi aku, hiasan ni tak perlu la mahal2, harga barang singgit pun dah boleh jadikan hiasan. Asal kreatif jea.
 Nanti kami nak hias meja study pula. Tunggu ya.

Ok, till then :)

 
Template FatinHazwani|Copyright and Edited Miss Fatyn