Aku Memilih Untuk Bertahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Harini,Saya nak belanja satu gambar BUAH HATI saya yang sangat hensem dan baik hati.
Oh maaf, dia telah disumpah menjadi patung untuk bahan uji kaji saya di skill lab. Hahaha.

Moh le kita kembali ke tajuk sebenar yang lagi real.
Sebelum aku apply untuk masuk kolej nursing,aku tak banyak pun pengalaman kerja dan belajar. Kemudian masa aku umur 21 aku dapat temuduga daripada SPA untuk course nursing. Tapi mungkin masa tak sesuai lagi. Bukan rezeki aku.

Aku tak berputus asa untuk minta lagi. Walaupun aku tahu aku takda harapan and makin tua tapi aku percaya, tuhan maha mengasihani. DIA tahu masa yang sesuai untuk kita dan yang terbaik untuk kita. DIA akan bagi apa yang kita minta cuma cepat atau lambat jea. Dan DIA akan bagi sama dengan tahap kita berusha. Jika sikit kita berusha, sikit lah yang kita dapat. Kan?

Lepas tiga kali temuduga, sampailah aku dah 23, Alhamdulillah aku dapat. Ni lah masa aku. Rezeki aku.

Bila dah masuk kolej, daripada minat nak jadi jururawat terus down sebab rasa beban sangat. Disiplin ketat. Makan kena cepat. No rest. Malam ada perjumpaan ada kelas. Habis kelas petang ada sukan. Dalam kelas mengantuk. Assigment bertimbun. Habis satu assigment ada satu lagi. Yang bakal menunggu apatah lagi. Beban nyaaa!
Mula lah nak nangis belakang langsir sorang-sorang. Mula lah rasa menyesal yang teramat nak jadi nurse ni.
Mula lah call ma sebak2 nangis. Dah tiada sado, macho, ego tu. Dah takda masa nak shopping nak makeup semua. Haha

Tapi, walaupun aku emosi kadang tak stabil. Otak blur. Tido lebih kerap daripada belajar. Aku tetap stay. Sebab fikir, susahnya nak dapat dulu. Kenapa perlu mengalah?
Setiap hari merunggut. Tidur tak cukup. Kalau dalam kelas macam nak telan jea slide. Dengan puan dan kawan sekali aku nak telan. Asal tersengguk jea kena suluh dengan laser. Kalau ada laser tu komfem lah aku yang tido. Ada juga kadang tido di sebalik buku yang disusun atas meja. Tapi memang aku geram. Buku langsung tak support aku. Buku tak kejut aku kalau puan datang dekat. Haha

Bila lama2 dah boleh terima. Tido pun dah setat lewat. Makan pun dah telan cepat. Haha. Tapi, aku ingatkan sampai situ jea. Start lah minggu exam. Huish. Sebulan sebelum exam dah kena kurung. Tak boleh keluar. Semuaa tak boleh. Masa dalam exam, jawab exam punya lah kena cepat. Tiga soalan 30 minit. Kalau soalan jenis mintak satu point takpe boleh terima. Tapi, satu soalan 5-8 point. Camno eden nak fikir. Nak fikir pun ambil masa 1 minit. Tu belum sempat termenung cari idea kat dinding. Adeh. 

Sebak lagi nangis belakang tangga pulak.

Hem.

Bila dah start masuk klinikal, aku rasa ada kuasa veto. Semangat tetiba datang. Boleh pulak angkat patient pi toilet siap mandi shampoo semua. Bleh pulak cuci pampers tanpa rasa geli. Boleh pulak tengok nanah dengan rasa happy happy. Haha. Pelik aku. Puan cakap, bila dah pakai uniform,semangat nya lain.
Hemm. Betul tu puan. Lain macam rasanya.
Masa aku di wad medikal, macam2 aku jumpa. Ada makcik yang pergi toilet tetiba lari ke katil sebab sesak nafas. Tepis tangan aku bila aku nak gosok belakang. Jerit bila aku suruh bersabar. Bukan setakat makcik tu panik tapi aku pun duapuluhkali panik.

Ada juga yang aku tengok family nangis2 sebab ibu mereka nak masuk bilik bedah. Last2 tak sampai lima minit masuk wad semula sebab cancel. Econ bilik bedah tak jadi. Hahaha. 
Ada juga yang taknak berjalan pi toilet walaupun dia berdaya. Bila diberi tazkirah sedas dua baru dia nak pergi. Last2 ajak aku teman masuk sekali. Nak shampoo katanya. Boleh tolong makcik? Beres makcik.

Ada juga tetiba aku sorang pakcik ni dah bleh balik pun. Tapi haritu dia sesak nafas. Family menangis minta tolong. Aku pun ikut doktor. Saje tengok. Cek oksigen dalam darah ok ja. Tekanan darah ok jea. Rupanya tak nak balik. Nak duk hospital. Hahaha.

Walaupun diorang marah, diorang tak sengaja. Sebab diorang sakit kan? Mereka akan ingat kita sampai bila2. Aku pindah wad lain pun,ada makcik lambai tangan kat aku sebab aku pernah jaga dia dlu. Sayangnya kat dia. Hem
Alhamdulillah, dah lepas pun semester satu. Kejap jea. Walaupun aku malas study, walaupun asyik kena marah kat roomate sebab selalu tido, tapi alhamdulillah keputusan agak baik. Syukurr sangat.
Jadi lepas ni kena lagi kuat tido. Hahaha
Hem.

Bila dah naik pangkat hijau, beban yang digalas makin tinggi. Subjek makin banyak. Makin senior makin cekeding lah aku. Dah lah kurus kering. Tambah sekeping macam papan sebab stress. 

Nangis pulak bawah katil.

Aku tak boleh putus asa. 
Ingat lagi kata ma.

Mungkin, ni lah salah satu cara amal kita untuk akhirat nanti. Bonus untuk kita. Tuhan dah bagi masa depan yang baik untuk kakngah. Untuk hapus dosa-dosa kakngah yang sebelum ni kita tak sedar banyak sangat kita buat dosa. Buat dengan ikhlas. Bila kita ikhlas, kerja yang berat pun takkan terasa. Ingat, doa orang yang sakit di makbulkan allah. Baik kita beri dia, baik masa depan kita. Jangan minta apa-apa. Bersyukur. Redha.

Okay lah korang. Banyak bebel kalini. 
terima kasih baca.

Adios amigos.

2 comments:

  1. Terbaik Fatin.....da pkai unipom...x de rse takut....geli....mcm sy jgk...geli dengan ular...tapi da kje sy....dgn hati iklas kje pun jadi mudah...aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. cuba pkai bju biasa. mau nya penakot. semangat hilang. kan?

      Delete

Penat2 membaca, komen and publish aje :) Komen anda dihargai :3


 
Template FatinHazwani|Copyright and Edited Miss Fatyn