Pengalaman, Bukan Sahaja Untuk Yang Berusia

Assalamualaikum,

Pengalaman.
Kalau bercerita tentang pengalaman, mesti pakcik2, makcik2, atau orang yang pangkat veteran cikit akan cakap

"Aku lebih banyak pengalaman dari kau." 

"Aku banyak makan garam daripada kau."

Jangan pulak kita bertanya, "Masin tak pakcik? Mana masin dengan telan peluh pakcik?" Alkisahnya, maka selepas itu  kita akan dapat sedas dua penendang tanpa dipinta. Cuba try.


Pengalaman ni bagi aku, bukan sahaja orang yg berusia jea ada pngalaman. Kita yg budak masih mentah, umur stahun jagung ni pn juga ada pengalaman masing2. Dugaan yang kita lalui adalah salah satu pengalaman yg boleh mendewasakan kita.

 Kadang2 kita jumpa seorang BUDAK tapi cara cakap, gayanya matang. Tak macam budak. Rupanya bila kita kenal lama kita dapat tahu, dia ni seorang yang tabah, membesar seorang diri, dan serba tahu. Kita tnya A dia jawab A hingga Z. Kita suruh budak tu membaiki motor zaman 80an kita, dia boleh baiki motor jadi zaman 2060. Asal motor tu zaman pop yeyeh. Dah jadi roket soyuz cap afrika selatan. Haa, hebat x?

Mana budak tu tahu? Alah, budak jea pn. Tapi! Sb dia hidup sorang diri, dia perlu kuat, perlu tabah, perlu tahu segalanya, supaya dia dapat hidup tanpa menyusahkan orang, supaya dia menjadi orang yang berguna, supaya dia rasa, aku boleh hidup, dugaan yang allah berikan adalah suatu benda yang buatkan aku kuat dan buatkan aku lbh dewasa! Pengalaman mengajar aku lebih dewasa dan berfikiran matang.

So, fikir2kan. Tubuh yg kecil x semestinya tiada pengalaman. Dan setiap orang ada pengalaman masing2. Tubuh yang kecil tak bermakna dia tiada dugaan. Dugaan itu yang menjadikan kita lebih berpengalaman, lebih berpengetahuan dan lebih dewasa.

lihat anak kecil ini. anak kecil ini sudah cukup matang untuk hidup. Dugaan yang diberikan adalah pengalaman untuk dia lebih kuat :') Allah bersamaMu. Jangan pernah mengalah.

Setiap dugaan adalah satu pengalaman untuk kita mengenali siapa diri kita.

Bila Kita Sakit


Bila Allah "datangkan" sakit untuk kita...
Malaikat akan tarik niqmat seri wajah,
Malaikat akan tarik niqmat selera makan, 
Malaikat akan tarik dosa-dosa kita...

Tapi bila Allah kembalikan kesembuhan pada kita..
Allah akan perintahkan Malaikat untuk pulangkan semua yang ia telah tarik tadi..kecuali dosa kita , tidak akan pulangkan..
Mashaallah punyalah Allah sayang kita..bukan semua orang DIA beri niqmat sakit ini.


Flying Without Wings

Assalamualaikum,


Hidup, banyak sangat dugaan. Setiap dugaan yang Allah berikan pada setiap orang, adalah berbeza2. Yang penting, DIA nak tengok, kita sabar atau tidak, kita ingat DIA atau tidak, kita mampu atau tidak, semestinya dugaan yang allah berikan pada kita tu allah tahu kita mampu. Allah takkan membebankan hambanya. Dia bagi apa yang kita mampu buat. 

Selepas lamanya kita diberi dugaan, pasti di hujung2 dugaan itu kita akan nampak kemanisannya. Kita akan nampak, itulah jalannya. Kita akan nampak itulah cahayanya.. Yang datanggg dan akan menghampiri kita. Yang akan membuatkan kita tenang, yang akan buatkan kita rasa, "Ya allah, akulah yang paling bertuah. Ya allah, tenangnya. tak pernah aku rasa setenang ini." Percayalah, tanamkan dalam jiwa sedikit kesabaran. Insyaallah, sedikit demi sedikit, sabar itu akan membukit :)

Duhai bloggers,
Cuba ambil satu masa untuk kita bersendiri. Ambil satu saat untuk kita muhasabah diri. Aku tahu, lain manusia lain cara. Ada jenis manusia kalau stress jea makan. Aku tak pernah kaji lagi kenapa makan tu dapat menenangkan jiwa. Tapi aku, kalau stress, makan tu adalah salah satu yang boleh "MeNENDANGKAN" jiwa sb aku ni emosi normal pun x makan, apatah lg unnormal. Loya n muntah pelangilah nampaknya. Tapi kalau bg aku ferrero rocher ke aku makan lah. Cadbuary aku x makan(materialistik).haha 

Ada setengah tu pasang lagu. kalau dulu minat lagu rock, tapi masa sedih dengar lagu balada. eh? dah kenapa kan? Bagi aku, tak pelik. Pertukaran hormon lah tu. kan? Tu jugak antara salah satu cara aku. Berkesan. Ibarat guna clorox cuci baju sekolah. Aku backwash aku punya brain n emosi  guna lagu. Haha.

Masa stress aku amik sedikit masa dengan menghayati lagu. Tipu kalau ada orang cakap, "tu semua mengarut. Stupidot buffalo semuanya. Dengar quran lagi baek. "

Amboi, sebelum kau habis cakap stupidot buff.. pun aku dah tenyeh mulut dengan cili plus gula melaka. Biar rasa pedas n manis2 cikit. kan? Orang cakap dessert ala-ala-ala penganti backhand. Haa,kan. Niat kau memang baik. Aku respect la. Tima kasih!(alley miow)

Ya, aku tak pertikaikan semua tu. Bila kita nangis dalam solat, mintak padanya, ya allah, rasa lega sngat. Tapi maksud aku disini, ambil sedikit masa. Ulang SEDIKIT MASA, ulang lagi pada yang cakap stupidot tu, SEDIKIT MASA OKAY kubaffalo(kerbaubuffalo)? Ada faham kubaffalo? dari banyak2 usaha ambil sedikit masa untuk kita tarik segala jenis angin negatif dalam badan tu yang datang ntah dari mana, tarik dan buang sikit2 dengan cara buat apa yang kita minat.

Okay, back to my story.

Aku suka menghayati lagu. Salah satu jenis lagu. Flying without wings dari westlife. Wohoi, ini bukan belagak omputeh okay. Mata aku memang kaler hitam, tapi tak impossible kalau aku nak kalerkan mata aku warna hijau guna contact lens okay. haha. Aku memang tak minat lagu melayu zaman sekarang dan aku tak cakap aku minat lagu omputeh jugak. Aku minat omputeh dlu2 yang x seksa mata memandang. Yang penting,lyric.

Kenapa aku hayati flying without wings? Sb.. Aku rasa, maksudnya kena pada aku. Lepas segalanya, kita akan rasa flying without wings. Org cakap terbang di awanganlah. Happynya. Korang pernah rasa kan kalau korang berbangga atau rasa happy n tenang jea ada satu perasaan tu kita rasa macam melayang2. Macam, im FREE gitew. Jerit kuat2 sampai bergempa2 bumi bunyi suara kita. Rasa lega, rasa bebas.Ada yang pergi kat atas bukit ke, tower ke, jerit aku bebasssssss!!! Lari lintang pukang segala jenis binatang terbang. Hantu pun terkejut "apekehel manusia nih  test speaker ke??" Haaa. Macam tu yg aku nak cakap. Kalau x paham lagi x tau lah. Aku rasa batman pun paham macamna flying without wings tu. Sb dia guna jubah 40an kan. Dia x guna wings. Cuba tnya batman. Hahahaha
Everybody's looking for a something, One thing that makes it all complete, You'll find it in the strangest places, Places you never knew it could be...
Some find it in the face of their children, Some find it in their lover's eyes, Who can deny the joy it brings, When you've found that special thing, You're flying without wings..
Some find it sharing every morning, Some in their solitary lives, You'll find it in the words of others, A simple line can make you laugh or cry 
You'll find it in the deepest friendship, The kind you cherish all your life, And when you know how much it means, You've found that special thing, You're flying without wings... 
So, impossible as it may seem, You've got to fight for every dream, ‘Cause who's to know which one you let go, Would have made you complete... 
Well, for me it's waking up beside you, To watch the sunrise on your face, To know that I can say I love you, At any given time or place,  
It's little things that only I know, Those are the things that make you mine, And it's like flying without wings, ‘Cause you're my special thing, I'm flying without wings..
And you're the place my life begins, And you'll be where it ends, 
I'm flying without wings, And that's the joy you bring, I'm flying without wings..

*special things x smstinya untuk couple. Cuba pandang dr sudut lain utk lagu ni.
Well, for me it's waking up beside you, To watch the sunrise on your face, To know that I can say I love you, At any given time or place  - family


Aku Ibarat Anak Penyu Bila Jumpa Pantai

Assalamualaikum,

Harini aku tempek besar2 gambar aku sb nak menunjukkan bertapa berseri dan seri happynya(perasannya) terpancar dari hati nurani yang hakiki. kemarin masa aku amik gambar tu aku happy jumpa pantai. ceh!


YaAllah, dah lama benar aku tak jijakkan kaki ke pantai walaupun jarak antara rumah aku dan pantai seperti kancil lompat lapanpuloh kali atas buaya akhirnya sampai. Tapi aku pegi sana, aku tak naik kancil lah. Ingat ni zaman batu ke? Aku naik kereta lah. kalau menaiki kaki, dari jam 7 pagi komfem sampai sana kul 9. rugi kan? Daripada menaiki kaki aku rela sewa binatang cute yang bernama kancil itew. haha.

Nak cakap aku anak pantai, tak jugak lah. Walaupun rumah aku berdekatan pantai, aku tak sllu jijak ke pantai. Bila aku turun dr kereta. subahanallah, rasa macam melayang2 tubuh ni sb aku ni besar sikit jea pada papan(sedar diri). Hahahaha. Tapi masa tu berangan2 macam titanic depangkan tangan, hirup n sedut segala jenis angin monsun timur, angin ribut taufan sb excited sngat nak blari2 g main air macam anak penyu yang telepas. Kahkah


Sempat pulak ambik gambor sebagai knangan yg terindah d zaman 2014 ni. Lpas ni zaman 2400 ntah pantai ni macamna lah keadaanya. Aduhai. Sebenarnya saje je nak test kecanggihan tepon lenobo aku. Cantik ke x kameranya? Haha


Ya allah. Tenangnya hati aku melihat ciptaanMu. Aku mampu tersenyum walau sedetik. Hati ini tenang. Tenang.


Korang yang nak mandi pantai free meh datang kampung aku. X perlu bayaran. Free.. Sila sediakan pelampung sendiri. Hehe

Kat sini takda penjaga pantai okey. Ulang. Tiada. Sila jaga diri sendiri. Kalau aku jadi pemandu pelancong korang pn,aku tak dapat tolong. Aku bukan along. Kah3

Adios amigos

Diam Bukan Mati

Assalamualaikum,

Kadang-kadang bila sesuatu yang tak kelihatan, itu yang kita cari. Itu yang kita mahu. Itu lah sikap manusia yang tidak menghargai sesuatu di hadapan mata.
Sesungguhnya aku sedikit bosan dlm mncari makna hidup yang tanpa penghujungnya. Sedangkan aku sendiri sudah tahu aku hidup pun adalah salah satu nikmat yang Allah berikan. Sesungguhnya manusia tidak pandai besyukur dengan kurniaan NYAWA yg diberi olehNya itu.

Lama aku diam, aku mencari kehidupan d setiap hembusan nafas. Apa yg kurang. Apa yg lebih. Aku termenung. Membiarkn otak berfikir. Membiarkan tubuh berehat. Memberikan masa sedikit untuk setiap detik nyawa ini. Setelah difikirkn, hatiku telah mati, mati kerana nikmat dunia. Mati kerana merasakan diri ini hidup selamanya.

Depression. Segalanya di anggap depression. Sehingga kau bersuara, " Aku tertekan! Aku gila! Aku taknak hidup lagi!"  Kalau kau kata kau gila sb tekanan, kau salah! Orang gila tak akan cakap diri sendiri gila. Kau hanya ada tekanan. Tekanan yang kau sendiri wujudkan. Senyum sinis pada diri sendiri. Kau nak cabut nyawa sendiri sedangkan kau benci dengan kesakitan. Bukankah mati itu sakit? Kau rasa kau hidup lagi selepas mati? huh. Ini bukan cerita kartun. Dihempap konkrit sekalipun tetap hidup. Kau dah bedarah, kau dah mati, kau tetap mati. Kau takkan tengok orang keliling kau lagi.

Apakah erti ketawa dalam tangisan. Kau senyum, kau lihatkan baris gigi, itu bukan ketawa, Itu kesedihan. Why? Bila kau berpura2 ketawa sedangkan hati kau sakit, kau menuju kesedihan. Hati kau mati kerana ketawa. Kau mncuba lupakan yang dulu. Mencuba tidak akan merubah apa2 kecuali kau HAPUSKAN!

Pejamkan mata. Diam.

Diam bukan mati. Tetapi kau mencari kekuatan.

#alhamdulillahkitamasihbernyawa

Terasa "Umph" Nasi Dalam Peti Sejuk

Assalamualaikum,

Hoho, gempak tajuk yg aku kasi kalini. Sblom itew uolss, nasi dalam peti sejuk ni tidak d jual d mana2. Tak pyh carilah. Ini ciptaan n hasil dari kecanggihan otak aku dalam befikir. Jangan meniru aksi ini drumah. Tapi, kalau nak mncuba takpe. Okey jew. Be my protege. Kekeke :)

Sape penah tgok nasi diletakkan dalam peti ais?Penah makan "nasi sejuk"? Oh tidak2. Jangan salah faham. Ini bukan nasi yang sehari smalam yg still boleh makan tu. walaupn x panas tapi ini nasi yg memang comfem nasi diletakkan dalam peti sejuk. Penah?

Kalau aku cakap ni, korang jangan terkejut. Janji okay?
Yes! Aku makan nasi yg tempat tinggal dan tempat asalnya datang dari peti sejuk. Kan aku cakap korang jangn terkejut. Haiyaa. Mabelous uolssss! Rasa macam aiskrim. Tu pun disebabkan, AKU TIADA PILIHAN. AKU LAPAR SANGAT. Hahaha

Ce cite, Ce cite macamana boleh tjadi?

Begini. Pagi tadi, aku bawak lah nasi bungkus peg pejabat. Konon2 nak makan pagi. Disebbkan ada hal yg agak penting, aku yg dalam keadaan kebulur itew pergi meninggalkan nasi bungkus aku dgn perasaan sebak utk buat kje yang di amanahkan. Aku pun tinggal laa nasi bungkus kesayangan aku di dapur pejabat. Atas meja yang super duper mahal and ada cop pejabat. Haha(hebat cite ni) and I said

 " I will come back. Wait for me. Uhuk :'( kali ni kau selamat. Kejap lg kau bertapa dalam perut aku dengan amanya!" kata aku kepada nasi itew.

Selepas mnyiapkan kerja yang di amanahkan dengan jaya dan Devavom, aku pun tercari2lah nasi aku tadi di setiap pelusuk dapur tersebuttt. Tapi aku mmg x jumpa. Tapi meja yang super duper mahal tadi masih kekal megah disitu. Cuma nasi aku tiada disitu lagi.

Dengan perasaan sebak sampai berhingus2an, aku pn tanya akak pejabat.

"Dimanakah nasi beta?" 

Lalu kak tersebut menjawab dengan penuh hemah Dan sopan nya

 "patik simpan di dalam peti ais tuanku. Patik bimbang akan luput tarikhnya!"

Maka beta pn bergegas mencari nasi beta.

Kelihatanlah nasi bungkus beta beradu dengan amannya di dalam peti sejuk iteww. Sadisnya.

Dengan perut yang bergendang lagu m.daud kilau beserta kelaparan tahap cipan. Hamba pn buka Dan makan lah nasi itew. Uhuk3. Nak makan xnak? nak, xnak? maka start lah aku kira menggunakan jari2 aku. last2 jari kelingking aku menunjukkan NAK!

Aku pun dalam keterpaksaan dan kelaparan, makanlah.. eh?

Tapi.. Mustahil! Nasi aku sedap sngat. Sejuk beku. Tapi sedap!! habis aku makan 1 bungkus walaupun rasa macam di kutub.

Setelah difikir2kan dgn logik akal. Semua makann akan sedap KALAU PERUT KITA LAPAR!

Sekian. Haha
p/s- ni first time aku cuba nasi peti sejuk.haha




Mati Sia-Sia Di Tangan Aku!

Assalamualaikum,



Harini aku dah jadi pembunuh! Ntah knapa bila aku dah bunuh pn aku masih berani nak post n publish dalam blog sedangkan cara media sosial ni mudah sangat orang nak detect aku. Mudah orang nak cari n skaligus tangkap aku.
Nah, aku siap tunjuk lagi tangan aku ada kesan darah. Aku takkan tunjuk mangsanya. Aku dah tanam. Aku harap orang takkan dapat kesan. HAHAHAHA! Korang tahu apa yg aku pgng?
Daging!!! Hahaha.

Arghhhh!! Kau cabar aku!!!

Tapi aku tak perlu sembunyi! Aku buat sb aku tak salah! Aku mangsa keadaan!
Walaupun dalam undang2 nanti aku tiada bukti untuk aku cakap aku tidak bersalah, aku tak takot sb aku memang tak salah!



Sebelum aku di tangkap aku harap korang2 semua baca post aku ni supaya korang tahu aku memang tak besalah! Biarlah post ini sahaja yang menjadi bukti. Aku serius. Aku tak takut!

Hah! Memang aku psiko! Aku tak tahan sb sllu diganggu. Aku tak gangu pun dia. Tapi ntah dia sllu ikut aku, sllu nak sentuh aku. sakit tau tak!

KERANA KESAKITAN INILAH AKU BANGKIT! aku dah tak tahan!
Aku tak tahannnnn!

Sape nak panggil polis? panggillah! panggillah! Aku bersedia. Aku boleh tunjuk tempat aku tanam tu! Aku tahu polis xkan buat pape pun. Last2 dorang hantar aku tanjung rambutan jea. Hahaha

Sebelum aku tanam. aku dah cabut2 kaki, tangan, kepala. Aku puas hati! Aku puas hatiiiii!

Sekarang, DARAH, DIBALAS DARAH!

Tepat jam 8.30 pagi :
Harini aku sorang jea yang sampai awal di pejabat. Pejabat aku tingkat atas. So, diawal pagi ni smua tingkap masih tutup. Gelap. Sunyi.
Memandangkan xda orang lg n staf2 lain x sampai lg. Aku pn wat hal aku sndiri. Makan. Minum. Duk rileks2.

Kmudian 10 minit kmudian msa aku duk sorang diri. Aku dengar ada yg datang. Aku x sdap hati dah. Dari smlm aku mmg x sdap hati.

Aku diam. Aku agak mgkin kak2 pjabat dah datang. Aku buat x tahu.
Sambil2 tu aku tgok cctv, xda orang pulakkk. Aku diam lagi.

Dalam 1 minit lpas tu, bunyi tu mmg kuat. Tergiang2 d telinga aku. Dia dah datang! Aku mmg knal dia. Dia lah yg sllu gangu aku slma ni. Bising! Aku serabut! Aku benci nampak muka tu!!!

"Kau nak apa hah?? X habis2 lagi ke kau nak ganggu aku???!"

Dia diam. Dia terus mendekati aku.

Dia mula sentuh aku!

Aku sakit! Aku dah rasa sakit!!

PAP!!!!!!!!

Aku tampar dia!! Aku mmg x tahan dah!!
Dari dlu kau lukai aku!!
Aku tampar sampai bdarah. Aku tgok dia x mmpu nak lawan. Aku diam. Aku tak sngka aku pukul dia sampai ma..ti...

Hahahaha.

Padan muka kau NYAMUK!

Kau ingat darah aku free??

Sekarang aku kerat2 badan kau! Aku tanam kau dalam tong sampah aku!

CEGAH AEDES, CEGAH DENGGI. Hahahahaha


Thanks to this blog sb bg gambar pada aku : http://hamdinz.blogspot.com/2011/09/hendak-berlakon-tangan-berdarah.html?m=1

Tipah tertipu?? Haha. Saje nak main2. Haha.
Tinggalkan komen :)

Kawan Boleh Dicari Hanya 1 Saat

Assalamualaikum wbt,

1 saat, bukannya lama pun. Jarum jam berdetik sekali, dah kira 1 saat. Apa yang telah kita lakukan dengan satu saat kita yang lepas? Kalau aku sekarang ni,menaip 5 huruf dah berdetik satu saat. Membazir jea kalau diingatkan 1 saat tu hanya termenung dan berkelip sahaja.

Percaya tak, hanya dengan satu saat anda dah boleh dapat seorang kawan. 

Dengan menegur "Hai", "Assalamualaikum" kepada someone, dah boleh jadi kawan dah. Hanya 1 saat. Disebabkan kita pernah tengok, pernah tegur, pernah senyum. Dia dah jadi kawan kita. Sb kita pernah nampak dia. Pernah jumpa dia. Pernah senyum kat dia. Kan?


Tapi, sahabat, teman. Payah nak jumpa. Daripada kawan tadi lah kita kenal, kita rapat, kita dah sampai tahap kongsi suka dan duka. Kita takda duit pn dia snggup tolong. Masa kita ketawa dia ada, masa menangis pn dia ada. Dia boleh bg nasihat pada kita. Kita rasa senang dengan dia. Rasa macam adik beradik.. Kita nak pergi mana2 dia sllu bsma. Dia tak cemburu buta(Ada setengah kawan yang cemburu bila kita kawan dengan orang lain selain dia), dia tak tikam blakang kita. That's mean, dia sahabat kita. Teman sejati kita.


"Berkawan biar seribu, bercinta biar satu.." Pernah kan dengar ayat ni? Yup, berkawan biarlah seribu. Carilah ramai mana sekalipun, dan tapis kawan2 tu untuk dijadikan sahabat, teman sejati kita. Tapi zaman sekarang dah terbalik, spare part ramai, kawan sorang ja. hahaha. Haiyaa.

Aku ramai kawan, Aku pernah nampak kawan2 aku. Aku tak tahu nama. Ada setengah dorang tahu nama aku. Aku pernah senyum pada dorang. Aku pernah angguk n senyum. Mungkin dorang kawan sekolah aku. Pernah nampak aku. Penah say hello pada aku. Tapi aku hnya ada 4 orang sahabat. Sahabat, tidak akan sama dengan K.A.W.A.N.

Kalau tak paham, tak tahu nak terangkan mcamna lagi, Haha!



Libster Award From HamsterKentut & Tsukimihajira

Assalamualaikum,
Xplu aku bg mukhadimah yg panjang dlm entry ni sb jawapan yg akn aku bg nanti lbh kurang 890 ptah perkataan. Klu dlm exam aku dah komfem A++ dah sb pemeriksa akan baca mukhadimah dan langkau ke kesimpulanya. Sb mmg terbaik,daebak,rabun mata gitew. Kehkeh

Maka tersebutlah kesah taiyobbb perlu menjawab soalan yang telah di kick oleh blogger malaysia tapi nama jepun iaitu tsukimihajira(suka main pedang samurai) and hamster yang pandai kentut(pernah dapat award pandai tut-tut) iaitu namanya hamsterkentut.

Jadi, setelah di kick sekuat2nya oleh mereka bdua ni, eh, ke bertiga? maka aku perlu menjwab soalan2 tahap STPM yang telah dikemukankan oleh mereka. But dont judge me by the answer. Sb kebarangkalian jwapan pelsu adalah 20%. Sb aku memng suka berfiksyen nih. hikhikhik. Disni aku perlu jawab 22soalan yang membawa maut. Komfem aku demam pas ni sebab soalan tahap international.


Soalan dari hamsterkentut :
1) Kalau hang femes, hang femes pasaipa?
-  mungkin sb jerawatku yang cantik?

2) Kalau satu hari nanti hang dapat hidup macam orang kaya hat pangkat Dato'/Datin, hang nak buat apa?
- Oh, ofcoslah aku nak bina jambatan keluli dan jambatan besi dari rumahku ke tempat kerjaku. Aku akan berjalan sambil mengebas gebuskan lubang hidungku dan menjulingkan sedikit mata lalu muka mendongak kelangit dan mendada seperti ayam serama. Akan aku bawa notice board setiap kali berjalan. Di notice board aku akan tulis. "Aku kaya tapi gila". Aku akan belikan kain kapan meleret2 dari timur ke barat sbagai bajuku hari2 supaya aku ingat kalau aku kaya, aku akan lupa. Aku memilih senang daripada kaya >baca entri ini ya hamster kentut< (890 patah perkataan)

3) Apa benda thorbaik hang jumpa dalam blog aku?<http://hamsterkentut.blogspot.com/>
- Benda2 terbaik yang ada dalam blog hamster kentut mestilah cara2 mengajar hamster2 untuk kentut. keh3. Aku suka entry tips untuk kulit dan untuk mata tuh. Sedang mencuba untuk mencantikkan diri sebagai pontianak harum sundal malam yang putih gebus2 dan mata tak rabun. Yealaa, kalu pontianak rabun, dia mesti tak muncul malam kan. Rabun ayam le katekan.
4) Hang sanggup dak kerat kaki untuk Internet?
- Hang sanggup dak cari doktor yang sanggup jahitkan kaki aku semula dengan bayaran 1 jutaaaaa rupiah?

5) Apa hang rasa kalau hang ada komputer/laptop/tablet/smartphone tapi Internet takdak?

- Aku tak kisah. Aku boleh teruskan hidup. Tapi aku kesah kalau ada yang curi alat2 tersebut.

6) Hang rasa orang Nepal hensem dak? xD
-Nepal dengan nigeria ada beza dak? Dengan keling malaysia? Aku pilih 1 Malysia. Kalau awk tnya hensem tu atas warna kulit, aku tak kesah. asalkan nampak mata dan gigi sudah le.

7) Peah pi beli 3 pemadam untuk Leha dan 2 pembaris untk Tijah. Jadi, berapa panjangkah rambut mak Tijah?
- Selepas dikira dengan jari jemari tangan dan kaki sebayan ku ini. Aku dah dapat jwapan. Miss fatyn(watak baru) menghentam hamster kentut bersama mangkuk yang berayun sendiri. Jadi berapa banyak kaki kah yang miss fatyn gunakn untuk ayunkan mangkuk yang tersebutttt.. sah!

8) Apa kesalahan hat paling kecik hang penah buat?
-Minum air SATU TITIK dalam bulan puasa. Kecikkah keslahan itu? kesalahan dalam akta berapa?

9) Apa hang rasa kalau hang kena berdiri kat sebelah orang yang ketiak busuk tah macam apa dalam bas yang padat lagi mampat?
- Mengebas gebuskan hidung, bernyawa melalui mulut. kalau aku nyawa guna hidung mesti bau busuk. Kalau melalui mulut? masuk dalam kerongkong, ke perut? Melekat habis dalam kerongkongku. Gimana sih? Maybe tekan button berhenti sblum sampai destinasi? Sah mamat nepal yang kau sebut takdi.

10) Ditakdirkan hang gemuk, lemak berlipat-lipat seperti diriku, apa barang yang hang rasa boleh muat dalam lipatan lelemak ittew?
-Kereta kebal.

11) Betui dak kalau aku kata, bila hang nak tag orang satgi, hang pi amek sesiapa yang ada kat cbox hang? Hahahaha.
-Will do that. Sedang mencari mangsa2 di cbox. HAHAHAHAHA!(gelak jahat)



Soalan dari tsukimihajira :
1) siapa nama ibu?
-  Nama panjang Mama. Nama pendek Ma. Dari kecik aku panggil nama ni.

2) ciri2 lelaki idaman?
-Idaman kalbu ke idaman di sanubari? Hahaha. Ini bukan soalan wajibun kan? Aku skip. Hihihi

3) perkara paling pelik yang pernah korang buat.
- Telan ubat gigi masa tengah gosok gigi? uwekkkk! ter ok. tapi nikmat. macam gula2 berangin. haha. alah, korang pun pernah kan. kan.

4) idola anda.
- Aku tiada spesifik idola lah. Idola aku adlah orang ramai. Aku melihat, aku memerhati, aku berfikir, aku mencuba.

5) suka kucing tak.
- Suka tengok kucing daripada pegang and timang macam baby dool. Tengok shaja. Tapi amat geram pada anak kucing yang x nampak lagi. Macam nak cekup2 kepala dorang. comel macam bola. lawa macam karpet. Boleh pijak tak? haha. Kejam.

6) tengah buat apa sekarang. belajar ke. kerja ke. kat mana dan course apa.
- Kerja. Dalam syarikat yang sama , ditukarkan kerja dari pembantu makmal ternakan ikan air tawar kepada pembantu timbalan pengurus dalam bab daftar lesen bot d perairan dan pengambilan minyak diesel utk bot. Oh yea, bot mainan dalam tab mandi tidak dikira.

7) apa yg menarik di blog tsumiki hajira.
- Nama blog yg seakan2 jepun tetapi menetap di Malaysia. Apakah dikau naruto idamanku? hahahahaha

8) pandai masak tak. share satu resipi.
- Puding telur gula hangus yang tak berapa nak hangus and gebas gebus meletup devavomm. 
- Telur gred A to Z - 10 biji(pilih jea. aku rasa kat malysia ada A-C jea) Telur dinasour Z.
- Gula secukup dan sesedap rasa. Yang akan di hanguskan.
- Susu cair I tin 
- Susu Pekat Setengah tin
-Esem Vanilla setengah sudu teh. Kasi hilang bau telur yang tak berapa nak wangi macam downy.
- Tempat nak kukus.
- Loyang.

1- Campurkan bahan telur, susu cair, susu pekat dan esen vanilla. Kacau hingga sebati dengan kudrat dan otot2 gagah awk.
2- Masukkan gula dalam loyang dan panaskan sampai jadi kekuningan. Berapa bnyak? Kalau nak kuah bnyak n nak kencing manis, kasi banyak lah. Hehe. 1 senduk setengah pn bole.
3- Dah kuning gula tu, masukkan lah telur yang sebati tadi kedalam loyang yang ada gula tak berapa hangus tu.
4- Angkat loyang, letak dalam bekas kukus.
5- Nak tau masak ke tak? Cocok dengan lidi. Kalau tak melekat, da masak la. biasanya 45minit jea.
6-Hidang bersama kaki ayam. eh? tipu2. hhaha. cedok la dalam piring n ngap sampai tak hengat dunia. haha.

Tak paham? tanya d shoutbox. kah3

9) filem/drama apa yang paling menyedihkan pernah korang tengok sampai menangis meleleh2.
- WWF?

10) ceritakan tentang crush anda (kalau ada la.)
- Kucing aku putus cinta dengan hamster kentut. Nampak sngat menipunya.


11) jenis darah.
- A. Baik hati dan penyayang. cehh. Uwekk! Muntah satu kampung.

Jeng-jeng-jeng.
Soalan aku pada yang kena tag : 
1- Seseorang sedang mengacukan pistol pada anda? Apa yang anda akan lakukan? pilih salah satu dr tiga perkara dan hurai. a) mati b)senyum. c)lari  
2- Masa kecik dulu apa perkara yang biasa anda lakukan? 
3- Perkara yang buatkan anda psiko? 
4- Masa anda pergi jalan2, ada orang puteh yang tak berpa nak puteh sekat dan  tnya anda tentang kereta lembu sb dia tak tahu kereta lembu tu apa. Anda nak jawab apa? Speaking pleaseeee. Campuran malay + english pon bole. 
5- Seseorang watak dalam novel yang anda minat tersesat di dunia anda kini. Apa yang anda kan lakukan?  
6-Anonymous datang dan cakap bukan2 tentang anda dalam komen. Tindakan anda? 
7- Ketika anda sedang termenung di kawasan orang ramai, tiba2 anda sakit mata. Kemudian anda mengenyit2kan mata anda untuk menghilangkan benda asing yang bermaharajalela dalam mata anda. Tetapi ada mamat / minah perasan yang korang kenyit mata pada dia. Apa yang korang akan lakukan? 
8- Ada cili merah yang melekat kat gigi anda masa anda sedang berakap dengan someone. Macamana? 
9- Perkara yang korang rasa terlepas dalam hidup. Korang menyesal tak lakukan suatu ketika dahulu. 
10- Jika anda jadi cinderella? 
11- Apa yang korang suka dalam blog miss-fatyn? 
* ini soalan yang wajib jawab. tiada sunat dan harus. Tapi diberi kelonggaran kepada yang uzur/sakit. Sila bagi surat atau mc yang korang uzur. Jika tidak. wajib jawab. haha

Done.
Tag. 
5- Yus (mangsa cbox)
6- Kelycha (mangsa cbox)
7- reza

Click untuk tgok apa yg dorg jawab :))
1- Anne ying
2- Puteri Piano


Tu jealh. Sepatotnya dalam pmainan ni kna tag 11 org. Tp aku rasa hnya diorang yg mmpu jwb soalan tahap master aku.Hahaha.
Ohyea,yg kna tag plu jwab soalan,tag 11 orang Dan buat 11 soalan.

Adios Amigos :)


Al-kisah Hari Test Lesen L Aku

Assalamualaikum,


Apa yg aku cerita ni korang baca jea. Jangan mengada2 nak tnya bnyak soalan kenapa, dan mengapa. Kang xpasal2 ada org pecah rekod makan selipar cap jepun kan. Sb org yg sensitip ni kadang2 di luar jangkaan. Tambah2 pmpuan. Tp aku harini tahap sesitip dah turun 80% da. Jadi masih ada 20% lagi. Sb kejadiannya semalam. Aku cerita harini. Haha. Tp xpe. Korg nak tanya knapa,dan mgapa terjadi smua ni pn xpalah. Aku dah ada jwapan. Semua ni ketentuan Allah. Xda rezeki. Kalau lain2 soalan,aku jwb jgak. Aku kasik esei 460 patah perkataan. Mmg tuan blog ni garang,muka mcm hulk pink.

Sehari sebelum hari test kereta,tayar aku dah naik tebing. Jgn tnya knapa. Mmg sb aku nak naik tebing. Sb bukan aku bwak. Aku tolak kereta dengan kudrat tangan Dan kaki aku yg x berotot ni. Eh? Haha Haha. Tipu.

Ya,aku naik tebing masa nak parking 3 pnjuru. Knapa? Sb aku belajar dengan viva, hari nilai n test guna kancil. So,sehari sebelum test aku try kancil cikgu keta 16. Aku x reti kawal clutch Sb kancil dorang dah bsarkan minyak. Angkat cikit clutch dah macam tekan minyak tau. Tp Viva xboleh besarkan minyak sb sistem automatik walaupn manual. So,kalau naik viva ni mmg sllu lah tersedut2 mati kalau kaki xpandai kwal clutch.Hahaha.

Jgn kata, " alahai,semua kereta sama jealah. Stereng bulat, tayar bulat, kereta gerak, ada clash,break n pedal minyak jgak". Nanti ada yg kena hempuk ngan mangkuk. Haha

Ni aku nak kasi esei cikit kalau korg jwab mcmtu " eh,ada dua jnis lah. Yg tolak dengan tngan n gerak ngan kaki. Aku rasa kalau tolak ngan tngan mudah kot mcm keta mainan tu. Yg kaki tu kna kick pedal minyak,clash n break! Ke keta sorong atuk kau ada pedal minyak,break n clucth? Xde kennnnn*angkat kening. Sebut pasal  keta sorong ni, atuk aku pn kereta sorong dia tayar bulat,aku mmg xpnah lagi lah jumpa benda yg nama kereta ni tayar petak ke segi ke. Ko ada? Keta mainan adik haku tayar bulat jgak. Cuma aku rasa xpayah kot keta mainan nak kena hamik lesen semua. Ke dulu kau amik lesen jgak utk keta mainan?"

Ko try la tnya aku. Aku ni loyar jgak tau. Pandai menjawab. Loyar buruk lah. Aku tetap kata x sama. Sb mmg brbezalah. Tp aku solute pd kancil kalo masuk parking. Mmg tbaik.

Aku berjaya naik bukit n parking test. Sb guna clutch jea dlm litar. Xpyh tekan minyak sb dh laju kancil dorg ni. Cuma masa nak naik bukit jea tekan minyak cikit. Berbaloi la aku blajar round dlm litar sehari sblum test sampai aku pecah rekod naik tebing. Huhu. Dan aku bjaya msa hari test. Tp dua org kwn aku tkandas masa naik bukit sb handbreak masalah. Tu mmg xbleh wat apa sb msalah syarikat yg x alert. Lagi pn tu keta blajar. Bukan khas utk test.

Masuk bahagian Dua part jalan raya. Aku gabra dh sb aku mmg x biasa dgn kancil. Tp aku wat rilek jea. Yealah aku kan dah pecah rekod naik tebing. Rilek ar. Aku harap dalam hati aku dapat Viva masa jalan raya. Sb aku x biasa luar jalan dgn kancil. Tup-tup dapat kancil jgak bila tiba giliran aku. Elkisahnya. Haaku dapat ketua JPJ yg test aku -_-' pakcik!

Ok. Rilek. Aku pn naik kereta n bg salam dngan sopannya sbgai wanita mlyu terrrkeluar dr senarai. Aku pn start buat pkara basic lah. Cek lampu,sit semua. Dan dgn sopannya aku tnya. " boleh gerak Cik??"

Dia angguk " awak boleh bmula dan pergi ke jln C. Bawa kurang dr 60km sejam n jadilah pemandu yg bkhemah."

Aku pn apa lagi. Dalam hati ni mmg niat nak drift lah(maaf pnjang Sgt ceritanya). Haha. Aku dapat jalan dalam perumahan.

Masa first tukar gear aku dh rasa dh gear longgar. Xpe. Xpe. Rilek. Second,handbreak ketat sngat. Aku tahu aku x berotot. Aku tnya Cik tu knapa ketat sngat. Dia macam eh? Hairan. Budak ni pandai bwk ke tak kan. Aku tahu dia gabra. Aku tahu. Huhu. Aku pn guna sepenuh kudrat otot2 tulangku utk mnumpaskan hrandbreak itu.

aku gerak. dia ckp knapa slow sngat. Sb aku kekalkan 40km/jam jea. Aku jwb standard cik. Sb aku pn xtau aku jwb apa. Mulut aku cepat sngat nak jwab sblum otak aku fikir. Aku rasa otak aku kat lutut. Dia pn cakap dia suruh bwa 60 sb td awl dia cakap dah jgn lbh 60. Okay

Kemudian msa aku nak masuk cabang perumahan tu aku tekan clutchh. Aku rasa pelik da. Aku rasa mcm tekan clutch tp fungsi mcm break. Aku xsdp hati dah. Sb mmg aku tahu aku x tekan break. Aku pn lpas clash sikit Dan sampai cabang aku break. Oh,tlupa,sbelum tu aku tukar gear Dua sb aku nak masuk cabang Xda keta. Tapi! Aku capai x kena. Aku capai x kena. Pelik jgak gear aku dah kmna? Lpas tu automatik lah mata aku nak tgok. Nasib baik jea aku x pegang lutut Cik tu n gerakkan mcam masuk gear.Haha Haha. Kalau x patah lututnya sb kancil mmg aku masukkan gear guna power of my hand la. Dah tbiasa kancil ke viva ke asal kick gear mmg power cikit. Nasib x ngan kaki jea.haha

 Msa tngok aku dah prasan keta aku dah masuk line tgah! Ayoyo. Failed. Aku diam walau dia melalak. Aku rsa macam nak sumbat spageti ke,sushi ke bia dia diam. Aku pn masuk cabang. Aku tekan clutch. Tapi! Macam biasa clash dia mcm break. Keta aku mati. Aku pn gabra dah. Aku start balik n mati lg. Aku pn xtau wat apa,aku pn tekan minyak. Gabra ni. Keta aku macam tsedut2 lapanpuloh,100kali. Tipu. Tapi tsdut2. Cik tu pn perli aku. Dia buat2 muntah. Dia kata awak ni pandai bwa keta ke tak? Aku sengih macam kerang busuk.Aku pn bwak lah. jalan belubang2. Dlm fikiran aku dah ntah mana. Aku rasa dia dah gabra jgak. Aku rilek. Sb aku mmg xsdap hati dh. Aku nak viva.keta ni msalah. Ehm. Bukan sb nak keta sedap ke kancil brand lama ke apa. Tp yg biasa blajar ngan kncil msti kekok test ngan viva. Mcm aku blajar ngan viva.mmg kekok ngan kancil lah. Normal kan. Xda rezeki.

Sesampainya d tmpat litar,maafkan sy fatyn. Sy x boleh bg lulus. Bahaya sngat.Haha Haha

Terima kasih Cik d atas baik budi yang tersebutttttt.

Belum merdeka lagi.

Aku pn plu berusaha dgn lbh keras utk test 29hb ni lagi! Jalan raya shj!

Koyakkk RM100. Huhu

Org cakap jln raya lah senang. Parking bukit susah. Xtaulaa. Maybe gabra lori timah kiri knan?
Kesimpulan dr esei mmbebel sy ni ialah,salah sy n mmg ptot failed. Aku xsalhkn keta sb kita yg bwa keta bukan keta bwak kita. Tp salhkn jgak tuan keta x baiki keta sblum test.hum

Sape nak naik ngan aku?


Hakuna Matata

Assalamualaikum,

The best phrase today. " hakuna matata ". You can try this. So fun!

Hakuna matata? Pe kebenda tu?

Only say " hakuna matata" while your fren, ur family,ur aweks or balaks,eh? in sadness or anything situation thats suitable.

Let see how its going.

Say "hakuna matata dear, I'm always with u.. " to ur wife if she in sadness. and then I'm sure she will said with kelembutan and kemanjaan gitew dengan ayat " hah?? Apa kebenda hakunnu Matat. Apa bang? Matuta?? apa abg merepek ni? Nama pmpuan mana lak abg sebut? Abg x ingt sy dah ke? Sape kuna2 tu?? Baik cakappp.. " Sambil pegang selipar cap jepun.

That husband menjawab " please dear. Sobruminaliman. Hakuna matata. Abg Xda pmpuan lain! "

" hakuna matata???? Kuna tu lah yg msg ckp nak dinner esok tu ya??" Sambil pgng kuali plak

 "Ya Allah. Tu zila,madu sayang. Eh??" Tersasul lak. * pang- ketanggggg- ketonggggggg!" segala alat dapur beterbangan.

Haha.

Hakuna matata" is a Swahili phrase; it means "no worries" (a literal translation might be "there isn't a problem/trouble"). Its meaning is similar to the English phrase "no problem" and is akin to "don't worry, be happy". The phrase is uncommon among native speakers of Swahili in Tanzania, who prefer the phrase "hamna shida" in the north and "hamna tabu" in the south. The phrase has been popularized by its use in The Lion King and Timon and Pumbaa, so that it is heard often at resorts, hotels and other places appealing to the tourist trade. Furthermore the phrase is in more common use in Zanzibar and Kenya.

Hasta manana. Adios amigos :)

 
Template FatinHazwani|Copyright and Edited Miss Fatyn