Assalamualaikum,
Kadang-kadang bila sesuatu yang tak kelihatan, itu yang kita cari. Itu yang kita mahu. Itu lah sikap manusia yang tidak menghargai sesuatu di hadapan mata.
Sesungguhnya aku sedikit bosan dlm mncari makna hidup yang tanpa penghujungnya. Sedangkan aku sendiri sudah tahu aku hidup pun adalah salah satu nikmat yang Allah berikan. Sesungguhnya manusia tidak pandai besyukur dengan kurniaan NYAWA yg diberi olehNya itu.
Lama aku diam, aku mencari kehidupan d setiap hembusan nafas. Apa yg kurang. Apa yg lebih. Aku termenung. Membiarkn otak berfikir. Membiarkan tubuh berehat. Memberikan masa sedikit untuk setiap detik nyawa ini. Setelah difikirkn, hatiku telah mati, mati kerana nikmat dunia. Mati kerana merasakan diri ini hidup selamanya.
Depression. Segalanya di anggap depression. Sehingga kau bersuara, " Aku tertekan! Aku gila! Aku taknak hidup lagi!" Kalau kau kata kau gila sb tekanan, kau salah! Orang gila tak akan cakap diri sendiri gila. Kau hanya ada tekanan. Tekanan yang kau sendiri wujudkan. Senyum sinis pada diri sendiri. Kau nak cabut nyawa sendiri sedangkan kau benci dengan kesakitan. Bukankah mati itu sakit? Kau rasa kau hidup lagi selepas mati? huh. Ini bukan cerita kartun. Dihempap konkrit sekalipun tetap hidup. Kau dah bedarah, kau dah mati, kau tetap mati. Kau takkan tengok orang keliling kau lagi.
Apakah erti ketawa dalam tangisan. Kau senyum, kau lihatkan baris gigi, itu bukan ketawa, Itu kesedihan. Why? Bila kau berpura2 ketawa sedangkan hati kau sakit, kau menuju kesedihan. Hati kau mati kerana ketawa. Kau mncuba lupakan yang dulu. Mencuba tidak akan merubah apa2 kecuali kau HAPUSKAN!
Pejamkan mata. Diam.
Diam bukan mati. Tetapi kau mencari kekuatan.
#alhamdulillahkitamasihbernyawa






Deep Deep. Suka entry camni :)
ReplyDeleteThanks nad. Hehehe :)
Delete