Jalan-Jalan Port Dickson, Tanjung Biru

Assalamualaikum.

Fuhh, harini baru ada kesempatan nak menulis cerita mandi-manda di PD ni. Setelah sekian lama meratapi muka yang burn macam dayang senandung, akhirnya aku punya kekuatan nak publish cerita ni. Hahaha. Ceh, drama sangat.
PD banyak tempat tapi kitaorang pilih untuk pergi blue lagoon ja. Kitaorang pergi satu bas. Siap arrange aktiviti lagi tau. Pergh, best.

Kitaorg bertolak dalam pukul 6.30 pagi cenggitu. Sampai sana pukul 8. Ingatkan, kitaorang yang paling awal lah. Rupanyaaaa, ramai lagi yang sampai dulu. Uish, siap ada yang berjemur macam sotong kering lagi. Masalahnya bukan omputeh berjemur, oreng kitew okay. Omputeh krik krik krik aja. Binggung. Salmon kering ke kurita kering @ ikan bilis kering yang tersadai tepi pantai tu? Hahaha

Aktiviti pertama ialah : BAWA BOLA PINPONG DALAM SUDU. Alah, permainan biasa lah ni kan. Tapi yang luar biasa sebab keadaan pantai tu. Menurun okay? Nak cover jalan straight lagi, nak imbang bola lagi. Silap-silap haribulan pass bola kat sotong kurita dalam air sebab jalan makin kebawah. hahaha.
 Nak nak aku ni haa, sekeping macam papan, kena tolak dek angin lagi, nak imbang lagi. Apa-apa pun, group aku menang. yeay!

Aktiviti kedua : BAWA GETAH GUNA STRAW & PASS GETAH GUNA STRAW JUGAK.
Okay, yang ni failed. Dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa lagi, dengan nak pass straw sama straw, dengan nak cover darjah kemuncungan mulut tu, haha, memang failed. Kitaorang berbaris dalam 8 orang satu group. Masa nak pass tu, jaraknya tiga depa. So, memang kena berjalan.
Orang lain dah berjalan banyak round dah, part kami, tak tau nak kata. haahaha. Nasib lah. Sebenarnya ada tip. Yang memberi perlu kekal tinggi, yang menerima perlu rendahkan badan. Nanti,kot kot mana pun, getah tu akan turun masuk dalam straw satu lagi lah. 

Aktiviti ketiga : BALING BELON DAN BIARKAN MEREKA HIDUP DENGAN SELAMAT. hahaha. tajuk menakutkan. 
Korang tau lah, part ni memang kena baling dan sambut dengan penuh kelembutan okay. Kalau kau silap kungfu sikit, habis pecah. Dalam 4 group dan 1 group 30 belon, HANYA SATU BELON SAHAJA YANG SELAMAT HIDUP DENGAN JAYANYA. Bayangkan lah. Adui.
 Tu, ballon purple tu ja sihat walafiat. hehe. Dasyat betul. Nampak sangat lah geng kami ni geng WWF. Apa-apa pun, group kami lah yang berjaya menyambut dan menyelamatkan ballon tersebut. haha

Aktiviti last : CARI GULA-GULA DALAM TEPUNG
Ni game biasa lah kan. Bagi yang tak biasa macam aku, memang luar biasa lah nampaknya. Gula-gulanya sedikit, tepungnya bertimbun macam gunung everest ha. Mana nak cari.
Aku orang paling last, lagi lah haru kengkawan. Ibarat mencari rambut dalam tepung yang menggunung. haha. Adui.
Last sekali aku kenyit-kenyit mata sikit, fasi tolong kais dengan jari. haha. 

Last aktiviti kami, AKTIVITI BEBAS. So, bleh lah berlari berkejaran, skuad lentang skuad kupu-kupu dalam pantai. Masa ni air cetek ja. Petang cikit air akan pasang. 
 Aksi lompatan yang tak berapa nak lompat.
Roomate kaki pukul. haha

 Minah papan.
Pergaduhan sengit yang masing-masing tak nak mulakan. Lawan mata jea.

Okay, dah setat tembakan air boiboiboy. Yang tengah tu terbang ke nak leraikan. haha

Ni satu lagi, haa, kan dah cakap roomate kaki pukul. minah papan dengan roomate. Tak tau sape tumbang dulu. haha

Okay, aksi puteri gunung acah-acah devavoom.

Aksi tengok abam helikopter yang berlegar-legar di awan. Nak tackle jadi suri hati mr.helikopter le tu.

Aksi kecewa tak dilayan mr. helikopter. Yang dilayan, helikobakter pylori(bakteria).

Tu jealah aktiviti kitaorang. Yang penting, seronok sangat bersama kawan-kawan dan dapat relase tension walaupun masing-masing muka dah macam kek 3 layer. haha.

okay, next trip? soon. 

Adios amigos

HIKING : Bukit Kluang , Besut, Terengganu

Assalamualaikum and hello guys.

Moh le aku cerita pengalaman aku hiking bukit kluang sampai vibrate kaki. Haha.
Lokasinya di besut terengganu. Memang cantik nampak laut lah. Lebih kurang 30 minit dari rumah aku. Rumah aku sempadan besut aje. Aku stay dekat kelantan, lalu lalang kawasan besut tu memang selalu. 

Bukit nya boleh dikatakan mencabar lah bagi orang macam aku yang tak biasa hiking ni. Yolah, banyak curam,gaung. Nak-nak masa aku pergi hiking tu, malam tu baru jea hujan. Mak aii, mencabar betul. Lagi mencabar bila esok tu start jea enjin kereta, bunyi suara ayah cakap,

 "adik cakap, ada orang tu nak pergi hiking?" 

"Krik krik"

Kantoi tak beritahu ayah nak hiking, beritahu ma jea. Dah tahu ayah takkan bagi. Hahaha. Maka start lah bebelan 580patah perkataan. Haha

Last-last ayah lepaskan jugak anak dia pergi dengan hati yang tidak rela.Kami macam serba salah dah sebab ayah tak rela tapi kami pergi jugak. Yelah, kena jadi pape atas bukit tu, haaa. Menyesal tak sudah. Last-last tawakal jea. Nak jugak hiking! Haha
Alkisahnya nak hiking di pagi hari, oleh kerana adik aku ni kaki tidur, so terpaksalah kami hiking tengah hari. Tengah hari ok? Aku ingat kami jea yang pelik hiking tengahari tapi ramai lagi manusia yang sama pelik macam kami yang hiking masa tu. Hahaha.

Gambar ni masa di kaki bukit lagi. Parking keta jauh sikit la sebab nk panjat dari belakang. Adik aku ni tahu mana satu jalan shortcut sampai pucak, and mana satu jauh. Aku on ja kalau boleh naik helikopter jealah berhenti kat puncak. Tak payah penat nak hiking. Kiki
Haa jemah, penat ke? Masa ni baru jea hiking. Jauh lagi perjalanan. Yang join aku hiking tu aku, adik lelaki aku dua orang dan kawan adik lelaki aku. 

Orang lain hiking pakai tshirt wei, aku pakai baju muslimah dengan jeans. Ok jeans ok jeans. Terpengaruh dengan adik aku baju merah tu pakai jeans. Ya ampunn. Haha
So, sape cakap tak boleh pakai jeans? Boleh kot. Lagi lah tahan dari koyak and kemas kot. Haha. Yelah ko rasa hiking tu jalan berkepit? Kalau dah hiking tu mesti lah skuad bakal berguling, skuad taichi taekwando bagai masa nak langkah. Hehe
Okay, masa naik tu takdalah mencabar sangat. Sebab jalan tak bercuram dan banyak pokok nak pegang. Tu sempat jea selfie sedas dua(alah dah kaki selfie).
Adik-adik aku pulak jenis "ladies first" so dia biarkan kakak dia jalan dulu. Silap aku bawak jalan tersangkut mana-mana, bebel lah diorang kat aku. Haa, tu lah, korang tahu kakak korang ni GPS expired date. Huh. Tampor sorang-sorang kang jatuh gaung.
Alhamdulillah setelah sekian la berhempas pulas melawan onak duri dan peluh masin akhirnyaaa... HELLO WORLDDDDD! IM HEREEEEE! Hye segala dugong segala tenukkk, lihatlah manusia yang cantik ini berada di puncak..Ma, kakngah dah berjaya. Terima kasih. Terima kasih korang. Terima kasih. lap hingus. Ceh drama sangat.
Tunggu apo laie. Memasing posing sakan le.
Cantik kan? Subhanallah.

Dari jauh nampak pulau. Nunnnn sinun.
Sambutlah sapu tanganku kawan, jurangnya amat dalam. Sambutlah sapu tanganku kawan aku takut tenggelam.

Pulau alfonso albuequre okay aku tak tahu nama pulau ni. Haha

Where am i going? Im going to my way. Huhu

Sebelum sampai tu dah hampir putus asa dah. Sebab penat yang amat. Plus dengan panas. Yealah sape suruh hiking tongah hari tongah paneh. Apo nak di kato. Bila sampai jea kat atas, subhanallah, cantik dan hebat ciptaanmu. Indah.
Hilang habis vibrate kaki tadi. Angin sepoi-sepoi menyapa pipi. Tenang. Rasa hilang beban yang ditanggung. Rasa macam taknak turun.
Bila kat atas puncak, teringat lagu "THE CLIMB"- miley cyrus

"I can almost see it.
That dream im dreaming.
But there's voice inside my head saying,
You'll ever reach it.

Every Step im taking,
Every move iake feels lost with no direction,
My faith is shaking." 

"But I, I gotta keep tryin'
Gotta keep my head held high.

There's always gonna be another mountain.
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle..
Sometimes I'm gonna have to lose.
Ain't about how fast I get there.
Ain't about what's waitin' on the other side.
It's the climb."
Untuk dapatkan sesuatu tu memang susah kan. Tapi kita tak boleh mengalah. Hikmah dan ganjaran yang kita akan dapat, berbaloi dengan usha kita.  
Masa ni dah otw turun bukit dah. Trun u makan masa 45 minit macamtulah. Masa naik tu dekat 30 minit.
Masa turun ni memang mencabar sebab kiri kanan gaung, luluan sempit and curam. Licin plak sebab hujan kan. Tapi ada tali. So pandai2 lah pegang kali, bergantung dengan pokok semua. Aku rasa macam nak tercabut sendi lutut. Wahaha 
Singgah sebentar bersama kit kat.
Terketar lutut dek non. Pandai naik pandai lah turun. Bak kata adik aku. Oi oi, tak kan lah nak tinggal kakakmu disini? Sakitnya tuh disini lahai.   

Dua orang ni memang berani. Kanan diorang ada gaung tu. Buat nya patah pokok, aduyau terpaksa la kakakmu memanggil tarzan rimau kambing dlam hutan membantu korang. Eh kambing?
Mangsa ambik gambar sape? Aku le. Hahaha. Dik sopan sikit.. haa, nampak tak ketahanan jeans. Haha 

Kini tiba kakakmu pulak nak bergambar. Belakang dah le. Nanti berkenan kan parah plak. Haha. Muslimah panjat bukit. Kikiki
Dah penat hiking, sampai jea terus cari air. Perkena pulak air kelapa. Perghhh..
Konon sampai jea bawah nak naik banana boat pulak, sekali tuan banana boat cekik darah, oiii kita perkena banana kat pokok sudah lah. Balik balik.

Itu sajo lah bebelan aku untuk kali ini. Diharap menarik lah ya. 
Ok see you soon.

Makeup Red Lips Korean Style

Assalamualaikum hye ladies.

Harini topic , MAKEUP RED LIPS KOREAN STYLE, bukan JEMAH STYLE okay. Korean style. So kalau korean style mesti lah makeup yang simple and fresh semestinya kalau pandang dekat tak nampak pun bedak 4 layers and eyeshadow warna warni hari raya aidifitri. 

Okeh, part aidilfitri semua kita cakap kemudian hari. Hari ni kengkawan kita cerita pasal lips jea. Korean punya lipstick style biasa warna nude and kalau merah macam red carpet tu diorang sapu ala ala jea. See gambar diatas. Simple. Letak sikit lipstick merah mak ngah di tengah bibir sapu rata jea dengan jari. Siap. Lipstik pun jimat setahun satu batang kecuali anak-anak buat main pengantin-pengantin bersama kawan-kawannya sebagai pelakon tambahan yang jadi pengapit dan suami jadian. Hahaha

Okay, mana nak dapat lipstick yang murah, menyerlah, cantik dan tahan lama? So,aku suggest.
Silky girl moisture boast lipstick balm-Ruby code 03. Boleh didapati di watson, guardian.

Yang ni memang aku suggest betul. Colour merah macam cili padi. Merah menyala. Sebab tu lah aku beli yang merah menyala ni just pakai untuk style korea jea walaupun aku kpop melayu. Kalau aku sapu banyak-banyak, aku sendiri pun takut tengok muka aku. Hahaha. Kalau pergi kenduri kawin, elok pakai lipstick merah ni dengan baju kebaya. Memang kau lah ratu kebaya kampung. Oh ya satu lagi, elok masa tengahari kau takpayah lah pakai merah menyala cenggini, sebab aku takot orang lalu lalang silau tengok mulut kau. Haha. So aku suggest boleh kau nak pakai tapi pakai STYLE KOREA.  Lipstick ni beri effect moist and warnanya pekat. Masa nak pakai tu, berhati-hatilah dijalan raya. Nanti kang terbabas masuk hidung.

Oh ya kalau kau rasa bibir kau kering and taknak nampak merah sangat, korang sapu lip balm ni dulu yo. 

 Ni lah lipbalm terbaik di abad ini. Setakat ni aku dah repeat beli 5 batang. This is amazinggg! Aku kalau pucat macam hantu kak limah taknak balik umah, aku sapu ni ajo. Duk rumah pun sapu. Nak makan pun sapu. Nak menyapu daun kering luar umah pun sapu. Haha. Harga RM12 tahan 5-6 bulan jugak lah. Tengok bibir kau besar bas ke besar tempayan. Kalau besar semut tahan lah 60 bulan lamanya. Warnya pink cenggitu. Beli lah yo. 

Setakat ni jelah joyah kongsi harini. Lain.kali joyah akan up gambar joyah makeup SMOKEY EYES WITH RED LIP. Okay sekian.


The Sweeties Memories & Experience In Ward Obstetric & Gynaecology (Clinical)

Hello assalamualaikum, ladies and gentelman, boys and girls.

Hello world! Aish, happy sangat dia ni. Sebab nak balik raya lettew.

Fuh! Harini selesai sudah klinikal di ward obstetric and gynaecology bertempat di ward 9, Hospital Tuanku Ampuan Najihah(HTAN)-N9.
2 minggu aku ditempatkan disini, memang memberi memori daun pisang dan pengalaman yang superb dan mencabar. Sampaikan berbelit-belit segala usus sebab mencabar sangat. Hahaha. Haaa, dah start enjin miss fatyn makaronah ni. Start enjin nak merapu. Kah kah.

Korang tahu tak obstetric & gynaecology ni mende? Dok tahu la ni? Kalau antenatal & postnatal? Dok tahu jugok? Pah guane tu? Haha. Okay, ward ibu mengandung dan bersalin tahu dok? Haaa, tahu tahu. Ok beres.
Selama dua minggu aku ditempatkan disini. Habis shift pagi jea ajak Jururawat(Staff nurse), Jururawat Masyarakat/Bidan(JM), Doktor Eric dan Jururawat Pelatih(JP) bergambar. Elmeklumlah kengkawan, dengan cara bergambar ni le kita dapat ingat segala memori daun pisang. Manusia mudah lupa kan. Esok aku dah bongkok tiga pun, cicit ciot aku boleh baca blog aku dan cerita kat aku semula. Korang tahu lah bila dah mengijak ke usia warga emas ni, tahap ingatan tu lebih pada.... emas lah. tak ingat perak, gangsa bagai. Eh?

"Nenek, ciot baca blog nenek. Masa ni nenek umur 20+. Kemain bergambar, berposing masa jadi JP. Perghhh, hebat nenek ni ya. Haha" kata ciot aku.

"Ya ciot... atuk kamu dulu handsome orangnya. Asli orangnya ciot" Jawab nenek

"Apa kaitan nek?" Ciot muka blur

"Oh, kentucky dalam fridge nenek simpan semalam" muka lapar.

Nenek dah nyanyuk...
Ni antara ward mate aku. Ada sorang lagi tak famous, tak boleh masuk gambar. Hahaha, jahat ko fatyn.
Antara pengalaman yang aku lalui, aku pernah tengok orang bersalin, aku pernah hantar patient dengan kalut ribut ke emergency sebab patient bleeding, aku pernah jugak kelam kabut sambut si ibu sebab pengsan dalam toilet, aku pernah golek-golek baby masa mandikan, huhu.

Okay, setiap pagi kitaorang macam biasa akan ambil observation(Merangkumi blood pressure, pulse, SPO2,pain score dll). Masa ambik observation tu kitaorang akan tanya si ibu, baby gerak cukup tak? melebihi 10 kali dalam masa 12jam. Kalau gerak cukup, baby normal lah still ada. Kalau tak, mungkin ada apa-apa yang terjadi. Ni biasa shift petang yang akan lengkapkan chart ni. Then kitaorang ikut Jururawat bidan dengar fetal heart. Kena palpate, rasa perut ibu, rasa kedudukan bayi. Kitaorang dapat rasa kedudukan baby dalam kandungan yang abnormal seperti baby yang breech(kedudukan bayi kepala keatas, punggung ke bawah), oblique(melintang), dan lain-lain. Kadang boleh rasa kalau yang normal yang nak dekat bersalin tu, kepala baby dah di bawah dah masuk ke dalam pelvis. JM ajar kami cari belakang baby nak letak alat dengar jantung baby. Bila dapat jea, perghhh bunyi jantung dia macam bunyi kuda berlari. Hebat ciptaan allah. Aku pula terlebih excited. Huhu. Masa tengah golek-golek perut ibu kadang dapat rasa yang si baby tonjol kan siku,tonjolkan kaki nak gurau-gurau dengan kami yang excited terlebih ni. Haaha

Settel part observation, ambil baby, mandikan baby. Kalau mandi baby ni bukan macam mandi orang dewasa. Dia punya lentok, dia punya lembik tu macam ahli gimnastik. Dengan menangis meraung cute miut cenggitu, rasa macam jadi kaki buli pulak. Padahal mandikan jea pun. Haish anak. Haha. Takpelah, asalkan akak kamu ni tak rendam kamu dalam softlan. Hahaha.
Ada laie, bukan tu jea. Lepas settle yang tu, kena bagi talk tentang kebaikan susu ibu and teknik penyusuan dan penyimpanan susu ibu yang betul. Pot pet pot pet cerita kebaikanya adalah memberi antibodi kepada baby untuk elak penyakit berkaitan pernafasan seperti asthma, kemudian elak dapat sembelit, jaundis(bayi kuning macam digi bersamamu), meningkatkan IQ dan tumbesaran bayi, ibu dapat bentuk badan ideal macam model, dapat kecutkan uterus dengan cepat, ibu bahagia anak bahagia, suami bahagia eh? dll. Cara simpan plak tulis nama, tarikh, masa, tahan berapa jam suhu demikian-demikian, Banyakkkk. Macam biasa, masa aku bagi talk, confirm si ibu menguap 40x. Terbaikk. Haha. Kadang si ibu lebih tahu daripada JP. Aku nganga ja. Haha
Ni pemandangan senja di hospital. Cantik kan? Masa ni aku rehat. 
Yang part emergency tu, ada si ibu ni tanda-tanda kelahiran dia macam lain sikit. Biasa akan keluar air ketumban(amniotik fluid) dan show(darah sedikit). Tapi si ibu ni mengalami kesakitan yang amat sangat. Sehingga satu masa dia mengalami bleeding yang banyak. Masa doktor cek pembukaan os(salur kelahiran), darah membuak-buak keluar. Ibu tak payah cerita memang menangis. Aku yang berada di bucu katil pun takut oi. Tak pernah handle. Datang segala pakar and doktor. Patient ni pernah mengalami abortion sebab ectopik pregnancy(kehamilan luar rahim dan fetus tertanam di fallopion tube) & pernah mengalami plasenta previa(plasenta/uri tertanam bukan ditempatnya) dan memang kemungkinan bleeding sebab tu. So masa tu pakat suruh tolak labour room. Aku ni blur. Tiba2 staff nurse panggil aku suruh sama tolak. Oiii, masa tolak kelam kabut yang amat. Siap jadi police trafic pun ada suruh orang ketepi ketepi. Haha. Patient bleeding,sakit macam tu, aku pulak masa tolak boleh tersepit celah meja masa corner. Dah le sekeping macam biskut cap ping pong. Kalau setakat aku menjerit tersepit, kuat lagi suara patient tu menjerit.  Pergh, memang suasana kelam kabut. Bila emergency case camtu aku tak boleh attend labour room, so aku balik wad. Tapi alhamdulillah patient selamat. Aku jumpa dia masa dia berjalan nak balik. Dia dah discaj. She and her baby healty and fine. Alhamdulillah. :-)
Okay real one patient labour. Masa tu aku mintak izin nak pergi labour room nak saksikan sendiri patient yang melalui labour. Masa aku pergi tu dah fully os. Maksudnya pembukaan os dah 10cm. Dan dah cuba untuk teran. Kami student tak boleh buat pape, just lihat sahaja. Aku Dapat lihat si ibu dalam keletihan masa meneran. Dapat lihat kepala bayi dah nampak pun tapi ibu penat amik masa nak meneran. Allah. Ya allah, ambil masa sejam ibu nak lahirkan. Sampaikan staff cakap kalau si ibu tak usaha teran, kami akan vacuum baby. But alhamdulillah walau letih sekalipun ibu tetap berusaha untuk anaknya. Ya, aku tengok sendiri kepala baby keluar, aku lihat sendiri doktor gunting episiotomy untuk bantu kelahiran, aku lihat sendiri full baby keluar, dengan plasenta and habis sampai jahit. Allah, sokongan suami sangat penting masa ni. Sangat sangat sangat! Bukan mudah sekali teran okay. Berkali-kali sampai sesak nafas penat nak mati. Haaa, tu aku boleh cakap. Selesai jea aku balik call ma, nangis. T_T mintak ampun. Allah. Kebesaran allah.

Ni bukan kata habis jea lahirkan baby dah takda apa. Selepas lahir tu kemungkinan da komplikasi. Bleeding. Kalau tiada penjgaan yang betul akan bleeding. Cebisan uri tertinggal ke, sakit pembedahan ke, kesan bius tak sedar ke, macam-macam lagi. Sampaikan ada balik dari labour, menangis sebab terlalu penat, baby menangis nak susu, si ibu tak mampu kerana lemah. Diri dia rasa macam tak guna tapi sebenarnya tak. Tu stress. Tu lah pentingnya kami membantu apa yang patut . Aku pernah jugak attend emergency kes juga. Patient ni scissor,belah kata lain. Dia balik dari labour, lepas 6 jam dia okay. Dia menyusu baby macam biasa. Tapi dia tertidur masa susukan bayi. Teka kenapa? Dia terus pengsan tak sedarkan diri sampai semua pakar turun check, buat CPR dan sebagainya. Tiba-tiba dia collapse, pengsan. And dimasukkan ke ICU. Baby pun dihantar ke tempat baby untuk penjagaan. Hem, bukan mudah okay. Bukan mudah.  Tak ketinggalan pada ibu yang belum berkahwin, muda lagi, dah ada anak. Lahirkan bayi dirumah, sebab takut, sampaikan ambulan datang, bayi dah kebiruan. Allah allah, si ibu masih bertahan dan pertahankan anak dari mati. Ya, mereka melakukan kesilapan tapi siapa kita untuk menilai dan menghukum sedangkan jika dia bertaubat, dialah sebaik-baik manusia. Anak tu, adalah kebahagian dia. Dan ibu bapa tak pernah tinggal kita tau! Ingat tu! Alhamdulillah :-)

Okay lah korang, tu sahaja. Gambar ni semua diambil masa rehat okay? Pape pun, thank you sangat atas tunjuk ajar JM,SN dan lain2 yang sama bekerja. Pengalaman yang memang tak akan dilupakan dan paling best sepanjang klinikal. Alhamdulillah. Okay guys, See you soon ha.. bye

Admin : fatyn memories

 
Template FatinHazwani|Copyright and Edited Miss Fatyn