Hello assalamualaikum, ladies and gentelman, boys and girls.
Hello world! Aish, happy sangat dia ni. Sebab nak balik raya lettew.
Fuh! Harini selesai sudah klinikal di ward obstetric and gynaecology bertempat di ward 9, Hospital Tuanku Ampuan Najihah(HTAN)-N9.
2 minggu aku ditempatkan disini, memang memberi memori daun pisang dan pengalaman yang superb dan mencabar. Sampaikan berbelit-belit segala usus sebab mencabar sangat. Hahaha. Haaa, dah start enjin miss fatyn makaronah ni. Start enjin nak merapu. Kah kah.
Korang tahu tak obstetric & gynaecology ni mende? Dok tahu la ni? Kalau antenatal & postnatal? Dok tahu jugok? Pah guane tu? Haha. Okay, ward ibu mengandung dan bersalin tahu dok? Haaa, tahu tahu. Ok beres.
Selama dua minggu aku ditempatkan disini. Habis shift pagi jea ajak Jururawat(Staff nurse), Jururawat Masyarakat/Bidan(JM), Doktor Eric dan Jururawat Pelatih(JP) bergambar. Elmeklumlah kengkawan, dengan cara bergambar ni le kita dapat ingat segala memori daun pisang. Manusia mudah lupa kan. Esok aku dah bongkok tiga pun, cicit ciot aku boleh baca blog aku dan cerita kat aku semula. Korang tahu lah bila dah mengijak ke usia warga emas ni, tahap ingatan tu lebih pada.... emas lah. tak ingat perak, gangsa bagai. Eh?
"Nenek, ciot baca blog nenek. Masa ni nenek umur 20+. Kemain bergambar, berposing masa jadi JP. Perghhh, hebat nenek ni ya. Haha" kata ciot aku.
"Ya ciot... atuk kamu dulu handsome orangnya. Asli orangnya ciot" Jawab nenek
"Apa kaitan nek?" Ciot muka blur
"Oh, kentucky dalam fridge nenek simpan semalam" muka lapar.
Nenek dah nyanyuk...
Ni antara ward mate aku. Ada sorang lagi tak famous, tak boleh masuk gambar. Hahaha, jahat ko fatyn.
Antara pengalaman yang aku lalui, aku pernah tengok orang bersalin, aku pernah hantar patient dengan kalut ribut ke emergency sebab patient bleeding, aku pernah jugak kelam kabut sambut si ibu sebab pengsan dalam toilet, aku pernah golek-golek baby masa mandikan, huhu.
Okay, setiap pagi kitaorang macam biasa akan ambil observation(Merangkumi blood pressure, pulse, SPO2,pain score dll). Masa ambik observation tu kitaorang akan tanya si ibu, baby gerak cukup tak? melebihi 10 kali dalam masa 12jam. Kalau gerak cukup, baby normal lah still ada. Kalau tak, mungkin ada apa-apa yang terjadi. Ni biasa shift petang yang akan lengkapkan chart ni. Then kitaorang ikut Jururawat bidan dengar fetal heart. Kena palpate, rasa perut ibu, rasa kedudukan bayi. Kitaorang dapat rasa kedudukan baby dalam kandungan yang abnormal seperti baby yang breech(kedudukan bayi kepala keatas, punggung ke bawah), oblique(melintang), dan lain-lain. Kadang boleh rasa kalau yang normal yang nak dekat bersalin tu, kepala baby dah di bawah dah masuk ke dalam pelvis. JM ajar kami cari belakang baby nak letak alat dengar jantung baby. Bila dapat jea, perghhh bunyi jantung dia macam bunyi kuda berlari. Hebat ciptaan allah. Aku pula terlebih excited. Huhu. Masa tengah golek-golek perut ibu kadang dapat rasa yang si baby tonjol kan siku,tonjolkan kaki nak gurau-gurau dengan kami yang excited terlebih ni. Haaha
Settel part observation, ambil baby, mandikan baby. Kalau mandi baby ni bukan macam mandi orang dewasa. Dia punya lentok, dia punya lembik tu macam ahli gimnastik. Dengan menangis meraung cute miut cenggitu, rasa macam jadi kaki buli pulak. Padahal mandikan jea pun. Haish anak. Haha. Takpelah, asalkan akak kamu ni tak rendam kamu dalam softlan. Hahaha.
Ada laie, bukan tu jea. Lepas settle yang tu, kena bagi talk tentang kebaikan susu ibu and teknik penyusuan dan penyimpanan susu ibu yang betul. Pot pet pot pet cerita kebaikanya adalah memberi antibodi kepada baby untuk elak penyakit berkaitan pernafasan seperti asthma, kemudian elak dapat sembelit, jaundis(bayi kuning macam digi bersamamu), meningkatkan IQ dan tumbesaran bayi, ibu dapat bentuk badan ideal macam model, dapat kecutkan uterus dengan cepat, ibu bahagia anak bahagia, suami bahagia eh? dll. Cara simpan plak tulis nama, tarikh, masa, tahan berapa jam suhu demikian-demikian, Banyakkkk. Macam biasa, masa aku bagi talk, confirm si ibu menguap 40x. Terbaikk. Haha. Kadang si ibu lebih tahu daripada JP. Aku nganga ja. Haha
Ni pemandangan senja di hospital. Cantik kan? Masa ni aku rehat.
Yang part emergency tu, ada si ibu ni tanda-tanda kelahiran dia macam lain sikit. Biasa akan keluar air ketumban(amniotik fluid) dan show(darah sedikit). Tapi si ibu ni mengalami kesakitan yang amat sangat. Sehingga satu masa dia mengalami bleeding yang banyak. Masa doktor cek pembukaan os(salur kelahiran), darah membuak-buak keluar. Ibu tak payah cerita memang menangis. Aku yang berada di bucu katil pun takut oi. Tak pernah handle. Datang segala pakar and doktor. Patient ni pernah mengalami abortion sebab ectopik pregnancy(kehamilan luar rahim dan fetus tertanam di fallopion tube) & pernah mengalami plasenta previa(plasenta/uri tertanam bukan ditempatnya) dan memang kemungkinan bleeding sebab tu. So masa tu pakat suruh tolak labour room. Aku ni blur. Tiba2 staff nurse panggil aku suruh sama tolak. Oiii, masa tolak kelam kabut yang amat. Siap jadi police trafic pun ada suruh orang ketepi ketepi. Haha. Patient bleeding,sakit macam tu, aku pulak masa tolak boleh tersepit celah meja masa corner. Dah le sekeping macam biskut cap ping pong. Kalau setakat aku menjerit tersepit, kuat lagi suara patient tu menjerit. Pergh, memang suasana kelam kabut. Bila emergency case camtu aku tak boleh attend labour room, so aku balik wad. Tapi alhamdulillah patient selamat. Aku jumpa dia masa dia berjalan nak balik. Dia dah discaj. She and her baby healty and fine. Alhamdulillah. :-)
Okay real one patient labour. Masa tu aku mintak izin nak pergi labour room nak saksikan sendiri patient yang melalui labour. Masa aku pergi tu dah fully os. Maksudnya pembukaan os dah 10cm. Dan dah cuba untuk teran. Kami student tak boleh buat pape, just lihat sahaja. Aku Dapat lihat si ibu dalam keletihan masa meneran. Dapat lihat kepala bayi dah nampak pun tapi ibu penat amik masa nak meneran. Allah. Ya allah, ambil masa sejam ibu nak lahirkan. Sampaikan staff cakap kalau si ibu tak usaha teran, kami akan vacuum baby. But alhamdulillah walau letih sekalipun ibu tetap berusaha untuk anaknya. Ya, aku tengok sendiri kepala baby keluar, aku lihat sendiri doktor gunting episiotomy untuk bantu kelahiran, aku lihat sendiri full baby keluar, dengan plasenta and habis sampai jahit. Allah, sokongan suami sangat penting masa ni. Sangat sangat sangat! Bukan mudah sekali teran okay. Berkali-kali sampai sesak nafas penat nak mati. Haaa, tu aku boleh cakap. Selesai jea aku balik call ma, nangis. T_T mintak ampun. Allah. Kebesaran allah.
Ni bukan kata habis jea lahirkan baby dah takda apa. Selepas lahir tu kemungkinan da komplikasi. Bleeding. Kalau tiada penjgaan yang betul akan bleeding. Cebisan uri tertinggal ke, sakit pembedahan ke, kesan bius tak sedar ke, macam-macam lagi. Sampaikan ada balik dari labour, menangis sebab terlalu penat, baby menangis nak susu, si ibu tak mampu kerana lemah. Diri dia rasa macam tak guna tapi sebenarnya tak. Tu stress. Tu lah pentingnya kami membantu apa yang patut . Aku pernah jugak attend emergency kes juga. Patient ni scissor,belah kata lain. Dia balik dari labour, lepas 6 jam dia okay. Dia menyusu baby macam biasa. Tapi dia tertidur masa susukan bayi. Teka kenapa? Dia terus pengsan tak sedarkan diri sampai semua pakar turun check, buat CPR dan sebagainya. Tiba-tiba dia collapse, pengsan. And dimasukkan ke ICU. Baby pun dihantar ke tempat baby untuk penjagaan. Hem, bukan mudah okay. Bukan mudah. Tak ketinggalan pada ibu yang belum berkahwin, muda lagi, dah ada anak. Lahirkan bayi dirumah, sebab takut, sampaikan ambulan datang, bayi dah kebiruan. Allah allah, si ibu masih bertahan dan pertahankan anak dari mati. Ya, mereka melakukan kesilapan tapi siapa kita untuk menilai dan menghukum sedangkan jika dia bertaubat, dialah sebaik-baik manusia. Anak tu, adalah kebahagian dia. Dan ibu bapa tak pernah tinggal kita tau! Ingat tu! Alhamdulillah :-)
Okay lah korang, tu sahaja. Gambar ni semua diambil masa rehat okay? Pape pun, thank you sangat atas tunjuk ajar JM,SN dan lain2 yang sama bekerja. Pengalaman yang memang tak akan dilupakan dan paling best sepanjang klinikal. Alhamdulillah. Okay guys, See you soon ha.. bye
Admin : fatyn memories












No comments:
Post a Comment
Penat2 membaca, komen and publish aje :) Komen anda dihargai :3