NURSE LIFESTYLE VS MULUT JOYAH

Assalamualaikum,


:-) Aku luah apa yang aku rasa. Kita #Nurse Kuat! Dulu, masa aku tak dapat nursing, aku memang anggap kerja nursing ni adalah kerja yang biasa-biasa sahaja. Sesiapa pun boleh masuk nursing. Tapi bila aku dapat masuk nursing, baru aku tahu dunia nursing yang sebenarnya! Semua orang boleh bercakap sebab mereka tak berada ditempat kita. Macam aku dulu lah, aku tak berada dalam nursing jadi aku pun bercakap jugak. Haha

.

1) "Alah, nurse ni tahu basuh berak kencing patient ja."

- Ya, memang pun. Sekecil-kecil najis, dan yang sebesar -besar baldi tu pun kitaorang relax ja pegang. Nak cair, nak pekat, nak likat, nak warna hijo,putih,coffe, semuaaaa kami boleh hadap. Tu belum masuk part bau. Alah, korang sendiri kalau cium yang korang punya, ada wangi ka? Tapi kami, tak pernah nak merunggut. Even family taknak bantu, walau family ada and tolong bantu sekalipun, kami tetap buat jugak. Part basuh berak ni ada skill oii. Bukan kata sental golek-golek patient ja. Bila kata PATIENT, mesti tak berdaya, tak boleh bagi kerjasama, dalam keadaan sakit. Kalau yang patah tangan,patah kaki? Yang baru jea selesai pembedahan? mesti lah nak pusing2 pun menjerit serata alam kan. Kau rasa boleh nak sental nak golek dengan muka seposen macamtu? Kena ada skill, skill nak mengiringkan patient nak basuh,skill nak pakaikan pampers biar center, tak tekoyak sb tarik dll. Dan tak boleh tunjuk reaksi muka bila hidu ketulan yang wangi tu. Senang cita sental, terima lah kewangian tu. Kerana mereka amat memerlukan. Dan skill cara golek cara pakai tu akan dipraktiskan pada waris patient. Senang koje. 5 minit, settle! Sekarang nak cakap apa lagi?

.

2) "Alah, diorang bukan buat kerja pun. Asal aku pergi jea, melepak kat kaunter. Patient panggil pun buat tak tahu."

- Tak habis-habis dengan alah kau. Habis tu kita hidup ni untuk berdiri? Habis tu kita hidup ni macam robot, no life, buat kerja muka togol cenggitu? Wah kemain. Moh le aku cite dari masuk shift sampai balik shift. Start masuk shift ja, semuaaaa tanggungjawab patient atas bahu kita. Bukan kata sorang ja nurse jaga. Kadang 7,8 orang patient sorang nurse jaga.ni yang wad. kalau emergcy lagi aku salute. Semua datang yng kritikal.Sekali lagi aku ingatkan, PATIENT ni bukan yang datang boleh bergusti, bukan yang datang boleh menari goyang dumang bagai. Bila kata patient ni, datang dengan kritikal, datang dengan tak berdaya, bleeding, kalau hilang darah bleh shock, mati. sakit tak tertahan. Oi kalau bleh tahan,takda maknanya korang nak duk hospital ni. Alah, korang demam pun menangis luruh air mata 80 besen. Manja tu kalah dengan adik kau berebut nak dukung. Huh.

Masuk jea kerja, past report. Patient ni macamni ha, fracture, patient ni macamni ha, jantung,patient ni macamni ha, kudis kat bontot, patient ni haa, HIV. Haa, camtu. Kau ingat semua penyakit, sama penjagaannya? Kalau dah tahu jantung, takkan nak jaga macam orang demam? Terkejut sikit pun, even bunyi roda troli pun dah heart attack. Kalau kata fracture, takkan nak ajak menari goyang dumang? Jari kaki pun gerun nak gerak cheq oi.. Kalau tahu HIV? Tahu tak bertapa risikonya. Kau rasa kalau kau tak jd kami, kau nak jaga nak pegang? Yang kau tahu pot pet pot pet bak joyah. Eh kesian joyah. Okay, past report, maka bermula lah episod berjalan tak henti. Oi doktor bg arahan, patient  sakit tu nurse kena buat macmni macmni. Kehulur kehilir ke timur ke barat daya, tenggara bagai kau pergi untuk rawat pesakit 7,8 orang ni. Kejap sebelah sana sesak nafas. Kejap sebelah sini pengsan. Kejap sana bocor habis pampers, macamna tu? Korang tahu tak, kalau kitaorang nak terkencing sekalipun, dah tu patient tetiba pengsan, kau kena tahan kau belari pergi selamatkan patient dlu. Takda makna nak pergi kencing dengan aman dan slamatnya. Kau tahu tak masa kau nak rehat nak makan tetibe patient kau sesak nafas. Kau tinggalah kambing golek duk tergolek atas meja pergi selamatkan yang sesak nafas td. Nak basuh tangan pun rasa macam tak sempat oi. NYAWA! NYAWA! Jadi, korang bagilah peluang nurse duduk sebentar. Kami ada kaki. Ada jugak badan. Bukan kata kayu, bukan batu. Duduk hilangkan lelah.  Tu pun kalau duduk kejap, mesti ada jugak kerja. Buat report. Mesti yg nak habis shift d. Sekali sekala gelak sedas dua nak hilangkan tekanan. Korang ni, jeleous betul eh. Kitaorang balik kerja dah longlai. Mata kejap cerah kejap gelap. Suami pun dah taknampak. Nampak aaron aziz pulek. Kabur kan. Penat.

.

3 - " Alah, senang jea wei kerja nurse. Aku boleh buat!"

-Wahaha! Memang. Gampang sih. Tp gampang kalau kau habiskan tiga tahun krusus bagai. Kalau se gampang lah jaga patient ni, takda makna kami nak habiskan masa belajar. Ni berkaitan NYAWA. Kau rasa tiga tahun belajar, pergi kelas boleh ponteng, pergi kelas bleh cari makwe, pergi kelas hantar assingment, balik kelas tergolek tido macam ayam golek ka? Kami belajar, teori. Ok korang kata simple. Kami kena ujian praktikal. Ok sood joyah kata small matter. Kami kena pergi hospital jaga patient real one. Ok tergugat sikit cakap boleh lah taknak kalah. Meh aku cerita lagi. Teori ni bukan kata cerita demam ja. Kau panggil demam aku panggil PYREXIA, HYPERTHEMIA. Kau panggil berak, kencing, kami panggil BO, PU. Kalau aku kata, tadi aku diarrhea weh. Kau faham diarrhea tu spesis apa? Jangan kata spesis tenuk, aku ketuk! Kau tahu stool tu apa? Hah tak payah google panjang lagi aku nak taip. Kalau menyampah, pi main pokaemon go. Huh.  Tu benda simple ja weh. Stool=najis. BO= bowel open(berak), PU=past urine(kencing) dll. Moh le nak lawan kalau kata senang. Aku dulu nak ingat ABC pun kena marah banyak kali. Ni nak ingat PU bagai. Terkencing terkicit dulu oi. Huhu. Haha, part ujian pratikal. Bunyi jea loceng kau kena buat satu prosedur lengkap 5 MINIT! 5 MINIT OKAY! Kau bayangkan kalau prosedur tekanan darah yang kau kata simple tekan2 terus dapat. Ni nak cite. Bunyi loceng, kau masuk bagi salam semua. Takkan lah kau masuk terus hentam patient. Krik krik lah ia wei. Tetiba nak jadi hulk. Kau bagi salam, cakap nak ambil tekanan darah. Kau tengok alat jadi tak. Kalau kena pastikan nadi apa, kat mana, bukan nadi kat kaki kalau nak ambil kat tangan, ni kat tangan ni kalau kau ambik kat tangan. Rasa nadi. Pam. Kena dengar degup nadi. Bukan dengar lagu hindustan. Dah tu kau boleh berdebar dengar dengup jantung kau sendiri pulak, kira failed! Failed! Hah, nak pam nk dengar nk tengok meter. Penting tau. Kalau kau lebih 140/90 kau dh kira tekanan darah tinggi. Habis doktor bagi kau ubat darah tinggi. Sebab tu kena teliti. Teliti. Nak kemas barang lagi. Nak pandang muka pemeriksa lagi. Tengok-tengok bunyi loceng. Habis 5 minit. Tu kau kata simple. Kalau part bagi oksigen, cek tong oksigen, cek alat, tngok jenis mask yang mana sesuai, dudukkan patient, cuci hidung mulut, pakai mask semua. Tengok oksigen berapa liter nak guna untuk patient tu. Kalau terlebih oksigen kang, ada komplikasi lain. Yalah tu dalam praktikal guna patung ja. Kalau betul-betul punya orang, sempat ke nak tilik wayar, cek tong semua. Patient sesak nafas kot! Haaa. Sempat ke nak tanya "eh, pakcik sesak nafas ke?" Hemm.
Balik kelas ada sukan. Bersukan pulak untuk lifestyle. Malam pulak ada prep. Memang tiada masa kot! Stressss. Tapi sebab nak selamatkan nyawa orang lah kami kena belajar! Ni bukan nyawa anak itik, nyawa anak orang. Nak pakai pampers patient ada skill. Kalau fracture kau silap golek, patah riuk lagi sedara tu. Itu salah kau taknak belajar.

.

4) "Nurse gaji *** keatas. Melampau. Banyak sangat."

- Haah, kami  ni basuh berak kencing jea kan. Gaji kenalah seciput jea. Tapi kerana kerja kami kritikal, alhamdulillah berbaloi dengan gaji tu. Rasa dihargai.
Kami jaga pesakit lain. tapi bila part ibu bapa sakit, mustahil kami boleh rawat.  Kami ada gaji tapi kami nak shopping pun tak sempat. Korang tengok bertapa letih bertapa matangnya NURSE tapi tetap tersenyum. Korang tengok kami wat lex wat peace jea kalau tak balik raya. Tapi hakikat nak meraung atas gunung everest. Kami tak tunjuk. Kalau kami sakit, kami tetap mati jika tiba ajalnya kerana kami hanya perawat, bukan tuhan.

Kami tahan lasak.
Kami otak 800gb.
Kami tak kesah mulut joyah.
Kami sedia membantu.
Saham akhirat kami bertingkek-tingkek.
Kau tahu tak perasaan tu bila kau jaga patient kritikal tapi suatu ari kuasa tuhan dia boleh berdiri, berlari boleh balik, sihat! Lambai tangan kat kau ucap terima kasih! :-)
Kau  tahu tak perasaan bila kau jaga yang tak kritikal tp last2 kau perlu sediakan alatan mandikan dia sebab dia dah pergi selamanya.
KAU TAK TAHU JOYAH......hem..  :-(

#NURSEAWESOME!!

Sekian. Harap hadam :-)
(Admin : Cik Amirah)

No comments:

Post a Comment

Penat2 membaca, komen and publish aje :) Komen anda dihargai :3


 
Template FatinHazwani|Copyright and Edited Miss Fatyn