WHAT YOU GIVE,YOU GET BACK....(MORE)

Admin : Fitri


Assalamualaikum,

What you give,you get back (MORE).

Hang pernah dengar x quotes ni?
Meh abam translate kan ya.
Maksud dia,
apa yg kita beri,kita akan dapat balik malah lebih daripada apa yang kita pernah beri.

Mu pehe dok?

Hidup kita ni simple je RULES dia.
Apa yg kau bagi kau akan dapat balik.x kiralah BAIK ATAUPUN BURUK.

Abam faham awak2 semua ni dah hadam dan khatam dah rules ni cuma persoalannya:

1)kenapa ea,kita masih lagi nak salahkan orang lain or salahkan sekeliling kita sekiranya ada perkara yang x best berlaku kat kita?

2)kenapa ea kita susah nak refleks diri bila ada benda buruk berlaku kat kita?

Kenapa, kenapa dan kenapa  eaaa?

Boleh jadi,sebab kita x hayati maksud quotes tu sebaiknya.
Sebelum kita lakukan sesuatu,ingatlah,
Kalau kita asyik susah nak permudahkan urusan orang lain,
X perlulah nak marahkan keadaan sekeliling bila urusan kau x dipermudahkan.

Perkara yg paling conmon abam selalu perhatikan adalah:

1)kita nak orang datang awal bila kita yang anjurkan perjumpaan tapi bila orang lain yg anjurkan perjumpaan,kita sengaja lambat.org suruh datang pukul 8 pagi,hang pergi datang pukul 8.30 pagi lepas tu bagi alasan x munasabah,padahal mandi lambat.pebenda tu?hahahaha.bila org lambat datang perjumpaan yg kau organize,kau marah.ADIL KE MACAM TU?


2)kita nak orang senyap bila kita bercakap tapi bila orang lain bercakap kau sibuk nak bercakap macam kau presiden negara.bila orang lain bercakap masa kita bercakap kita marah tapi kau buat macam tu xpe pulak. ADIL KE?

3)kita nak allah makbulkan doa kita.minta macam2 dekat Allah tapi apa yang allah suruh,haram kau x buat.apa yg allah larang semua kau buat.make sense ke utk allah kabulkan semua permintaan kau?

AWAK..
Analogi paling simple mcm ni..
Awak xkan boleh tarik nafas kalau awak x hembuskan nafas terlebih dahulu.
Simple..

So,kalau perkara yang x kena berlaku kat diri kita,fikir semula.mesti ada perkara yg x best kita dah buat kat orang lain.mesti ada.cuma,awak perasan atau tidak sahaja.

TIPS:

*Biasakan diri untuk muhasabah diri,at least 5 minit lepas solat.setiap hari.fikir semula apa dosa yang kita dah buat.apa perkara x best yang dah berlaku kat kita?mesti ada kaitan dengan apa yg kita dah pernah lakukan sebelum ini.

*bila kita selalu muhasabah diri dan tahu bahawa setiap apa yg kita lakukan itu merupakan rentetan drpd apa yg kita pernah beri,kita x mudah rasa marah kat orang lain sebab kita tahu dulu,kita pun pernah buat macam tu jugak kat orang lain.

*banyakkan memberi dan bersedekah kpd orang lain.setiap hari walaupun sikit.kalau susah sangat,belanja kawan makan atau share apa sahaja makanan yang kita ada dengan orang lain.niatkan kerana Allah.ini jugak adalah rahsia,kenapa kita dipermudahkan jawab urusan dunia.

*permudahkan urusan orang lain.orang lain minta tolong,cepat2 tolong.x payah berkira.kalau kau susah,mesti kau nak org lain tolong kau,secepat mungkin kan? anggap org yg susah tu family kau supaya kau rasa betapa pentingnya utk  kau tolong depa.

*jumpa kucing,x payahlah nak marah seolah2 kucing tu punyai akal utk fikir mana baik,mana buruk.hulurkan sikit makanan tu.kalau kat haiwan pun kau nak marah,apalah guna akal yg kita ada tu.kucing xde akal kot.sebab tu la dia suka buat yg pelik2.bagi makanan kat dia.janganlah dibaginya kucing tu makan tulang.tercekik la dia.bagi yg terbaik yg kau boleh bagi.berkorban sikit je pun.in shaa allah,allah akan bagi lebih lagi dekat kau.

Ingatlah,ini juga dipanggil sebagai THE LAW OF RECIPROCAL.kau buat,kau dapat balik.

So,nak orang hormat kita,kita kena hormat orang dulu.
Kita nak orang cinta kita,kita cinta allah dahulu,then orang tu akan tiba dengan izin allah.
Paling penting,x payahlah nak marah2 atau nak salahkan sesiapa.kita pun penyumbang kpd masalah yang datang.

"BILA MASALAH DATANG,KITA SENYUM DAN SEBUT,ALHAMDULILLAH!! TERIMA KASIH YA ALLAH"

Kita ni bukan maksum yang bebas drpd dosa.kita ni manusia biasa yang penuh khilaf.so,usah berlagak macam kita ni berkepak penuh cahaya.
Usah berlagak seolah2 kita boleh berjalan atas air.
Rendahkan ego,banyakkan muhasabah diri dan cari hikmah disebalik masalah yang menimpa kita dan
Banyakkan berdoa.
Banyakkan istighfar.
Allah suka.

Alhamdulillah!!
Habis sudah.
Jangan percaya apa yang abam tulis.
Buat dulu,baru percaya.
Kongsikan ilmu ni dengan orang lain.
Sebarkan kebaikan ni kat org lain.
Abam tidur dulu ya.
Daaaaa
Salam permisi daripada abam PSYCHOFIT




No comments:

Post a Comment

Penat2 membaca, komen and publish aje :) Komen anda dihargai :3


 
Template FatinHazwani|Copyright and Edited Miss Fatyn