Admin : Fitri
Asalamualaikum ramadhan,
Aku seorang pelajar psikologi.Aku punyai impian yg sangat besar untuk dikecapi.setiap impian itu terkandung dalam setiap fasa hidupku.
Sebagai seorang pelajar,tipulah kalau aku tidak meletakkan target yang tinggi untuk gapai 4.0 flat bagi setiap semester.
Itulah yang aku niatkan setiap semester.
Niat sahaja tidak cukup sahabatku.
Dalam niat kita itu,tidak kiralah apa sahaja impian yang dihajati,yang penting:
1)kita nak 4.0 flat tu untuk apa?
2)niat tu baik atau jahat?
3)nak dapat 4.0 flat sebab nak menunjuk atau kerana allah?
4)kenapa kita nak 4.0 flat tu?
5)senaraikan 5 sebab yang spesifik kenapa kita nak 4.0 flat dekat atas kertas A4/lukisan
6)tulis semua subjek utk semester tersebut dan target markah yg kita nak.
Awak,nak tahu x?
* Lepas kita senaraikan semua tu,tampalkan dekat tempat kita belajar supaya senang nak tengok.
* setiap hari wajib baca dengan suara yang jelas sebelum tidur dan selepas tidur.baca semua target tu dengan gaya kita nak berdoa.minta pada allah. Lepas kita nyatakan semua target setiap subjek,katakan kepada diri kita seperti ini:
"Alhamdulillah,terima kasih ya allah kerana telah memberikan aku anugerah 4.0 flat untuk semester kali ini.terima kasih allah sebab berikan A utk subjek bla........(nyatakan semua subjek).alhamdulillah,terima kasih ya allah".
Nak tahu kenapa cara macam ni aku syorkan kpd you alls?
sebab dalam diri kita,ada minda yang dipanggil sebagai subconscious mind.minda ni merupakan minda separa sedar.biasanya,minda ni yg akan mempengaruhi kita utk lakukan apa2 tindakan.signal yg badan kita dapat,kita x sedar pun.
Sebab tu,tujuan kita cakap macam tu pada diri bertujuan untuk reset subconscious mind kita.bila apa yg kita cakap pada diri tu sudah tertanam dalam subconscious mind.apa saja tindakan yg kita buat lepas ni dah terarah menuju impian kita tu sebab kita dah ada peta.
Sebab tu,kita kenalah cakap yg baik2,fikir yang baik2,rasa yang baik2,sebut yang baik2 dan buat yang baik2 sebab itu semua doa tauu.tau x ni?kalau x tahu,nahhh,abam bagitahu.lepas ni buat naaa.
Allah suka kita meminta dan berdoa padanya.letakkan kebergantungan tu pada allah.berdoa agar kita ikhlas dalam belajar.always yakin dengan Allah.
Setiap hari baca target tu,pejam mata dan bayangkan,awak sedang duduk peperiksaan,jawab setiap subjek tu dgn senyuman dan keluar dgn senyuman sebab soalan senang sgt.bayangkan jugak beberapa minggu lepas tu,keputusan keluar dan awak dapat 4.0 flat.awak menangis kegembiraan.awak peluk kawan awak.bayangkan detik2 tu secara terperinci mcm kita tengok drama.
Nak tahu kenapa ?
Sebab minda kita akan hantar signal kpd tubuh tentang visual yg ada dalam minda kita utk menzahirkan tindakan.sebab tu,bayangan awak tu kena jelas supaya minda kita hantar mesej yang jelas kepada tubuh dan akhirnya apa yang kita nak tu boleh tercapai dengan izin Allah.
Jangan percaya apa yang abamm bagitahu tauu.
Buat dulu!!dah nampak hasil yg awak nak,baru percayakan abamm.
"BOLEH KE BOLEH?"
Ingat ni:
"Apa yg kita cakap,apa yg kita rasa,apa yg kita fikir,apa yang kita buat,semuanya doa.rasa yg baik2,fikir yg baik2,sebut yg baik2 dan buat yg baik2.in shaa allah,yang baik2 sahaja yang akan datang"
Sekian,
Ikhlas daripada abaam PSYCHOFIT,
SALAM PERMISI...





No comments:
Post a Comment
Penat2 membaca, komen and publish aje :) Komen anda dihargai :3