Part 2 Aku & Patient - "PSY(Psycology)"

Assalamualaikum
Okay, aku takda gambar patient PSY sebab dalam wad aku tak boleh amik gambar sesuka hati riang ria raya. So, yang tudung hitam di atas adalah seseorang yang suka cari pasal dengan patient PSY. Nampak tak muka, "Kau pehal?". Haa, jangan main-main. Sekali kena ketuk dek senduk, kang tak pasal jadi ketuk-ketuk romadhonnnnn. Alhamdulillah!

Okay masa aku praktikal di wad. Aku jumpa 3 orang patient PSY yang bahagia dan mempunyai pelbagai ragam. Moh le aku cerita satu persatu yo.

Patient "PSY" - cerita 1 : Pelajar pintar

Tepat 1.30 pm. Pertukaran shift pukul 2pm. Seperti biasa kena masuk kerja awal sebelum masa sebab kena sesuaikan diri dengan patient baru yang keluar masuk dan of course kena pass report. Kalau tak ambil report macamna aku nak jaga patient sebab aku tak tahu patient sakit apa, under apa, perlu buat apa and so on.

Sambil jalan-jalan tengok-tengok patient, tiba-tiba aku dengar jerit-jerit di kaunter staff nurse. Kecoh. Apa kes? Ada patient kritikal ke? Ah, sudah.

Toink, toink, toink, aku nampak satu lembaga melompat-lompat bahagia. Kejap lari kejap lompat. Wah, bahagia sungguh riak wajahnya. Dari belakang aku nampak guard and staff nurse berlari berkejaran seindah bunga ditaman mengejar si toink toink tadi.

Hasil penat lelah akhirnya, toink toink tadi dapat di tumpaskan. Maka berjayalah dibawa ke katilnya semula.

Aku? Masih berdiri disitu bak tiang api. Tidak memahami apa yang berlaku. Nampaknya sel-sel otak tidak dapat berhubung. Uish, berat nanang.

"Dik, kau kerja petang eh. Kau jaga kubikel ni ke? (Dalam satu kubikel ada 6,7 katil patient). " tanya seorang staff nurse yang tiba-tiba berada depan aku. Hah, ni staff nurse tadi yang berlari berkejaran. Berpeluh-peluh.

"Ha'ah staff nurse" Aku mengangguk. Kalut.

"Nanti lepas ambil report,awak tolong perhatikan juga patient bed ** sebab dia under PSY. Tadi dia dah lari dari wad." Staff nurse berpesan.

Aku pun, krik krik krik krik. PSY? Lari wad? Aku tengok diri aku, aku tengok patient tu. Aku tengok diri aku, aku tengok patient tu. Toink, toink? Lari wad? Aku ulang arahan dalam hati. Kemudian blur. Sel-sel otak tidak dapat berhubung lagi sekali. Wah, ni first time aku kena jaga patient PSY ni. Mampu ke aku yang cekeding jaga patient PSY. haha. Kang aku kena lambung macam bola kang. Toink toink jugak. Okay, relax fatin. Relax.. positif kan diri. Tak semua PSY berbahaya.

Selepas selesai beberapa kerja aku, aku ambil masa sebentar untuk meyelami hati dia. Dia pandang aku. Pandangannya redup. Kuyu. Mata berkaca. Aduh, aku pun dah start nak berdrama. Nak menitis air mata, nak meleleh hingus aku ni. Slurppp!

"Tolonglah. Buka.. Saya janji. Saya janji tak buat lagi." Rayunya.

Ya, tangan, kaki dan badannya diikat longgar dengan tali. Mengapa? Dia juga manusia. Kenapa perlu diikat? Dia PSY kot. Tak tahu apa-apa. Lagi kita menekan, lagi dia tertekan!

Tidak semena. Aku juga berbelah bahagi. Aku pujuk hati.
Ya, Staff nurse tidak bodoh. Staff nurse juga manusia. Ada akal, ada hati. kalau dilayan seperti binatang, mesti tali dijerut ketat. Tapi ini longgar. Kalau staff nurse bersifat kejam pasti dipukul diherdik. Tapi dari tadi, tak pernah aku lihat mereka melakukan semua itu.

Aku lihat dia nangis.

"Adik. Ni ha, saya dah cuba bukak. Ketat. Tengok ni tengok ni." Aku cuba pujuk dia. Tangan aku sibuk membuka ikatan dan menarik ikatan menjadi kemas semula. Lama aku ambil masa berbuat begitu. Lama aku berfikir. Supaya aku dapat pujuk hati, pujuk dia.

"Tolong kak..." nangis.

Aku diam. Dalam merenung, aku tak sedar. Satu persatu, tangan membuka ikatan. Allah. Insan ini perlukan sokongan. Hem.

"Dia dah 11 tahun jadi macamni dik. Makcik pun tak sangka..doktor cakap semua wayar otak dah terputus(bahasa kampung)" Aku berpaling dari arah suara yang datang.

Oh makcik. Redup pandangan seorang ibu. Aku memilih untuk diam. Membiarkan kata-kata diluahkan. Aku senyum dalam tenang.

"Dulu, dia anak yang pandai. Tiga kali berturut-turut dia pegang pelajar cemerlang. Suatu hari, dia kurung diri dalam bilik. Tak bergaul. Kemurungan..." si ibu senyum dalam duka.

Aku pegang tangan si ibu. Mengharapkan semangat mengalir kedalam dirinya. Sungguh, aku mengerti kepayahan dan kedukaan itu kerana aku pernah merasa.

Aku meminta diri seketika.
Termenung. Jauh. Lama.

"Kak, nah!" Eh.. toink,toink! Dia menyapa aku dari belakang. Dihulurkan sesuatu. Wah, dah segak. Dah dapat balik rumah. Toink toink senyum simpul.

Aku ambil.

Seutas tali yang aku buka tadi. Eh? Maksudnya? Tolong simpan ek? Atau, saya dah boleh balik. Saya tak perlukan ini lagi. Atau, terima kasih? Atau kirim salam staff nurse yang ikat?

Haha.

Aku pula yang confius. Dalam hati rasa serba salah kot. Ntah kenapa. Rasa bersalah kemaskan ikatan masa tu sebelum aku buka. Huuu, haru. Aku pula gerimis mengundang.

Apa-apalah dik. Asalkan adik boleh balik. Berbahagialah.

Sambung cerita patient kedua nanti.....

No comments:

Post a Comment

Penat2 membaca, komen and publish aje :) Komen anda dihargai :3


 
Template FatinHazwani|Copyright and Edited Miss Fatyn