Makeup Red Lips Korean Style

Assalamualaikum hye ladies.

Harini topic , MAKEUP RED LIPS KOREAN STYLE, bukan JEMAH STYLE okay. Korean style. So kalau korean style mesti lah makeup yang simple and fresh semestinya kalau pandang dekat tak nampak pun bedak 4 layers and eyeshadow warna warni hari raya aidifitri. 

Okeh, part aidilfitri semua kita cakap kemudian hari. Hari ni kengkawan kita cerita pasal lips jea. Korean punya lipstick style biasa warna nude and kalau merah macam red carpet tu diorang sapu ala ala jea. See gambar diatas. Simple. Letak sikit lipstick merah mak ngah di tengah bibir sapu rata jea dengan jari. Siap. Lipstik pun jimat setahun satu batang kecuali anak-anak buat main pengantin-pengantin bersama kawan-kawannya sebagai pelakon tambahan yang jadi pengapit dan suami jadian. Hahaha

Okay, mana nak dapat lipstick yang murah, menyerlah, cantik dan tahan lama? So,aku suggest.
Silky girl moisture boast lipstick balm-Ruby code 03. Boleh didapati di watson, guardian.

Yang ni memang aku suggest betul. Colour merah macam cili padi. Merah menyala. Sebab tu lah aku beli yang merah menyala ni just pakai untuk style korea jea walaupun aku kpop melayu. Kalau aku sapu banyak-banyak, aku sendiri pun takut tengok muka aku. Hahaha. Kalau pergi kenduri kawin, elok pakai lipstick merah ni dengan baju kebaya. Memang kau lah ratu kebaya kampung. Oh ya satu lagi, elok masa tengahari kau takpayah lah pakai merah menyala cenggini, sebab aku takot orang lalu lalang silau tengok mulut kau. Haha. So aku suggest boleh kau nak pakai tapi pakai STYLE KOREA.  Lipstick ni beri effect moist and warnanya pekat. Masa nak pakai tu, berhati-hatilah dijalan raya. Nanti kang terbabas masuk hidung.

Oh ya kalau kau rasa bibir kau kering and taknak nampak merah sangat, korang sapu lip balm ni dulu yo. 

 Ni lah lipbalm terbaik di abad ini. Setakat ni aku dah repeat beli 5 batang. This is amazinggg! Aku kalau pucat macam hantu kak limah taknak balik umah, aku sapu ni ajo. Duk rumah pun sapu. Nak makan pun sapu. Nak menyapu daun kering luar umah pun sapu. Haha. Harga RM12 tahan 5-6 bulan jugak lah. Tengok bibir kau besar bas ke besar tempayan. Kalau besar semut tahan lah 60 bulan lamanya. Warnya pink cenggitu. Beli lah yo. 

Setakat ni jelah joyah kongsi harini. Lain.kali joyah akan up gambar joyah makeup SMOKEY EYES WITH RED LIP. Okay sekian.


No comments:

Post a Comment

Penat2 membaca, komen and publish aje :) Komen anda dihargai :3


 
Template FatinHazwani|Copyright and Edited Miss Fatyn