Pengalaman, Bukan Sahaja Untuk Yang Berusia

Assalamualaikum,

Pengalaman.
Kalau bercerita tentang pengalaman, mesti pakcik2, makcik2, atau orang yang pangkat veteran cikit akan cakap

"Aku lebih banyak pengalaman dari kau." 

"Aku banyak makan garam daripada kau."

Jangan pulak kita bertanya, "Masin tak pakcik? Mana masin dengan telan peluh pakcik?" Alkisahnya, maka selepas itu  kita akan dapat sedas dua penendang tanpa dipinta. Cuba try.


Pengalaman ni bagi aku, bukan sahaja orang yg berusia jea ada pngalaman. Kita yg budak masih mentah, umur stahun jagung ni pn juga ada pengalaman masing2. Dugaan yang kita lalui adalah salah satu pengalaman yg boleh mendewasakan kita.

 Kadang2 kita jumpa seorang BUDAK tapi cara cakap, gayanya matang. Tak macam budak. Rupanya bila kita kenal lama kita dapat tahu, dia ni seorang yang tabah, membesar seorang diri, dan serba tahu. Kita tnya A dia jawab A hingga Z. Kita suruh budak tu membaiki motor zaman 80an kita, dia boleh baiki motor jadi zaman 2060. Asal motor tu zaman pop yeyeh. Dah jadi roket soyuz cap afrika selatan. Haa, hebat x?

Mana budak tu tahu? Alah, budak jea pn. Tapi! Sb dia hidup sorang diri, dia perlu kuat, perlu tabah, perlu tahu segalanya, supaya dia dapat hidup tanpa menyusahkan orang, supaya dia menjadi orang yang berguna, supaya dia rasa, aku boleh hidup, dugaan yang allah berikan adalah suatu benda yang buatkan aku kuat dan buatkan aku lbh dewasa! Pengalaman mengajar aku lebih dewasa dan berfikiran matang.

So, fikir2kan. Tubuh yg kecil x semestinya tiada pengalaman. Dan setiap orang ada pengalaman masing2. Tubuh yang kecil tak bermakna dia tiada dugaan. Dugaan itu yang menjadikan kita lebih berpengalaman, lebih berpengetahuan dan lebih dewasa.

lihat anak kecil ini. anak kecil ini sudah cukup matang untuk hidup. Dugaan yang diberikan adalah pengalaman untuk dia lebih kuat :') Allah bersamaMu. Jangan pernah mengalah.

Setiap dugaan adalah satu pengalaman untuk kita mengenali siapa diri kita.

No comments:

Post a Comment

Penat2 membaca, komen and publish aje :) Komen anda dihargai :3


 
Template FatinHazwani|Copyright and Edited Miss Fatyn