ENTRY INI 360 PATAH PERKATAAN. HARAP BERSABAR DAN HABISKAN BACAAN SUPAYA SEL-SEL OTAK TERUS BERKEMBANG.
Banjir besar yang dikenali sebagai "bah merah(banjir merah)" pada tahun 1967an pernah terjadi di kelantan. Selepas berpuluh2 tahun pantai timur tak banjir besar, kalini Allah uji pula dengan air banjir besar yang berkali ganda. Boleh dikatakan seluruh kelantan ditenggelami banjir kecuali kawasan pasir puteh dan bachok. Pasir puteh n bachok naik jgak air tapi tidak lah lama dan teruk seperti kawasan2 lain. Aku bersyukur aku dilahirkan di kawasan pasir puteh. Kalaulah aku ditempat mereka, ya allah, aku tidak tahu adakah aku mampu menjadi setabah dan sekuat mereka.
Apabila syarikat tempat aku kerja menjalankan aktiviti bantuan mangsa banjir ni, buat pertama kali aku dapat menziarah tempat2 yang terkena banjir. Aku rasa ya allah, aku sangat bertuah dipilih untuk join. Macam2 perasaan masa tu. Tak boleh nak gambarkan. Malam sebelum aku pergi ziarah, aku dah siap2 gosok baju, lpas solat isyak jea aku terus tido supaya keesokan hari aku lebih cergas n tak mengantok. Bertapa eksitednya aku tau. Eksited sb nak pergi tengok diorang. Nak pergi rasa macamna keadaan nya. Nak pergi tengok adakah benar banjir besar yang di war2 kan dalam media massa yang tak berapa nak betul. Hihi. Masa aku pergi tu, air baru jea 3 hari surut. Aku pergi 3 orang perempuan, 2 lelaki menaiki triton. Dan ada lagi kereta kembara dan hilux yang bersama2 kami. Setiap perjalanan cukup menginsafkan. Debaran kian terasa. Bibir memuji kebesaranNya.
Perjalanan kami menuju ke kawasan Kuala Krai, Pehi, Guchil,Dabong dan kawasan2 yang berhampiran. Kami bersama seorang pakcik yang banyak pengalaman. Dah banyak tempat dia jelajah. So, kami ikut jea kemana pakcik ni nak bawak. Katanya nak masuk kawasan pendalaman. Kat tepi2 jalan dah ramai yang dapat bantuan. Sebab masa tu dah tiga hari air surut, jadi bantuan dah banyak sampai. So, target kami kawasan pendalaman.Sepanjang perjalanan, jalan jam. Jam disebabkan ramai sangat kenderaan besar yang datang nak bagi bantuan. Subahanallah, rupanya bukan kami sahaja. Ramai lagi yang datang dari jauh. Yang paling best, bila jalan jam jea, ada sebuah kenderaan ni buat isyarat suruh pasang hazard(lampu kecemasan) bagi kenderaan yang nak bagi bantuan. Kitaorang ikut jea atas rasa percaya. Padahal kitaorang tak kenal pun diorang. secara automatik, kitaorang jadi geng. Jadi, kitaorg ramai2 ikut jea kenderaan tu. Buat lalu lintas sendiri. Polis trafik pun tak dapat buat apa. Diorang macam biarkan jea. Haha. Best rupanya ada geng ni. Niat kami sama. Nak tolong mangsa banjir. Kalau boleh nak cepatkan lagi perjalanan sebab masa tu dah tengahari. Kalau kita ditempat mangsa-mangsa, mesti masa ni perut buat lagu sendiri. Mintak diisi makanan. Kita boleh jea dapat nasi. Tapi diorang berbekalkan roti, biskut yang ada. Kita ni orang melayu okay. Perut melayu. Kalau tak dapat nasi, macamana nak tenang?
Lagi2 diorang, malam2 tido dalam kesejukkan. Tiada bantal, tilam empuk. Tido pun tido2 ayam. Tido yang masih dalam keadaan trauma. Asyik terbayang air deras yang datang sekelip mata. Berjaga dalam keadaan gelap gelita. Baju basah macam tu jea. Baju yang sama. Tinggal di tempat yang berbau selut. Asalkan ada tempat nak tido walaupun beralaskan tanah. Korang tahu jelah. Dengan keadaan elektrik yang tiada, tido atas rumput macam tu, tanah yang lembab, keadaan mereka tak selamat. Tidak selamat dari serangga2 dan binatang yang merayap. Ya allah, aku tak dapat bayangkan. Rumah tiada. Hanya tido atas rumput, mencari tempat yang baik sedikit. Station bas pun jadi. Asalkan ada khemah pun takpe. Ini bukan sehari dua hari. Bagaimanakah mereka? Korang boleh jea cakap " kenapa tak tinggal jea kat tempat mangsa banjir?" Kalau aku sendiri pun, aku rela turun tengok rumah aku lepas sekian lama aku tinggalkan. Walaupun aku tahu, last aku tinggal tu, rumah aku pasti aku hancur. Dengan keadaan yang yang semakin naik. Walupun aku tahu, kalau aku pergi tengok pun, rumah aku hanya tinggal tapak sahaja. Tapi disebabkan kenangan. Kenangan keluarga. Yang lebih bermakna. Sekurang2nya, aku selamatkanlah gambar2 keluarga yang masih bersisa. Ehm.
Yang paling2 aku rasa kecikkkk jea diri aku dan BESARNYA KEKUASAAN ALLAH SWT ialah masa aku tengok sungai. Luasnya sungai ya allah. Bayangkan seluas2 sungai kelantan tu, tapi air tetap naik and sama dengan sekolah 4 tingkat. Padahal kami dah atas bukit. Atas bukit. Boleh tenggelam?? Allahuakhbar. Kalu korang tengok sungai tu, serta merta korang akan rasa gerun. Korang boleh bayangkan, dengan airnya yang warna tanah liat, dengan dalam lagi, pokok2 sebelah sungai semua rapat ke tanah. Pokok sama colour ja. Warna tanah. Subhanallah. Allah. Masa kenderaan kami jam atas jambatan, masa tu lah aku rasa macam jantung aku kat kaki. Nak terkencing pun ada. Takut ya allah. Kalaulah takdir kami mati tenggelam. Kalaulah ditakdirkan jambatan tu runtuh? Lagipun setinggi2 jambatan tu pun boleh tengok paras air yang tenggelam sebelum ni melbihi jambatan tu., hemm..
sebenarnya ada lagi yang luas daripada ini.
Masa tu dah tenghari, kenderaan kami bergerak pantas. Walupun sekali sekala jalan jam. Tapi aku rasa allah permudahkan perjalanan kami. Mudah jea. Tiada halangan. Walaupun jalan 2 line dah jadi 3 line, tapi jarang yang jadi kemalangan bagi pihak kami yang bawa bantuan pada masa tu. Hari lain walaupun ada, tapi masa aku pergi tu, takda kemalngan bagi kenderaan yang nak bagi bantuan kecuali kenderaan2 kecil yang mahu ke kuala lumpur. Kemudian, masa kami tengah jalan tu, ada bebrapa keluarga yang lambaikan tangan suruh berhenti. Jadi kami berhenti lah kat sesetngah tempat hulurkan apa yang kami ada.
Dan salah satu tempat tu adalah rumah ini. Rumah ini tepi sungai. Hanya tinggal rangka sahaja. Masa tu diorang tengah makan nasi. Kak tu cakap "Maaflah tak perlawa makan nasi ". Kesian plak. Kita plak cakap, xpe2. Rasa bersalah plak. Um.. Pastu boleh tengok,Sebelah rumahnya dah turun dalam cerun sungai.
Kalau dari kuala krai dan ke atas, boleh tengok rumah2 yang sebelah sungai semuanya tak dapat
diselamatkan.



Boleh bayang masa tu tenggelam n dengan arus yang kuat. Masa aku pergi tu, dah nampak orang kemas2 rumah. Dah sidai2 baju and sofa. Tapi kedaan rumah memang menyedihkan. Kalau orang dewasa aku boleh tahan lagi. Tapi anak2 kecil. Baby? Ehm. Kalau krna kat kita, apa kita rasa? Mampukah kita bertahan?
diselamatkan.



Boleh bayang masa tu tenggelam n dengan arus yang kuat. Masa aku pergi tu, dah nampak orang kemas2 rumah. Dah sidai2 baju and sofa. Tapi kedaan rumah memang menyedihkan. Kalau orang dewasa aku boleh tahan lagi. Tapi anak2 kecil. Baby? Ehm. Kalau krna kat kita, apa kita rasa? Mampukah kita bertahan?
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. maka ia terus terjadi.(Yassin : 82)
Anas bin Malik R.a berkata bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
Apabila Allah mengasihi dan menyayangi pada seorang hamba maka dikenakan kepada hambanya sesuatu bala”,
Maka apabila hamba itu berdoa mohon pertolongan kepada Allah, maka berkatalah Malaikat: suara itu sudah terkenal! (selalu didengari oleh para malaikat akan rintihannya)
Dan berkata Jibril A.S : Ya Allah , Hamba mu si fulan (sesiapa) itu, bermohon padaMu, makbulkanlah hajatnya.
Jawab Allah: Biarkan dulu , Aku suka mendengar rintihan suaranya.
Maka apabila hamba berkata: ……Ya Rabbi..
Maka Allah menjawab : Labbaika HambaKu ( selamat datang hambaKu),tiada engkau berdoa melainkan Aku sambut,dan tiada engkau minta sesuatu melainkan pasti Aku berikan , Adakalanya Aku segerakan untuk mu , atau aku simpan untukmu yang lebih baik bagimu, Atau aku tolak permohonanmu bagi mengelakkan bala yang lebih besar akibat keinginanmu itu.
Firman Allah:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah :216)



Kemudian, kami sampai d rumah penghulu tu. Aku ni bukan jenis taknak percaya pada seseorang yang berpangkat tapi.... Aku kalau boleh nak bg guna tanggan sendiri. Zaman skang korang taulah. Politik. Nak bg bantuan pn nak politik. Tapii, xpelah. Lagipun pnghulu tu dah bg taklimat ringkas n kitaorang percayakan dia. Kitaorang serahkan pada allah. Allah lebih tahu niat manusia. Menurut pnghulu tu, ada rumah atas bukit kena banjir. Hanya 10 buah rumah sahja yang selamat. Yang lain lupus. Allah. Ok. Kitaorang serahkan pada penghulu. Kitaorang percaya.
Kemudian. Dalm perjalanan balik kitaorang singgah n bg yang lebih kat rumah tepi2 jalan. Sempatlah snap bebrapa gambar. Aku pn x larat dah nak membebl ni. Korang pn malas jgak nak baca kan? Hahaha. Sooo, tengok gambar okay? Korang nak rasa pengalaman tolong diorang? Datanglah!
Ni bandar.
Rumah ni masuk dokumentari majalah tiga 5/1/2015
ini dalam bandar. Dah ramai dapat bantuan.
Buat masa sekarang, bantuan sabun, tikar, dapur gas, beras dan something macam kita bagi untuk org yang baru berkahwin amatlah diperlukan. Faham kn? Colgate ke, berus gigi, bantal, selimut dll. Sb skang dorang dah naik umah n cuci umah. wasalm :)







Allahu, kalau lah dapat ikut serta bestnyaaa
ReplyDeleteNext time nad dh kwin, bawak cik abg okey. Hahaha
DeleteAllahu akbar, menangis sy tengok gmbar2 ni.. hebat ujian Allah bg pd diaorang. Sayang snguh Allah pd diaorang, mesti tinggi benar darjat diaorng Allah nak angkat kan. sama2 kita jadikan iktibar. syabas kt fatyn seb berjaya pergi bg bantuan =)
ReplyDeletezinziemeewah
Alhamdulillah allah hantar sy untuk mrasai jga apa yg mereka rasakan. Hnya itu yg mampu sy lakukan. Thnks awak :)
Deletealhamdulillah.. tugas yg sukar utk kita tempuhi apa lg insan2 yg sedang mghadapi ujian tu.. anyway, semoga allah merahmati kita semua..
ReplyDeleteinsyaallah ;) berat mata melihat berat lagi bahu yg memikul.
Delete