Al-Kisah Moyang Berpesan Apabila Memakai Kasut

Assalamualaikum kengkawan...

Kenapa tajuk aku bagi lebih kepada moyang berpesan? Bukan belia ke, ayah ke, pakwe ke, hello kitty ke yang berpesan? Knapa moyang jugak yang aku letak? Tak rock lahh.. Bak kata bebudak gangster. 

Sebabnya.. Pangkat veteran ni lah yang lebih banyak belajar petua2 dunia dan pangkat veteran ni lah yang suka sangat bagi pesanan yang membangunkan. Kadang2 apa yang ditegur, apa yang dikata memang menjadi. Jadi tak rock jugak kalau aku letak tajuk, alkisah pakwe berpesan apabila memakai kasut. Sebab pakwe2 sekarang dah generasi ke patpuloh ratus ribu juta keturunan dah. Dah tak dengar pesanan and tak percaya petua2 dunia nih. Yang dipercaya ialah fulus masyuk(duit masuk) and boleh hidup. Hahaha. Betul ke? Statment panas nih.

Pernah dengar tak..

Contoh " jangan nyanyi kat dapur. Nanti dapat laki tua.." Kalau zaman dulu orang tua pesan sebenarnya bukan itu yang dimaksudkan. Itu hanya kiasan. Sape nak laki tua krepot kan? Dah la krepot, pegang cikit laki korang dah mengaduh nak berderai tulang. Haha. Jahatnya aku. Haha. Tapi itu kenyataan. Apa yang dipesan sebenarnya tak manis lah kita nyanyi2 kat dapur ni. Muzik2 ni kan syaitan. Lagi2 kita pompuan. Nak melalak guna mikrofon sambil masak. Memang tak lah kan. Zaman dlu memang takda la bunyi radio ke apa kat dapur kan. Yang dorang tahu fokus pada masakan. That's why lah masakan orang tua zaman dulu2 sedap, enak. Kan? Setuju tak? Sebab fokus punya pasal. Haha. Tu pendapat aku le. Zaman sekarang ni memang nak laki tua kan? err..

"Jangan duduk atas bantal nanti naik bisul.."

"Jangan tukar2 tempat masa makan, nanti kawin ramai.." 
Pernah dengar kan?

Harini aku nak cerita petua pasal kasut! Alkisahnya aku beli kasut. 

Ini bukan kasut aku. Kasut anak makcik google. Berkenan tengok kitty. 

Kemudian tak sempat habis sehari aku pakai, kaki aku dah melecet kawasan belakang. Ni bukan kes ketat ke apa. Memang saiz aku. Biasanya memang berlaku pada manusia yg baru beli kasut. Manusia lah kan. Bukan ayam ke apa yang pkai kasut. Kenapa aku hari ni banyak cakap sangat. Ok. Biasa bila beli kasut baru, tulah problem yang pertama. akan melecet. Mybe kasut tak berkembang lagi lah kan. Sekarang ni kaki aku bertampalkan stapler(eh?) Bertampalkan cosmoplast. Get well soon kaki!

aku dengar makcik pejabat aku cakap. 
" orang tua2 cakap,masa kita nak pakai kasut baru, sebelum kasut tu gigit kita. Baik kita gigit dia dulu.."

Dengan muka blur aku tanya balik.

" gigit macamana tu kak tun?" Sebab masa tu dalam otak aku yang tak berjalan ni terbayangkan sedang gigit kasut menggunakan gigi2 kapak, gigi rabbit, gigi graham yang dalam mulut.

" syarat jea. Guna kuku. Tekan kasut tu.. Penyek2 dia. Rengang2 kan ok.."

Ooo... Begitu rupanya gigit kasut ni...

Pasni bukan setakat gigit. aku nak cakar, nak tumbuk, nak blander bia kasut tu tak gigit aku lagi. Hewww, pueh hati.


4 comments:

  1. Hakak dulu xcaya.sekali beli pastu pakai terus rasa sakit. Pastu smpi skrg klu pakai sakit. Hakak beli plak kasut baru. First time pakai rasa sakit then hakak gigit kasut terus bole pakai dgn sng. Gituh

    ReplyDelete
  2. ooo mcm tu ke gigit kasut.. memg selalu dgr org kata kena gigit dlu kasut baru spaya dia xgigit kita tp xde pla org bgtau cara gigit. lg satu sb tgk kwn saya buat dia gigit guna gigi...haha.. ok. now dh tahu cara gigit yg betulll... thank you =)

    zinziemeewah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setengah org dia x tekan2. Ada yg renggang2kan kasut tu guna tangan. Spya jadik besar cikit. Hehe.

      Delete

Penat2 membaca, komen and publish aje :) Komen anda dihargai :3


 
Template FatinHazwani|Copyright and Edited Miss Fatyn