Hadiah Kerana Aku Bertahan

Assalamualaikum

Haaa, korang tahu kan dulu minah ni tak suka nursing kan.
Punya lah dia struggle gila bertahan sampai dah jadi senior kechik pun sekarang. Lagi 6 bulan dia dah nak jadi Staff nurse. Dulu gedik menangis semua kena masuk nursing, sekarang, dia lah hakak misi paling sado kat kolej tu. Senior paling degil, paling malas buat kerja sekolah,paling suka buli orang and tak serius study. Sampai kawan-kawan cakap "Sedor lah tin, nak exam dah ni". Aku, ha ha ha. aku ketawaaaa.
Alhamdulillah.
Impian dia satu ja, nak family dia happy. Nak jaga family dia macamna family dia jaga dia sampai sekarang. Dia bertahan pun sebab doa family dia. Baru sekarang dia tahu sebenarnya kalau ikut kehendak family, redha,mesti boleh tempuhi. Semua benda jadi smooth ja. Serius. Sebab redha family. Dah berjaya pun buktikan. huhu

Sem satu minah ni tak minat nursing. Pointer dia ala kadar jea. Masuk sem dua dah redha sikit. Makin naik sem makin bagus. Ni pun minah tu kena cabar dekat puan sebab buat hal kat wad. Puan cabar untuk naik pentas jadi dekan, amik sijil cemerlang. Haha. Korang tau apa minah tu buat? Dia ajar budak sem 1, sem 1 kot main cocok-cocok patient dalam wad. Mana dorang boleh buat lagi. Hahahaha.

Last-last kena. Masa tu jugak lah puan datang sport check. Aku punyalah cari port baik punya nak ajar. Haaha. Bukan darah pun. Cek gula ja. Guna jarum kecik tu. Adoyai.

Kena buat surat, saya minta maaf janji tak buat lagi. Bla bla bla. hahaha
Alhamdulillah sekarang minah ni dah redha. Paling suka kerjaya ni. Banyak cabaran, banyak pengalaman. Terlalu banyak. Pergi dengan kematian, pergi dengan kesembuhan. Macam-macam terjadi. Ini lah saham aku di akhirat. Aku bersyukur.

Sikit lagi nak habis. yeay!



No comments:

Post a Comment

Penat2 membaca, komen and publish aje :) Komen anda dihargai :3


 
Template FatinHazwani|Copyright and Edited Miss Fatyn