Pada 19 Ogos 2017, Malaysia kita telah mencipta rekod dunia dalam "Longest Chain Of People Clasping Wrist" dengan gabungan tangan seramai 8000 orang yang bertempat di stadium sukan paroi,dan gunung angsi, nogori sembilan. Bukan mudah oi nak pegang tangan atas gunung sana. Huhu
Malaysia telah mengalahkan pakistan yang sebelum ni mencipta rekod tersebut dengan gabungan pegangan tangan seramai 2000+ orang. Taniah-taniah!
Aku dengan rasa bangga nya dan bersyukur sangat dapat join aktiviti ini and nama aku turut tersenarai dalam 8000 orang tersebut. Alhamdulillah.
Kami jururawat pelatih kuala pilah ni tersenarai untuk join aktiviti ni. Berebut-rebut nak ambik borang tau. Yealah siapa tak nak join kan? Word books of record kot. Teruja betul. Kena panjat gunung angsi lagi. perghh. Mencabar.
Tapi.
Kes borang pun boleh bawak gaduh oi. hmm. Aku dah dapat borang tu. Last-last aku serah lah borang pada mereka yang nak sangat cari pasal tu. Dalam hati cakap, allah, takda rezeki aku. betul-betul aku redha masatu. Memang sedih, serius-serius.
Nak dijadikan cerita, seminggu sebelum tarikh penyertaan, aku dapat gantian dari puan. Allah, betul lah rezeki tu rahsia allah. Allah dah tetapkan kalau dah rezeki aku, lambat atau cepat mesti aku dapat. Cuma ujian yang allah bagi tu dia nak tengok hati aku macamana. Orang sabar, allah sayang, allah bagi apa yang betul kita nak. Allah.
Akhirnyaaaa! Aku disana. Hihi
Kitaorang bergerak satu kumpulan, nanti akan masuk satu lorong, beratur ramai-ramai, berjalan mengikut lorong yang ditetapkan. Kami dapat satu topi, satu tag number dan satu keychain. heh heh. Yang menyertai aktiviti ni, seluruh negeri tau. seluruh malaysia. Haaa. Masa ni macam-macam orang kau boleh berkenalan.
Masa ni tengah susun and buat latihan Longest Chain Of People Clasping Wrist. Sambil cari kedudukan pegang tangan dalam dewan.
Ramainya manusiaaa. Huuuu
Okay dah boleh santai-santai sebelum tunggu masanya.
Bila dah tiba masanya, punyalah berdebar tak hengat dunia. Book of record kot. Semua kena bangun, pegang tangan. Masa pegang tangan tu, tuhan ja yang tahu rasa lenguh, rasa mengeletar, tapi kena pegang genggaman 1.30 saat. Hahaha.
Masa kami cipta rekod pegang tangan ni tak boleh ambil gambar. Tak dapat nak tunjuk. Tapi alhamdulillah kami berjaya cipta rekod Longest Chain Of People Clasping Wrist. Tanpa lepaskan tangan tau! yeay!
Dah habis dah. Muka happy. Ada seri lagi. Makeup still mantain lagi. Tapi tak sedor kejap lagi ada yang menanti. Hahaha
Group aku. Baju pink tu marshall. Ketua group yang akan handle kami. bukan hendal belak ya. haha.
Dah happy-happy, kena naik bas pergi daki gunung angsi pulak. haha
Kami yang tak berapa pro mendaki ni pergi lewat-lewat sikit. Lepas dah settle pecah rekod longest Chain Of People Clasping Wrist di dewan, kami mula naik bas ke gunung angsi untuk buat rangkaian tangan dari puncak sampai ke kaki gunung. Mereka yang amatur, dah daki dari subuh lagi.
Masa ni baru start mendaki. Tengok le. Kaki gunung pun dah condong. Haha. Tapi takpe, kami semangat. Siapa kata perempuan tak boleh daki ha. aku pernah kot daki dengan seluar jeans. Amik kau. Haha
Selfie itu wajib. Kenangan.
Baru kaki gunung. Masa ni ramai lagi berkumpul. Ketawa bersama, mendaki bersama. Haha
Last-last semua berpecah. Ha ha ha, aku ketawaaa.
Masa ni aku berdua ja dengan kawan aku. Dah sampai separuh gunung. Lepas 2 jam mendaki. Allah. tak boleh nak cakap vibratenya kaki masa ni. tapi bila dah naik, tengok pemandangan belakang tu, rasa macam ya allahhhhh, indah ciptaanmu. Tenang.
Aku tak sempat sampai ke puncak. Lagi beberapa meter jea lagi nak sampai. Jalan nak naik puncak makin sempit. Dah terlaku crowded, dah pack. Jalan pun dah licin. Bomba, jpam semua pun dah tak bagi naik. Diorang jaga setiap check point. Kami kena stop sebab dari puncak tu diorang dah start buat rangkaian tangan dah. So kami sambung ja rangkaian tu. Rasa terkilan jugak lah tak boleh menyelit. Dah berjam-jam aku panjat, penat tak payah cakapppppp. Last-last tak sampai. Allah. Tapi aku bersyukur ni pencapaian aku paling-paling bermakna dalam hidup.
Dah settel kami buat rangkaian tangan dari puncak. Mula lah untuk turun semula. Haha
Tengoklah. Beribu ribu orang nak turun. Pack sangat masa ni. Dengan kecemasan lagi dari atas bomba bawak turun. Jalan sempit.
Bila aku turun, baru aku tahu sebenarnya jauh jugak aku daki. 2 jam jugak turun dari puncak. Haha. Allah. nikmat tu tak tahu nak cakap. Semangat berpasukan. Jalan memang licin sangat sebab baru lepas hujan. Tapi semangat tu!
Dah nak sampai kaki gunung dah. Ada kecemasan so lambat sikit nak turun. Kecemasan bukan main-main ya. Ada sawan, patah kaki, pengsan. Haaaa. Nasib hakak sado walau kaki pun vibrate tahap 10 dah. Hahaha
Apa-apa pun alhamdulillah. Syukur sangat ya allah. diberi peluang merasai semua ni.
Anok nogori! yeay!!






























No comments:
Post a Comment
Penat2 membaca, komen and publish aje :) Komen anda dihargai :3