Harini memang hari yang sangat memenatkan. Cuti sehari sekalipun, macam tak bercuti sebenarnya.Otot aku harini terpaksa bekerja keras,lelemak yang seciput di badan aku semakin mengecut dan tulang temulang di badan aku ni memang semakin kelihatan. But wellzzz, you know me. Sejak azali memang aku jenis tulang temulang pun. Stop salahkan aktiviti. Haha
Pagi-pagi lagi kami ada gotong royong mencantikkan kawasan kolej. Kena tanam sayur-sayuran, tanam buah-buahan, tanam herba dan lain2 lagi. Nasib tak tanam orang jea. Haha. Aku ni memang sejenis manusia yang suka alam sekitar. So, aku tolong lah apa yang patut dan tiba suatu tahap aku menjerit dan berlari bertempiaran sebab nampak cacing tidur lena dalam tanah itew. Jadi, berakhirlah tahap kerajinan aku pada masa itu. Haha. Ada alasan ken?
Ok, habis aktiviti tu kami kena bersiap cantik2 untuk majlis farewell semester enam. Untuk hari perpisahan diorang lah. So, tema tadi colour block. Kena pakai kaler yang berlainan. Aku perkena warna biru and merah. Alalalalalalala snow white tak menjadi gituh.
Ya ya, aku tahu. Aku memang sama kaler dengan kerusi pun. Kalau aku berdiri tepi kerusi, orang pun tak nampak aku sebab aku sama besar jea dengan tiang kerusi tu. Haha. Dan aku memang kalau boleh, suka serius forever after. Tak minat nak ambik gambar reramai. Kalau selfie takpe. Haha. Ni puas kena tarik dengan kawan untuk ambik gambar reramai. Muka redha paksa rela. Btw, nampak tak akak2 warna warni hari raya aidilfitri di belakang? Tu lah kaler blok.
Ehhh, dah pandai pulek buat peace no war minah ni. Haha. Kami tak boleh bersukaria hari raya sangat sebab result belum keluar lagi. Huhu.
Okay, dah habis cerita minah-minah selfie sekarang cerita yang paling besttt.
Masa tu kami dah habis majlis. Aku pun dah naik asrama lah. tu pun tak settle kerja lagi. Kena pergi photostat dokumen dengan ketua. Masa tu rasa macam dah bersenang lenang lah kan. Habis kerja tu terus nak tido lah.
Masa tengah photostat tu bunyi SIREN. Aku macamm, eh, nak buat pengumuman kot. Tapi makin lama bunyinya. Nyaring.
Ketua "Takkan kebakaran kot?"
Aku " krik krik"
bunyi siren lagi.
Ketua "Serious talk weh, kebakaran!"
Pum pam pum pam berlari berkejaran. Kelam kabut gile. Aku keluar pintu bilik dah nampak yang berlari dah. Masa tu aku jerit kat kawan sekelas suruh jangan guna lif. Guna tangga. Pastu diorang kelam kabut gila. Aku yang kelam kabut try tenang. Tapi yang tak boleh blah ada yang lalu cakap sebelah aku dan aku ajak lari tetiba dia cakap "fatin, saya nak ambil laptop!"aku blur.
Yang paling kesian gila, kawan aku berlari pakai tuala mandi dengan bakul mandi lagi nak masuk bilik. Aku dah terbahak2. Dalam kelam kabut kitorang sempat gelak kot. Haha
Dah kelam kabut tu lari turun kat padang, tetiba KAMI KENA TIPU. Alahai, gimik jeapun. Practice katanya. Practice make perfecto de amor yo. Huh! Dalam duk gelak2 tu aku tengok dekat geng aku yang lari lepas mandi tadi. Kot2 bawak baldi ke,gayung ke kan. Tapi takpelah, walaupun tak bawak semua tu, dia still pakai baju terbalik. hahahahaha
Masa kejadian berlari bekejaran tu,
Patotlah, aku nampak bomba kat bawah rilex brother rilex jea. Apo kono eh?
Lepas ni,
"Kebakarannnn.. Kebakaran!"
Aku " Oh, kebakaran ke?(angkat kening) "sambung tido bak hang.
Bye -_-'









Hahahahaha....pehhh....kebabom laaa....tepanjat korangkn...at least dri sini nk blaja...selamatkan diri dn kwn2..practice make ur perfect...
ReplyDeleteMemang bagus sangat lah kan? Kalu sekali dua tak apa. Tapi kalau berkali2 orang nak percaya ke? Haha
Delete