New Life Begin

Assalamualaikum,

Tik tok tik tok.
Cepat masa berlalu. Dari muka aku sekecil2 tapak tangan ma, sekarang muka dah sebesar besen yang ma beli juga. haha. Alhamdulillah. Cantik aturan yang Allah bagi. Sedikit demi sedikit aku berubah dan aku dapat terima perubahan dalam hidup aku ^^

Dulu masa temuduga latihan jururawat U29. Bukan main eksited lagi. Bila penemuduga tanya,
"Sanggup ke kena hantar sabah sarawak?" masa tu beriya-riya jawab sanggup. Tak cukup jawab. Angguk lagi. Tak cukup angguk, kalau boleh nak bangun, angkat tangan setingginya biar bau hangit semerbak alam ketiaknya menngatakan aku nak! Tapi sekarang. Well. You know. Pendirian manusia boleh berubah. Ihiks.

Ingatkan suntik orang semudah ABC. Ingatkan belajar jadi jururawat ni macam main ting-ting. Lompat-lompat-lompat,kutip batu, sampai destinasi. Rupanya tidak. Lebih dari ting-ting aku rasakan. Macam main lompat atas buaya plak. Silap haribulan aku kena makan ;(
Bila aku dah masuk dalam ni, daripada rasa riang berkepuk2 lubang hidung, tapi sekarang, lubang hidung pun tak nampak sebab jalan asyik menunduk muka. Bertapa menyesalnyaaaa belajar jururawat. Kemurungan. Too hard. Sangat. Automatik dari rasa nak jadi jururawat terus nehi, zero, empty. Katakan tidak!

Dalam seminggu, banyak kali call ma nak cite bertapa menyesalnya jadi jururawat. Nak nangis. Nak balik. Tapi, bila dengar suara ma, serious tak sampai hati. Kerana aku datang sini bawa harapan mereka. Memang tak sampai hati. Last2, nangis belakang langsir dalam bilik. Sob sob.

Datang sini memang zero. Tak tahu pape. Datang nak suka2 jea kerjanya. Bila dah suka2, maksudnya semua kerja yang aku buat akan jadi suki2. Tak serious langsung. hakhak. 


Tapi nasib baik ada kawan yang membantu. Yang selalu ada. Yang selalu bagi dorongan. Yang sama2 nak jatuh bagun. Yang ajak tido sebilik. Kadang makan minum kongsi pinggan. Kadang nak pergi basuh pinggan tapi nak terkincit. Dorang tolong basuhkan. Ha,nampak tak peranan dorang. haha. Kalau bergurau dengan dorang. Memang no hurt feelling. Pakai bedal jea. Lagipun, walaupun aku tua daripada diorang, diorang memang sempoi habis lah. Go fatin. Go fatin. Kata mereka. Kalau dorang baca blog ni, mati aku dikerjakan. erk.

Sekarang dah nak habis semester dah. Sedang berhempas pulas dalam dewan peperiksaan. Dalam kata benci, nak habis semester jugak. Mulut kata benci, tapi dalam hati sayang. Sape tak sayang bini oiii(takda kaitan). Bila difikirkan balik banyak hikmah yang allah bagi pada aku. Banyak kesenangan, kenikmatan yang dia beri pada aku. Cuma aku manusia suka mengeluh, kadang tak pandai nak bersyukur.

Kalau dulu mak selalu jadi jam loceng suruh bangun tido, sekarang samada kau nak bangun sendiri atau bangun lewat akan dikenakan tata tertib?

Dulu tak basuh baju pun takpalah, sekarang kalau tak basuh baju kau nak pakai apa? cawat?

Dulu, bermalas-malasan depan tv tu perkara paling bosan. Paling tak best. Kalau boleh bukak facebook lah, bukak clash of clans lah. Sekarang, tv pun tak nampak. Sekarang nampak buku,nampak kawan,nampak muka pengajar. Hahaha. Baru aku tahu nikmat tengok tv. hem

Dulu,jadi imam solat lain kali pun takpe. Sekarang bila jadi imam, mula tunggang terbalik. Menyesal aku tak praktis dulu ; (

Dulu tak bergaul dengan orang pun takpalah jadi tarzan melalak ngan adik beradik. Sekarang samada pesakit melalak kat kau atau doktor tonyoh kepala kasi cerdik cikit. Nak tak nak kena bergaul. Cakap kena kasi sopan. Sebutan huruf kasi betul ya pak, ya ibuk.

Dulu kalau sakit, tido memanjang dalam bilik. Sekarang kau pesakit atau orang lain pesakit? Sape nak rawat sape ni?

Dulu seminit lagiiiii.. alaaa, lambat lagiii.. Sekarang seminit tu boleh semput nak mati kalau tak buat kerja. Mak aih. Tapi sekarang boleh jea aku main blog. Siap tido lagi pukul 2 tadi. Hahaha.

So, nampak tak perbezaan nya disitu? HAHAHA. Jadi, samada aku berubah atau diam. Aku memilih berubah. Kerana jururawat adalah SEBAHAGIAN dari hidup aku sekarang ni. Aku bawa harapan family. Aku buat amal di dunia. Insyaallah. Aku bersyukur.

Biasakan yang betul, betul kan yang biasa.
Alah bisa, tegal biasa.

Noktah.

1 comment:

Penat2 membaca, komen and publish aje :) Komen anda dihargai :3


 
Template FatinHazwani|Copyright and Edited Miss Fatyn