Assalamualaikum,
Kem SMART(Sukses, Matang, Aktif, Rasional, & Tanggungjawab) di bawah anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kawasan Pasir Puteh. Kem berjalan selama 2 hari 1 Malam. Memang tak cukup masa lah. Kalau boleh kitaorang nak 4 hari 3 malam ke, 10 hari 9 malam ke kan. Siap tiket bercuti ke A-Famosa, Sepanyol ke, Rusia ke, Gambang Waterpark ke kan? Lepastu shopping free kewww. Haha. Kang tak pasal2 kena ayun mangkuk dengan fasi-fasi. Hahaha
Mula-mula macam biasa lah kan. Kena ada pendaftaran dulu. Takkan lah masuk2 terus main aktiviti.
Masa pendaftaran kitaorang dapat satu fail. Dalam fail ada satu buku nota kechik yang comel desing nya + pen, ada tag kem smart, ada jadual aktiviti yang panjang berjela sampai aku malas nak baca(memang hakikatnya sejak azali pemalas), hahaha. Dan ada borang penilaian untuk pelatih nilai sepanjang aktiviti.
Kadang-kadang aku nak tergelak jugak. Dalam ramai-ramai perempuan yang sopan kat situ, aku yang paling unik sekali. Memang bersemangat betul aku haritu. Siap pakai kasut sukan, seluar track. Memang lengkap pakaian sukan lah. Yang kawan pompuan lain pakai baju kurung. Erk! Bersemangat kan? Perghh!
Pagi2 sebelum pendaftaran pegi felling2 tepi pantai dlu. Melayan perasaan yang jauh nun teringatkan ikan-ikan di laut. Apa khabar korang spesisku? Korang sihatkah? Patin? Argghhh, dah lari tajuk ni.
OKAY! Kalini aku nak cerita aktiviti yang pihak AADK sediakan. Aku akan cerita satu aktiviti jea. Sb banyak sangat aktiviti. Now, nak cerita aktiviti "KEMBARA". Memang aktiviti yang devavoom, mabelous,wow,umph! Ntah nak cakap apa lagi. Kalau aku komen teruk2 kan tak pasal2 kena ketuk dengan senduk dengan fasi2. Apa korang hengat dorang tak baca? Haha. Takot betul. Jangan bimbang eh. Kalau mengumpat pun, mengumpat yang membina. Ceh! Haha
Aktiviti Kembara :

Semuanya ada 6 check point. Sebelum kitaorang peg kembara untuk menjalankan tugas yang ditetapkan,
kitaorang di beri satu amanah untuk menjaga air yang diberikan dalam satu botol. Tak boleh tumpah hokey! Amanah. Kitaorang rilek jea. Tadah peluh, tadah air liur semua kalau nampak sukatan dah kurang. Uwekk! Haha. takda maknanya nak buat cenggitu. ntah peluh dorang masin ke, peluh aku tawar ke. peluh fasi tiga rasa ke. Hahaha
Contoh gambar,
Fokus bekas air okay. Tu ketua kumpulan aku. Kalau nak kenal bagitau aku. Aku boleh jea pegi mintak untuk korang,. Simple. Korang nak number IC? Number IC bapak dia? Gampang. Aku boleh pergi pejabat pendaftaran negara. Khas untuk korang.
Lepas diberi taklimat sedas dua oleh fasi kita. Konon buat2 pahamlah kan. Angguk jea kerja. Kami pun menjalankan tugasan kami. Setiap satu check point diberi masa 10 minit.

Okay start! Check Point Pertama kami diberi tugasan untuk lalu di bawah setiap tali yang di ikat dengan mata yang tertutup. Walaupun bertutup sebenarnya kan fasi, kami nampak jalan kat bawah. Hahahaha! Kalau ke depan memang lah tak nampak, Tapi kalau ke bawah nampak. Haha.

Masa ni aku tengah kira semut2 yang lalu. Siap mintak laluan lagi. " Hakak habang semut, mintak lalu cikit haa. Adik manis mau lalu.."
Memang lambat lah sikit kan. Kan mak pesan jangan pijak semut! Nanti kat neraka semut pijak kita. Paham? Hahaha. Sape amik gambar aku ni? O-O
Akhirnya selesai juga checkpoint kami yang pertama. Semua dapat balik ke kampung dengan aman dan selamat. Eh?
Pergi checkpoint kedua. Mula2 sampai checkpoint kedua kami lapor diri bla-bla-bla. Tapi?
"Korang tahu apa salah korang?" Fasi
"Ha?" Blur sebab mula2 datang dah cakap buat salah.
"Kawan korang putus selipar korang tinggal dia?" Fasi ada janggut. Muka ala-ala-ala duta d'herb terlajak laris. Kata kawan lah.. Garang plus lembut cikit.
Oi, kawan kitaorang putus selipar? Haduhai. Tu baju biru number 8 tu. Sedang menangisi seliparnya yang mati mengejut!

Hape tunggu lagi? Pumping le 800 + 400 kali. okay, tipu. HAHAHA. Alah, setakat pumping tu ape le sangat. kumpulaan kami pernah kot angkat kete kebal. Alahai. gampang(memang lah gampang, aku tak payah kena pumping sb aku perempuan. Torbaikkk!) Baju number 8 pun tak terkecuali kena pumping walaupun selipar dia yang mati. Kikiki
Tugasan kami? Cipta satu slogan ANTI DADAH. So, kami bincang "Kami belia benci dadah"
Slogan kami agak kurang sikit lah. Macam2 soalan kena tanya. Mungkin markah kami kurang sikit disini. Sebab kami diammmm jea. Tapi kami baik. Kami tak menjawab. Fasi tanya soalan kami diam. Mak cakap jangan melawan! Cikgu tanya kita diam. Nanti kita pandai. Eh? eh?
Settel! Berjaya!
Check point ketiga.
Tugasan kami ialah. Aku tak tahu apa nama tugasan ni. Lebih kurang macamni lah. Sorang kena hafal satu cerita. Kemudian kena pergi bisik seorang demi seorang. Orang pertama bisik orang kedua. Kedua bisik orang ketiga. Orang ketiga dan keempat dan sekian. Orang yang lastttt sekali kena pergi jumpa fasi and lukis apa yang dorang dengar tadi.
Aku orang first. Aku pun tak hengat.
"Di sebuah pulau ada sepasang suami isteri. Ada dua orang anak. lelaki dan perempuan. Di pulau tersebut ada kapal layar. Ada kura-kura dan pokok kelapa. Eh, yeke? Yeakot. kiki. Kemudian d pulau tersebut ada bukit. Dicelah bukit ada matahari yang terbit. Disana tenang dan damai"
Lebih kureng lah cerita nya.
"Wei, aku berkenan betul dengan akak tu. Ejas num dia kat aku." Baju merah
"Alah kau ni, aku pulak malu. Tapi yang sebenarnya, Dia isteri aku. " Baju biru
"Macam pernah dengar tajuk tu. Kau baca novel tu ke? " Baju merah.
"Ha'ah, ceritanya bergini. Disebuah pulau ada kapal layar ada laki bini. Aku tak tahu laki bini tu ada anak berapa orang. Suami berapa orang. Errr..." Baju biru
Kesimpulannya, bila sampai orang yang last dengar cerita. Dia pun lukis.
Kapal layar- Air laut- ada orang lidi + ayat DAN SEBAGAINYA. kikiki.
Sempoi.
Check Point keempat, kena mandi tepung. Masa ni lah aku nak buli ketua aku. Haha
Ketua aku kena tutup mata kemudian dengar arahan dan tiup tepung untuk ambil gula-gula, hehe. Akhirnya ketua aku jadi mamak gula-gula celup tepung. HAHAHA. Sori bos!
Kami berjaya!
Check point yang kelima. Susun puzzle. Kami tiada gambar dalam sesi ni. Jadi aku tnjuk gambar orang lain.
Susun jangan tak susun kak minah kak senah,kak tipah. Eh, aku tak ingat nama apa. Tulah, singkat sangat masanya AADK buat aktiviti. Lain kali lama sikit ek. Teruja ni.
Check point yang terakhir.
Cipta menara paling tinggi.
Macamana nak cipta menara tertinggi mengunakan manusia2 yang hidup? Kitaorang bukan terminator ke, superman ke, ultraman ke, orang lidi dan sebagainya. Kalau cipta menara guna manusia2 hidup komfem mati. Haha. tipu.
Disebabkan kumpulan kami ada lelaki seorang. Perempuan 5 orang. Eh, aku perempuan sorang jea tapi diorang alalalalala perempuan. Kiki. Maka kami di cabar oleh fasi-fasi untuk buat menara paling tinggi dari kumpulan lain.
Aku yang paling atas. Sebelum pijak diorang aku siap mintak maaf lagi. Tako2 mati mengejut ke apa kan. HAHAHA
Maka jdilah...
Sembunyikan muka. hehehe. Hebat tak kami??
Selepas mengharungi dugaan dan cabaran yang melanda di hutan tersebut yang penuh dengan kerengga. Kami berjaya mengharunginya. hehe. Semua kerengga mati di lanyak oleh kami.
Memang aktiviti kembara ni perlu ada semangat berpasukan, perlu kuat, perlu ada sikap tolong menolong dan dengar arahan ketua. Baru korang berjaya. Kalau kita jumpa kawan yang baik, maka jadi baik lah kita. Kalau kita jumpa kawan yang sayang kawannya, dia akan tolong kita. Kita perlu kuat. Perlu yakin pada diri sendiri kita mampu.




















No comments:
Post a Comment
Penat2 membaca, komen and publish aje :) Komen anda dihargai :3