Nampak tak, nampak tak miss fatyn makaronah pakai mask. Haha.
Harini hari kebudayaan so tema yang kebudayaan tetapkan adalah Masqurade. Colour gold, black and red. Memang harini majlis yang agak devavom. Yang paling kacau bilau bila aku dipilih jadi MC last minute. Dah lah aku first time jadi MC. macamna nak baca? Setakat baca ABCDEFGST boleh lah.
So semalam aku tak dapat nak tido nyenak. Bila nak tido ja, skrip dalam kepala lah. Bila nak tido ja dengar intonasi suara lah. Siap mimpi takdak suara lah, kena telan air asam jawa lah, majlis kena langgar garuda lah. Hahaha. Amboi imaginasi tinggi benau.
Tapi, alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Setakat tersasul sekali dua tu dimaafkan kot. Kalau patpuloh kali tersasul mahunya selipar dengan topeng masqurade melayang atas kepala. Wah! Haha
Moh le ambo cerita cikit pasal masqurade. Masqurade ni adalah sejenis topeng yang di pakai pada abad ke 13 dahulu. Pada zaman dulu dorang hanya pakai topeng bewarna emas dan perak.
Tujuannya adalah bila dorang pakai topeng ni, diorang dapat bergaul dengan orang atasan. Korang faham lah zaman dulu kan mereka mementingkan status. Jadi, begini lah cara mereka untuk dapat bergaul.
Harini kitaorang ada sertakan beberapa pertandingan untuk theater, nyanyian dan tarian. Kitaorang lawan sem by sem. Tapi semua dikira menang lah. Cuma yang membezakan number satu dua tiga camtu ja. Misi utama taknak bagi dorang gaduh berebut hadiah. Haha. Tipu ja.
Part yang paling aku suka dan tak berkelip mata ialah part theater. Ada cerita ali baba dan penyamun, cerita bima sakti dan paling aku suka scene bawang putih bawang merah. Boleh buat aku sebak-sebak lap lap hingus tau. Haha. Yealah, korang tahulah jalan ceritanya. Mak Kundur mak pada bawang merah kena tolak dalam air masa cuci kain oleh mak Labu mak si bawang putih. Yang si merah ni menangis tercari-cari mak dia. Sebak jugak lah kan. Kalau kita hilang mak kita secara tiba-tiba macamne? Hem. Lepastu mak bawang merah jadilah si ikan kaloi. Pulak mak tiri dan si bawang putih boleh lah diorang pergi tangkap ikan tu. Siap suruh bawang merah masak lagi. Ape ke kejam sangat le diorang ni. Aku pulak yang terasa nak naik atas pentas nak buat scene tambahan tarik rambut. Haha. nampak tak keseronokkan scene tambahan tu. Hahaha. Tapi ending of course lah kan yang jahat takkan menang untuk ending. Kalau tak sia2 cerita takda happy ending. Haha. Semestinya,Bawang merah dapat lah kawin dengan putera raja. Huhu.
Sweet bangat deh.
Part tarian memang feeling habis lah. Yang penonton pun siap lambai tangan lagi..Siap pasang lampu phone lagi buat ala ala ala konsert gituh. Huhu
Part tarian pun best. Tarian nogori ada. perak ada. Jawa ada. Kitaorang memang kena ikut tema kebudayaan. Takda maknanya kebudayaan tapi lagu kpop.
Alhamdulillah semua bagi kerjasama dengan baik.
Yang paling penting, MC kena selfie. Haha
Ok bye















No comments:
Post a Comment
Penat2 membaca, komen and publish aje :) Komen anda dihargai :3