Assalamualaikum,
Lamo bona tak merepek dalam blog. Dah tua-tua ni tak tahu nak karang ayat dalam blog. GB otak pun dah semakin berkurang. Kalau nak karang ayat tu memang tunggu 4,5 hari lah baru dapat noktah sekali kesimpulan. Huhuhu.
So kena tunggu ada aktiviti dulu baru cerita.
Haritu kami satu kelas buat aktiviti komuniti di Pusat perlindungan kucing di putrajaya. Jauh lah jugak. Memang kerja aku bangun tido bangun tido la. Bas berhenti aku bangun. Bas gerak aku tido. Best kan? Haha
Kami sampai dalam pukul 9 cenggitu. Aku ajak la jugak pak kitam(si kucing hitam tu) selfie dengan aku. Kalau pergi mana-mana, tak selfie tak sah.
Ok lah dah banyak bebel. Pusat perlindungan kucing ni bertempat di putrajaya. Kat sini tiada kucing parsi, kucing newyork, kucing afganistan,kucing kembang semangkuk oke? Tapi kat sini semua kucing-kucing asli yang kurus kering,kucing jalanan yang diselamatkan oleh pemilik tempat ni.
Dalam kolam plak ada kura-kura besar gedabak bersama ikan koi dan ikan kap. So mereka semua friendly. Tak da maknanya si kucing nak ngap ikan. Silap haribulan kucing tu dalam perut ikan. Besar tau ikan nya. Huhu
Tempatnya memang agak berbau sikitlah. Rumah kucing kan. Bukan gudang perfume. So, bawak bersabar lah semuanya. Pakai mask, settel.
Kami cuci kawasan mereka, cuci tempat mereka ber uk uk,Haih musyuk. Then, Cantas cikit pokok-pokok yang bergayut tu. Kasi kemas. Boleh lah mereka hidup tenang dan aman serta beranak pinak kan. Hehe

Kami cuci kawasan mereka, cuci tempat mereka ber uk uk,Haih musyuk. Then, Cantas cikit pokok-pokok yang bergayut tu. Kasi kemas. Boleh lah mereka hidup tenang dan aman serta beranak pinak kan. Hehe

Sambil-sambil cuci tempat ni, kitaorang geng-geng wonderpet ni sempat jugak lah selamatkan seekor kucing ni yang aku bagi nama si kunyit. Sebabnya? Kitaorang rawat si kunyit ni guna kunyit. Bleh pulak? Hehe. Kat badan dia penuh dengan kulat yang hidup menumpang tanpa di undang. Sakit oi. Yang kitaorang sapu tu antibiotik buatan sendiri. Serbuk kunyit+garam cikit+minyak masak. Insyaallah sembuh.
Dah settel bab kemas, rawat merawat ni, tiba lah masa pertandingan kucing tercantik. Yang jadi mangsa nya, anak-anak kucing yang tak bersalah. Kesian depa. Baru ja nak hidup dah jadi model paksa dalam rela. Erk -_-'
Ni plak tempat kedua. Costum diperbuat daripada mask. Hahaha. Nasiblah. Pereka fesyen nya misi, maka wajiblah tema kena ada bahan yang misi guna.
Kamilah misi-misi wonderpet.
Ok lah. Itu saja. Hope suka.
Adios amigos
















No comments:
Post a Comment
Penat2 membaca, komen and publish aje :) Komen anda dihargai :3