Fresh Makeup Look

Assalamualaikum dunia, bangunlah semua.
Harini aku nak share sikit fresh makeup look. Simple, mudah, senang(tak tau nak cite bertapa mudahnya). Yang paling penting, aku yang jenis tangan ranting kayu ni pun still boleh conteng muka sendiri dan ada gambaran makeup look tu. Kalau zombi look bagi aku gampang. Aku pakai gincu merah mak ngah jea makeup muka. Haha. Jadi adik hakak yang tak berani nak cuba tu jangan risau. Conteng jea. Nanti confirm berduyun-duyun datang nak selfie. Hamek kau!

Oh ya, aku pernah update makeup yang paling simple sebelum ni. Hanya guna 4 jenis barang makeup ja. Boleh le terjah ya. Disini. >Basic Makeup Staff For Beginner<

Moh le kita berkenalan dengan alat-alat makeup yang bekerjasama dengan aku. Biasanya barangan makeup aku yang murah aje. Biasalah budak baru nak belajar kan.
1. Biore UV Perfect Face Milk(makeup base)
2. Catrice Long Lasting Eye Pensil WaterProof(Glitter)
3. Eyebrow Pencil
4. Butae Powder
5. Lip Ice Lip Balm Sheer Strawberry
6. Super Curl Volume Express Maybelline
7. Artist Nude Pink Lipstick
8. Eyeshadow Newyork Maybelline
9. LBQ Secret Foundation

Step By Step :

1. Sapukan Biore UV Perfect Face Milk sebagai makeup base selepas memakai toner and pelembab muka. Tujuan untuk set makeup jadi tahan lama and kulit jadi moist so mudah untuk conteng muka. Hehe

2. Sapu foundation LBQ sedikit sahaja sebab foundation ni dah memang pekat. Ambil sikit pun dah bleh cover semua muka. Biasa kalau foundation jenis ni aku guna untuk majlis. Kalau just keluar jumpa nepal ke, bangla ke, mamak kat kedai runcit aku pakai foundation stick yang maybelline aje. Hahaha. Korang boleh dapatkan di sini >FB Love Bunga Querida<

3. Guna eyebrow pensil untuk kening. Seriously aku tak pandai part kening tapi mungkin kening aku dah terbentuk so aku just lukis jea and colour nipis. Simple. Boleh dapat di sini juga. >FB Love Bunga Querida<

4. Pakai powder cikit kasi set makeup. Kalau takmo pakai pun takde hal. Foundation akan jadi shining. Shine bright like a diamond gituh. Powder butae kat sini juga. >FB Love Bunga Querida<

5. Pakai Eyeshadow. Eyeshadow newyork ni ada tiga colour. Peach,pink and black. Aku guna pinkand peach saja. Takmo lah hitam. Comot kalau aku guna. Hahaha. Nak fresh kan. Sapu pink di kelopak mata and peach sebagai highlight. Bukan traffic light okay? Okay then, sapu eyeliner hitam atas mata dan tepi hujung mata sedikit. Bawah mata gunakan glitter eyeliner pensil untuk nampak mata lebih segar and innershine. Ceh gituh.

6. Jangan lupa sapu Mascara. Sambil sapu sambil gerak zip zap. Nanti bulu mata nampak lebat. Aku memang takkan guna bulu mata palsu sebab aku asli orangnya. Haha. Simple ja okay.

7. Untuk lip kalau korang nak sapu lib balm saja pun okay sebab lipbalm ni dah jadik warna pink tau. Shine. Cantik. Tapi aku campur dengan lipstick nude pink untuk nampak lebih ayu. Huhu. Lipstick disini juga. >FB Love Bunga Querida<

8 . Untuk pipi aku just sapu lipstick tu je sikit2. Jimat. Nampak pink ala ala ala semulajadi gituh. Tapi dalam ni tak nampak. Tapi biasa aku jarang pakai blusher. Style aku memang simple.

Okay settle.
Boleh digayakan dalam apa jua bentuk tudung. Okay moh le kita selfie berjemaah. Selamat mencuba. Adios amigos :)


2 comments:

Penat2 membaca, komen and publish aje :) Komen anda dihargai :3


 
Template FatinHazwani|Copyright and Edited Miss Fatyn