Hari Sukan VS Hari Bollywood

Hello Ebelyone. Namaste. Hehe
Okeh, harini 11/2/2017 Kolej aku ada buat event HARI SUKAN & HARI KEBUDAYAAN bertemakan bollywood.

7.30 pagi dah start sukan dah. Senamrobik, ada perlawanan Final bola jaring antara rumah sukan, final bola tampar rumah sukan and friendly antara,Kolej Kejururawatan Kuala Pilah(kolej aku), Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson dan Kolej Pembantu perubatan seremban. Kolej aku tuan rumah.
Aku rumah kuning bola jaring. Rumah kuning tak dapat lawan final pun. Dapat number 3 ja. hehe. Untuk perlawanan final harini antara rumah biru and hijau bagi kedua-dua pertandingan. Jadi keputusannya, Bola tampar hijau menang, bola jaring biru menang.
Panas bak hang. Tunggu la lepas ni jadi kek lapis laa muka tu.

Untuk perlawanan friendly bola jaring, kolej aku lawan KJMPD. Manakala friendly bola tampar, kolej aku lawan KPPS. Akhirnyaaa, bola jaring KKKP(Kolej aku) dapat 26-3, bola tampar pulak KKKP dapat 25-8. Alhamdulillah KKKP menang. Yeayyyyy!! Bagi KKKP bagi!! Haha

Dan aku.
Hanya meraih gangsa sahaja bola jaring untuk rumah kuning. Alhamdulillah dapat jugak 7-3. Hihi. Kawan aku tu dapat perak bola jaring rumah hijau. Hihi. Takpa masing-masing dapat. tak berebut. 
Kecewa cikittt ja sebab masa semifinal tu aku kalah tipis dengan biru. 5-4. Diorang dapat up satu mata masa minit tambahan. uhuk uhuk(menatap sayu). Takpaa, memang aku akui biru memang hebat.
 Alhamdulillah :-)

Part kebudayaan pulak, start pukul 2 pada hari yang sama. Kitaorang ada pertandingan nyanyian & tarian bollywood intersem. Semester aku buat tarian partner kena ada lelaki. Ala ala ala salman khan, shahrukhan segala khan lah. Disebabkan kolej aku ada perempuan ja, jadi, kena la ada acah-acah lelaki cikit walaupun tak de lah sado sangat macam mr pilot ke pluto tu. Huhu. Maka jadilah dibawah ni. Hehee
Aucakkk! Abam mannyakk sayam sama kamoo. Hoho. Poorah.
Antara geng aku.
Ni satu hal minah ni ntah sesat dari mana. Katanya shahrukhandoli dia tak jumpa jalan masuk kolej aku. Tu yang minah ni drama jap. Cerita Minah he tangga tumpasnya kecundang jatuh tergolek. 
Haaaa, dah jumpa. Ni laaa shahrukhandoli yang dinanti selama berabad yang lalu.
Isteri kedua shahrukhandoli, prettyzantac. eh?
Bersama isteri ketiga shahrukhandoli, Aiswariangria hari raya.
Happy bersama madu. Hoho
Siap kauuu aiswariangria hari raya, prettyzantac. Kau blum kenal Kajoldiwalejanamjanam. Huh.
Namaste. Mere nam aiswariangria hari raya. Mere bahen, kajoldiwalejanamjanam.
Auchakk!
kya kar te hai?(buat apa tuu?)
Aiswariangriahari raya vs kajoldiwalejanamjanam.
Kecewa shahrukhandoli pergi.
chalo hum ishq karengge!(Jom kita bercinta!) Awww so suwit.
Jomlahhhhhh >_<
Maaf, kamu bukan jodohku. Jodoh yang anda dail tidak dapat dihubungi. tet tet tettt.
Buntu.
Kajoldiwalejanamjanam memutuskan single is better. Fly free. huhu

Sekian sudah cerita hari ini. Hehe.
Wonderful picture by Kikin

Jom layan video tarian daripada group kami. hihi.

Bye

No comments:

Post a Comment

Penat2 membaca, komen and publish aje :) Komen anda dihargai :3


 
Template FatinHazwani|Copyright and Edited Miss Fatyn