Benarkah seorang wanita ada "6 sense? Ini lah Kehebatan seorang wanita. Beruntungnya!



Assalamualaikum,


* First, maaf yea blogger2 lelaki. Entry kali ni banyak menyokong wanita. Hehehe.. Ampun pak!


Wanita, banyak kelebihan yang Allah bagi pada dorang kan.

Kehebatan seorang wanita adalah pada "Naluri". Dan deria rasa yang keenam mereka adalah "Naluri"..

Satu-satunya kehebatan mereka ini, mampu mengalahkan semua lelaki. Kelebihannya ia dapat melawan kejahatan lelaki dan menghindarinya. Kadang2, apa yang mereka rasakan adalah betul dan boleh dikatakan deria rasa keenam ini 90% BENAR!

Jangan main2. Bila wanita kata sesuatu yang mereka rasakan, kemungkinan itu, pasti AKAN TERJADI atau MEMANG TERJADI! maksud aku bukan kita sebagai manusia yang tentukan, memang allah yang maha kuasa yang tentukan, tapi apa yang wanita rasa ni kadang2 boleh bg "hint" pada kita2 semua ni. 

Wanita bukan superwomen, bukan mengamalkan benda2 syirik untuk dapatkan "sense" ni. tapi ini adalh anugerah terindah buat mereka :)

Dalam perjalanan usia korang ni, Korang pernah rasa tak kadang2 korang tak sedap hati dan... tengok2 benda tu memang terjadi? ke aku jea yang pernah rasa?

Sebagai contoh, satu hari orang yang kita sayang menipu kita dan dia selalu menidakkan apa yang kita rasa.

"Abang ada mesej perempuan lain kea? saya tengok tak habis2 abg main dgn handset tu" kata si isteri.

"Eh, mana ada. alah, izat. Izat yang bini dia tomboy tu. Dia yang mesej ni ajak keluar esok pergi lunch." Si suami menipu.

" Ok.. takpe lah.. Tapi saya memang tak sedap hati ni. Abang jangan macam-macam ha." Balas si isteri.

" Pandai isteri abang rasa hati eh. Pernah goreng masak sambal pedas ke?hehehe. Janganlah cemburu sangat yea.." Si suami kontrol. Sebenarnya hendak menutup keresahan di dada.

Suatu malam si isteri nak ambik baju suami yang di letakkan di atas katil untuk dibasuh. Tiba2 henset suami yang entah dari mana jatuh di kaki si isteri. Kebetulan pulakkkk ada mesej masuk. Si isteri tergerak hati nak bukak. Kot ada hal penting kan..

"Miss you a lot! Good night sayang. Nanti esok sy tunggu k?" Nah! betul2 terjadi. Mambang mana yang mesej. HAHAHAHA! 

Maka, bermula lah pertandingan suara Yang paling kuat dalam rumah tu. Sape menang dia puas hati. sape yang kalah pasti kalah sb disakiti. Tangisan hiba pun mendayu2.

Sama jugak kalau boyfriend wat hal. Automatik si girlfriend akan tahu. Awas lelaki, jangan sembunyi!

 Lelaki salah kalau kata perempuan mudah cemburu dan fikir bukan-bukan!! Salah sama sekali! kerana sifat cemburu mereka adalah sayang. Mereka membebel juga kerana sayang! Untuk kebaikan kan.. Mereka tak sedap hati pun mungkin memang betul lah.

NALURI.. MEMANG TAK BOLEH MENIPU... Bermula daripada rasa tak sedap hati tapi memang terjadi bukan?

Maaf yea wahai lelaki2. Tajuk kali ni memang banyak menyokong perempuan. Nanti lain kali aku kasi tajuk sokong lelaki pulak. Tapi memandangkan penulis blog ni pun perempuan, maka aku banyak akan sokong perempuan lah :) Hahaha!

Mereka di anugerahkan kelebihan ini adalah untuk melawan logik akal lelaki atau sesiapa saja..
Walau mereka ditipu, penipuan itu akan terbongkar. Hanya masa saja menentukannya. Kalau mereka dikhianati mereka sendiri akan ternampak pengkhianatan yang terjadi. 

Wahai wanita2, allah amat sayangkan wanita. Allah akan tolong orang yang di aniayai. Maka bersabarlah. Macam yang aku kata tadi, MASA YANG AKAN MENENTUKAN. Nanti kalau memang nampak depan mata, ambik telefon tu klik banyak2 gambr biar bukti pun dah ada 110 keping gambar. Nanti dorang tak boleh pertikaikan dah. Haha. Tak pun ambik video boleh 14 jam. Lagi kukuh bukti tu. Takda lah nak kata edit2 plak.

Banyak kelebihan perempuan ini, dan jangan katakan perempuan ini lemah ya? 




Pesanan aku. Wanita paling pantang ditipu. Bila penipuan tu terdedah dan tahu dari mulut orang lain, sakitnya lagi terasa berbanding benda tu tahu dari mulut orang yang kita sayang. :) maka berterus teranglah walau tahu si dia akan sakit. Berani buat berani tanggung!

wasalam :)

2 comments:

  1. betul tu, dear....i pun paling pantang ditipu...

    ReplyDelete
  2. @pretty honey - yup! sekali ditipu payah nak percaya lagi kan? :)

    ReplyDelete

Penat2 membaca, komen and publish aje :) Komen anda dihargai :3


 
Template FatinHazwani|Copyright and Edited Miss Fatyn