MAGIS – Kemunculan Dajjal


Assalamualaikum,

Dunia dihujung nyawa sudah pasti perkara yang tidak masuk akal akan muncul. Dalam perjalanan menuju kebaikan pasti ada yang jatuh tersungkur disebabkan sekeliling mereka banyak yang mengelirukan dan dosa dijadikan pemandangan. Kan?

Kita tahu yakjuj makjuj akan muncul. Kita tahu dajjal akan muncul. Tapi bila masa yang sebetulnya hanya allah yang tahu. Kita jugak tahu dunia berada d hujung tanduk. Menunggu masa untuk musnah. Tapi kita ni main2 jea.. Taknak ambil tahu dengan lebih mendalam. Takda masa nak baca buku tentang tu. Banyak keje nak buat. Tak berminat.

Straight to the point, harini aku nak promote satu buku ni. Buku yang buatkan sel-sel otak kita akan terus berkembang. Haha. Kan aku membebel banyak2 pasal agama, ramai yg jadik parkison kan. Aku rilek jea. Ni antara buku yang bermanfaat. Antara novel2 triller dan antara penulis novel yang aku minat. Daripada buku cintan yang buatkan hidup aku tunggang langgang sb menunggu hero muncul datang pinang aku, baik aku baca novel thriller dan membayangkan akulah watak ganas dalam novel tu. Bhahahaha!

Sinopsis MAGIS -RAMLEE AWANG MURSHID :
Fenomena Halo telah mengheret lima manusia yang berlainan tempat dan berbeza tahun ke sebuah dunia magis. Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis. Mereka yang terpilih terjebak ke lokasi yang berbeza-beza.
Masa secara perlahan-lahan telah mempertemukan mereka . Namun di antara mereka ada yang  berpihak kepada kejahatan yang diterajui seekor makhluk gagah yang dipanggil Tuan Turak - pemimpin boneka disebalik satu kuasa yang lebih kejam lagi dahsyat.
Apabila dunia semakin dihampiri Dukhan (asap tebal), maka peperangan tidak mampu dielakkan lagi. Mereka bertempur sampai mati! - MAGIS


Sinopsis dan catatan sedikit dr Aku : "Buku ni amatlah menakutkan, diulangi, menakutkan dan membuka minda kita terhadap dunia sekarang. Dan dalam buku ni jugak ada diceritakan tentang KEADAAN dunia di akhir zaman. Ada  5 watak yang muncul dalam cerita ni dan kesemua watak tu adalah orang2 yang hebat. Watak sunan adalah seorang jejaka yang merendah diri, seorang musafir dan seorang yang pandai silat jurusan angin! Adalah raja zaman dulu-dulu. Tombiruo, adalah pemuda pagan yang hidup dalam hutan keningau. dan raja hutan tersebut. Berwajah seperti hantu/berwajah bukan manusia dan hidup secara primitif. Manusia yang membuat onar di hutan tersebut akan dihukum mati. Pancung kepala. Bilal piut/carlos. Bilal piut watak alim. mempunyai watak yang banyak dalam dirinya tanpa dia sedari. Kadang2 berpewatakan baik, kadang2 berpewatakan jahat iaitu menjadi watak carlos. Bagi carlos. Setiap kesalahan adalah hukuman mati walaupun kesalahan itu sebesar kuman. "Case closed!" Carlos adalah pengikut tuan turak. Mikhail, seorang pembunuh upahan manakala ryu-watanabe adalah seorang pejuang pedang samurai. Pedang cinta di jepun dan telah berubah menjadi seorang muslim yang sejati. Kelima-lima watak tu sebenarnya penah wujud di dalam novel masing2 tapi penulis novel kali ni menggabungkan watak2 tersebut ke dalam 1 novel. Hebat kan? Mereka hidup pada tahun-tahun yang berlainan. Dalam masa mereka dalam keadaan sudah payah menentang musuh, mereka telihat satu relung cahaya seperti cincin di atas langit. Kemudian mereka hilang di bawa ke dimensi yang berlainan. Dalam buku MAGIS ni penulis jadikan watak2 ni masuk kedalam satu dunia di mana dunia tu dunia dihujung zaman. Dunia yang penuh dengan kacau bilau, dunia peperangan dihujung masa, maksiat berleluasa, ada bandar yang moden yang ada roket dan saintis2 hebat, ada manusia2 yang lari dan hidup di bawah tanah, ada tempat yang ketandusan, ada manusia yang jadikan dajjal sebagai ketua, ada pengikut yang bodoh, kemuncullan asap tebal dan mata besar di hujung masa, kematian orang2 yang soleh, bertaubatnya orang2 yang salah, dan macam2 lagi....suspen kan??  Stakat tu jea aku dapat cerita.. hehehe...Pengakhiranya? Kita akan tahu memang akan wujud masa itu..........."
 

Meh aku cerita sedikit pasal dorang dari novel2 yg fatyn penah baca tentg dorang. Jadi, taklah korang pening bila baca buku ni sb penulis mengabungkan kelima-lima watak dalam 1 cerita....MAGIS..
Tombiruo, Ryu-Watanabe, Saifudin, Mikhail dan Carlos.

Ni watak dorang dan sifat dorang dalam novel masing2 yang Ramlee awang murshid pnah buat...Korang carilah buku2 Ramlee awang murshid kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentang kehidupan mereka.. 

Tombiruo (Tombiruo, #1)Semangat Hutan (Tombiruo, #2)Tombiruo Terakhir (Tombiruo...Tombiruo - manusia yang bukan berwajah manusia. Menetap di hutan keningau. Seorang yang hebat dalam seni pertahankan diri. Digelar tombiruo "Semangat hutan" atau "Hantu" kerana wajahnya bukan manusia. Dia ada kembar tapi kembar dia normal. Bila dalam buku magis, dia manusia yang blur yang kejutan budaya... Bacalah apa yang akan jadi pada dia.....

Hatiku Di HarajukuRyu-watanabeRyu-Watanabe berasa tidak dirahmati; dilahirkan di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Sepanjang hidupnya tidak pernah tenteram lalu membawa diri ke Jepun. Dia menyertai satu kumpulan yakuza dan menjadi samurai yang mahir bermain pedang. Jenayah adalah gelanggang permainannya dan penamat permainan itu adalah maut.Dalam kumpulan itu, dia jatuh cinta dengan Noriko.  Dan bnyk dugaan yang dia hadapi utuk berkahwin dengan org yang dia syangi. Org yang dia sayangi tu penah memusuhi dia dan juga seorang samurai yg kejam. Akhirnya pedang itu menyatukan mereka..pedang apa? cari sendiri.. kik3.. dalam buku dorng ni dorang bnyak menumpahkan darah. Dorang seorang samurai yang hebat. Dalam buku magis dia digabungkan bersama mikhail.

Bagaikan Puteri (Bagaikan P...Cinta Sang Ratu (Bagaikan P...Hijab Sang Pencinta (Bagaik...Cinta Sufi (Bagaikan Puteri...Sutera Bidadari (Bagaikan P...Sunan Musafir (Bagaikan Put...Sunan/Saifudin - Seorang anak yang baik dan taat kepada kedua ibu bapa. Tetapi satu peristiwa yang tidak disangkakan telah berlaku dalam hidupnya. Dia melarikan diri dari kampung meninggalkan luka hitam yang selama ini bukan salahnya. Dia membawa rajuk dalam hati dan berhijrah ke melaka. Dlam perjalanan dia telah diculik dan dijadikan awak2 di atas kapal dagang. lalu setelah bertahun2 di telah ditakdirkan untuk menetap di acheh bersama seorang wali allah yang kuat peganggan agamanya dan seorang guru silat.  Dalam menginjak dewasa dia telah ditakdirkan bertemu degn seorg wanita yang hebat dalam mengamalkan sihir dunia dan telah berperang dgn negara yang dia idami kini. Ttepi siapa sngka wanita itu suatu hari nnti jadi isterinya? Baca lah buku dorang sebelum2 ni.. hehe

MikhailMikhail - Pembunuh upahan yang profesional. Dia diambil oleh seorang mat salleh untuk dijadikan anak angkat sb mikhail takda ibu bpa dah.. Jadi sebagai anak angkat dia turutkan aje apa yng disuruh dan diajar. Jadi dia dilatih memjadi pembunuh profesional. Tapi pembunuhan itu dilakukan atas bukan kehendaknya.... aduhai, tak larat dah nak bercerita.. dah lama tinggal buku dia.. hahaha... baca la ek buku sebelum ni..

Mandat[O]RiCarlos- Pesakit psikologi yang suka bertukar2 watak. Orang gila lah jugak tapi orang gila yang bijak. Kejap jadi watak tu, kejap jadi watak ni.. Tapi hnya dia sorang jea yang bleh jadi watak2 tu.. orang gila kan.. hahahaha.. Dalam buku magis dia jadi bilal piut watak baik dan carlos watak jahat yang jadi orang suruhan dan pengikut yg bodoh. Dan "case close" Adalah kata2 carlos. Hukumannya mati pada yg bersalah!

Okeh, Selamat membaca... Maaf kalau tersalah ejaan. Terlalu eksited nih nak promote. Sy peminat tegar Ramlee Awang Murshid(tak minat cerita yang cintan-cintun. haha). Cerita terbaru ramlee awang murshid adalah aku bercerita n laksamana sunan..Hehehhe  :) cerita laksamana sunan bersambung.. aduhai.. n cerita ramlee awang murshid paling sayang adalah watak sunan :)


2 comments:

  1. Replies
    1. Syorkan Awak baca.. Lpas baca novel magis cari novel2 yg asing untuk watak2 tu.. Hehe

      Delete

Penat2 membaca, komen and publish aje :) Komen anda dihargai :3


 
Template FatinHazwani|Copyright and Edited Miss Fatyn