Allah Lebih Mengetahui

Assalamualaikum,

Dalam setiap dugaan yang allah bagi pada kita, cuba kita mencari sedikit redha, sedikit ketenangan dengan bermonolog kepada diri sendiri. Payah aku nak cakap. Tapi aku tahu, normal bagi setiap manusia akan rasa stress. tidak dapat bersabar dengan apa yang terjadi tapi percayalah, allah takkan bagi sesuatu yang kita tak mampu nak pikul. Allah lebih mengetahui.

Jika kita redha dengan sesuatu perkara, aku pasti satu hari nanti, cepat atau lambat, kita akan rasa kemanisan tersebut. Jujur aku cakap, aku merasainya. tapi aku tak pernah puas, aku nak cari lagi, nak cari lagi ketenangan tu. Mungkin, sesuatu yang pernah aku lepaskan dulu sebenarnya dapat menyempurnakan aku. Aku tahu payah pada permulaan. Tapi aku bersabar kerana aku tahu, orang keliling aku ada.

Selama ini aku meminta pada allah. Tapi lumrah manusia, bila kita dah dapat, kita lupa. Payah nak tetapkan iman di dada.

Sebenarnya walaupun kita leka, allah tak pernah lupakan hambanya. Selalu dia berikan ujian hanya kerana rindu suara hambanya merintih meminta kepadanya.

Kadang-kadang apa yang kita minta allah lambat makbulkan permintaan kita. Bukan kerana DIA lupakan kita kerana DIA LEBIH MENGETAHUI masa yang sesuai untuk beri kepada kita.

Kadang-kadang apa yang kita minta takkan sama dengan apa yang allah berikan. Contoh kita minta BMW tapi allah bagi kancil. Ini bukannya sb dia tak sayangkan kita tapi DIA LEBIH MENGETAHUI apa yang terbaik untuk kita, apa yang sesuai dengan kita, apa yang kita mampu miliki. Semuanya kerana dia taknak bagi beban pada kita.

Kadang-kadang sepanjang hidup kita selalu mintak padanya sehingga hujung nyawa. Bukan Dia taknak bagi pada kita masa kita hidup tapi ALLAH dah janji kan akan berikan yang lebih baik di akhirat.

renungkan :)


4 comments:

  1. Betul. Macam mana pun Allah lebih Mengetahui apa yang terbaik :)

    ReplyDelete
  2. indeed. put trust on Allah cause we own nothing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes honey. if we put allah infront, there is nothing will happend to us. he will protect us forever and ever. Just believe it. INSYAALLAH.

      Delete

Penat2 membaca, komen and publish aje :) Komen anda dihargai :3


 
Template FatinHazwani|Copyright and Edited Miss Fatyn