Assalamualaikum,
Mana milik kita? Apa milik kita? Kau hensem, kau cantik. Baju kau berlabuci. beg kau nama gucci, kasut kau nama nike. Adakah semua tu boleh bawa sampai mati. Nyawa hanya satu. Satu jea. Kalau kau mati, dah takda penganti. Ini bukan cerita dongeng sinetron. Pari-pari tak akan datang bagi kau nyawa. Kau mati, nyawa get lost. Mana boleh nyawa cari kau balik. Nyawa, roh, tubuh kau, bukan kau yang punya. Kau jijak atas tanah johor, tanah kelantan, tanah sarawak sekalipun. walau kau berada atas bot, atas laut, atas udara. Kalau diri kau sendiri bukan milik kau, ia takkan kekal lama.
Jangan kau bangga diri kau mrs & mr perfect. Kerana kadang kala manusia yang tak perfect pun akan tinggalkan kau jauhhh ke hadapan. Say hye hye bye bye.
"Tidak selamanya kita berada di atas?" Seperti buah yang manis, yang segar berada di atas pokok. Jauhhhh di atas dahan. Kita tak mampu memetiknya. Lalu ia tidak terluka, kekal berada di atas. tetapi kita perlu sedari, bila tiba masanya, bila tiba waktunya, siapa kita nak pertahankan diri dari kuasa yang paling besar?Buah itu takkan selamanya berada di atas, tidak akan kekal manis, tidak akan kekal segar, tetapi akan juga kecut dan mati lalu gugur dan tempatnya juga di bawah. Dibawah kaki kita. Cuma bezanya ia, ia dapat menjadi baja. KITA sebagai manusia? Menjadi makanan ulat bila dah mati terkubur di dasar tanah. Bukan kah begitu?"
Aku? follow the flow. Terima apa yang jadi.






Muhasabah diri muhasabah diri T_T Dunia sekarang ni selalu buat kita lupa kan hm
ReplyDeletedunia akhir zaman dear ;(
Delete